Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

KETAHANAN KENDIRI DAN KESEDIAAN BEKERJA DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI DI SABAH DALAM TEMPOH PANDEMIK COVID-19

View through CrossRef
Penularan wabak Covid-19 telah banyak merubah corak pembelajaran dan pengajaran (PdP) di universiti yang dijalankan sepenuhnya secara dalam talian. Perubahan corak pembelajaran ini mengundang rasa bimbang dalam kalangan pelajar universiti terutamanya pelajar tahun akhir di Institusi Pengajian Tinggi Awam mahupun Swasta (IPTA/IPTS). Hal ini kerana mereka perlu berhadapan dengan cabaran dan persaingan dalam mendapatkan pekerjaan ekoran berlakunya pandemik Covid-19. Semua ini memerlukan ketahanan kendiri yang tinggi khususnya dalam kalangan pelajar tahun akhir. Dalam meneroka fenomena ini, satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji pengaruh tahap ketahanan kendiri terhadap kesediaan mereka untuk bekerja dalam kalangan pelajar tahun akhir di IPTA dan IPTS. Kajian ini juga mengkaji perbezaan antara pelajar IPTA dan IPTS dari segi ketahanan kendiri dan kesediaan mereka untuk bekerja dalam era pandemik. Seramai 345 orang pelajar tahun akhir di IPTA/IPTS di Sabah turut serta dalam kajian. Kajian mendapati, wujud pengaruh ketahanan kendiri terhadap kesediaan bekerja bagi pelajar IPTA dan IPTS di Sabah. Dari segi perbezaan ketahanan kendiri dan kesediaan bekerja pula, tidak wujud perbezaan yang signifikan antara kedua-dua pemboleh ubah terhadap pelajar tahun akhir bagi kedua kumpulan pelajar IPTA dan IPTS. Secara keseluruhannya, isu yang dibincangkan dalam kajian ini diharapkan dapat membantu pelajar tahun akhir IPTA/IPTS untuk lebih bersedia dalam mendepani cabaran dalam memasuki dunia pekerjaan tidak kira dalam apa juga situasi yang berlaku di luar jangka.
Title: KETAHANAN KENDIRI DAN KESEDIAAN BEKERJA DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI DI SABAH DALAM TEMPOH PANDEMIK COVID-19
Description:
Penularan wabak Covid-19 telah banyak merubah corak pembelajaran dan pengajaran (PdP) di universiti yang dijalankan sepenuhnya secara dalam talian.
Perubahan corak pembelajaran ini mengundang rasa bimbang dalam kalangan pelajar universiti terutamanya pelajar tahun akhir di Institusi Pengajian Tinggi Awam mahupun Swasta (IPTA/IPTS).
Hal ini kerana mereka perlu berhadapan dengan cabaran dan persaingan dalam mendapatkan pekerjaan ekoran berlakunya pandemik Covid-19.
Semua ini memerlukan ketahanan kendiri yang tinggi khususnya dalam kalangan pelajar tahun akhir.
Dalam meneroka fenomena ini, satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji pengaruh tahap ketahanan kendiri terhadap kesediaan mereka untuk bekerja dalam kalangan pelajar tahun akhir di IPTA dan IPTS.
Kajian ini juga mengkaji perbezaan antara pelajar IPTA dan IPTS dari segi ketahanan kendiri dan kesediaan mereka untuk bekerja dalam era pandemik.
Seramai 345 orang pelajar tahun akhir di IPTA/IPTS di Sabah turut serta dalam kajian.
Kajian mendapati, wujud pengaruh ketahanan kendiri terhadap kesediaan bekerja bagi pelajar IPTA dan IPTS di Sabah.
Dari segi perbezaan ketahanan kendiri dan kesediaan bekerja pula, tidak wujud perbezaan yang signifikan antara kedua-dua pemboleh ubah terhadap pelajar tahun akhir bagi kedua kumpulan pelajar IPTA dan IPTS.
Secara keseluruhannya, isu yang dibincangkan dalam kajian ini diharapkan dapat membantu pelajar tahun akhir IPTA/IPTS untuk lebih bersedia dalam mendepani cabaran dalam memasuki dunia pekerjaan tidak kira dalam apa juga situasi yang berlaku di luar jangka.

Related Results

KECEMASAN SAAT PANDEMI COVID 19: LITERATUR REVIEW Hardiyati, Efri Widianti, Taty Hernawaty Departemen Keperawatan Jiwa Poltekkes Kemenkes Mamuju Sulbar, Universitas Pad...
Hubungan Antara Pembelajaran Regulasi Kendiri dan Motivasi Terhadap Pencapaian Akademik
Hubungan Antara Pembelajaran Regulasi Kendiri dan Motivasi Terhadap Pencapaian Akademik
Keupayaan pelajar untuk kekal berdisiplin dan bermotivasi dalam pembelajaran norma baharu amatlah penting dalam melancarkan proses pembelajaran. Sehubungan itu, pembelajaran regula...
Pandemik COVID-19: Penjagaan Kendiri Dalam Memacu Kecerdasan Emosi
Pandemik COVID-19: Penjagaan Kendiri Dalam Memacu Kecerdasan Emosi
Seluruh dunia kini sedang dilanda dengan krisis pandemic COVID-19 yang kian mengganas. Ramai antara individu terjejas dalam kehidupan seharian. Kehadiran virus pembunuh ini telah m...
PENGGUNAAN MODEL EAO UNTUK MERAMALKAN HASRAT BEKERJA SENDIRI DALAM KALANGAN BELIA DI NEGERI SABAH
PENGGUNAAN MODEL EAO UNTUK MERAMALKAN HASRAT BEKERJA SENDIRI DALAM KALANGAN BELIA DI NEGERI SABAH
  Abstrak Golongan belia di negara ini memberi sumbangan yang signifikan kepada pembangunan sosio-ekonomi dan seterusnya menjadi penyumbang kepada kelestarian negara. Walau bagaim...
Faktor Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Bukan Akademik anjuran Universiti
Faktor Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Bukan Akademik anjuran Universiti
Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di universiti tidak kira akademik atau bukan akademik haruslah boleh membentuk pelajar yang seimbang bukan sahaja dari aspek jasmani dan emosi, ma...
Kesihatan Mental dan Motivasi Pelajar Semasa Pembelajaran Dalam Talian Sepanjang Pandemik Covid-19
Kesihatan Mental dan Motivasi Pelajar Semasa Pembelajaran Dalam Talian Sepanjang Pandemik Covid-19
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara tahap kesihatan mental dan tahap motivasi dalam kalangan pelajar sarjana Fakulti Pendidikan, di sebuah universiti penyelid...
INTERPRETASI CATAN ‘GUNUNG KINABALU MENANGIS’ OLEH BARON KAMPIAU SEBATING
INTERPRETASI CATAN ‘GUNUNG KINABALU MENANGIS’ OLEH BARON KAMPIAU SEBATING
Imej Gunung Kinabalu adalah hal benda yang paling digemari oleh pelukis-pelukis Sabah. Kecenderungan ini telah berlaku sekian lama iaitu sejak tahun 1960-an ramai pelukis tempatan ...

Back to Top