Javascript must be enabled to continue!
TAHAP TEKANAN EMOSI DAN SOKONGAN SOSIAL DALAM KALANGAN IBU BAPA SEMASA PANDEMIK COVID-19
View through CrossRef
Masyarakat terpaksa menghadapi perubahan norma kehidupan lebih-lebih lagi dari segi sosial sejak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang tempoh pandemik bagi mengekang penularan wabak COVID-19. Oleh itu, objektif kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti tekanan emosi dan sokongan sosial kesan daripada perubahan norma kehidupan masyarakat semasa pandemik COVID-19 lebihlebih lagi dalam kalangan ibu bapa. Dalam kajian ini, kaedah reka bentuk kuantitatif digunakan dengan menggunakan teknik keratan lintang. Seramai 89 orang responden dalam kalangan ibu bapa mahasiswa Program Kerja Sosial, Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menjawab soal selidik yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu demografi, tahap tekanan dan sokongan sosial. Hasil kajian menunjukkan bahawa ibu bapa menghadapi tahap tekanan yang sederhana secara keseluruhannya. Ibu bapa juga menerima sokongan sosial dari pasangan, keluarga dan rakan-rakan. Hasil kajian turut mendapati, terdapatnya hubungan yang signifikan antara tahap tekanan emosi dan sokongan sosial. Oleh yang demikian, pengkaji menyimpulkan bahawa sokongan sosial yang tinggi dari keluarga membantu mengekalkan tahap tekanan pada tahap sederhana dalam kalangan ibu bapa semasa tempoh pandemik COVID-19.
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)
Title: TAHAP TEKANAN EMOSI DAN SOKONGAN SOSIAL DALAM KALANGAN IBU BAPA SEMASA PANDEMIK COVID-19
Description:
Masyarakat terpaksa menghadapi perubahan norma kehidupan lebih-lebih lagi dari segi sosial sejak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang tempoh pandemik bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Oleh itu, objektif kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti tekanan emosi dan sokongan sosial kesan daripada perubahan norma kehidupan masyarakat semasa pandemik COVID-19 lebihlebih lagi dalam kalangan ibu bapa.
Dalam kajian ini, kaedah reka bentuk kuantitatif digunakan dengan menggunakan teknik keratan lintang.
Seramai 89 orang responden dalam kalangan ibu bapa mahasiswa Program Kerja Sosial, Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menjawab soal selidik yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu demografi, tahap tekanan dan sokongan sosial.
Hasil kajian menunjukkan bahawa ibu bapa menghadapi tahap tekanan yang sederhana secara keseluruhannya.
Ibu bapa juga menerima sokongan sosial dari pasangan, keluarga dan rakan-rakan.
Hasil kajian turut mendapati, terdapatnya hubungan yang signifikan antara tahap tekanan emosi dan sokongan sosial.
Oleh yang demikian, pengkaji menyimpulkan bahawa sokongan sosial yang tinggi dari keluarga membantu mengekalkan tahap tekanan pada tahap sederhana dalam kalangan ibu bapa semasa tempoh pandemik COVID-19.
Related Results
Dinamika Emosi Tokoh Kinan dalam Novel Layangan Putus Karya Mommy Asf
Dinamika Emosi Tokoh Kinan dalam Novel Layangan Putus Karya Mommy Asf
Tujuan penelitian ini adalah untuk mendeskripsikan dinamika emosi Kinan dalam novel Layangan Putus Karya Mommy Asf. Pendekatan yang digunakan adalah Psikologi Sastra. Metode yang d...
SOKONGAN BERKAITAN KERJA DAN PRESTASI KERJA: ANALISIS KAJIAN LITERATUR
SOKONGAN BERKAITAN KERJA DAN PRESTASI KERJA: ANALISIS KAJIAN LITERATUR
Kajian lepas berkenaan dengan sokongan berkaitan kerja di organisasi telah mendapat perhatian khusus bukan sahaja daripada ahli akademik, malah turut menerima respons yang positif ...
Pengaruh Minat Murid, Sokongan Ibu Bapa dan Kompetensi Guru Terhadap Penglibatan Murid dalam Aktiviti Kokurikulum
Pengaruh Minat Murid, Sokongan Ibu Bapa dan Kompetensi Guru Terhadap Penglibatan Murid dalam Aktiviti Kokurikulum
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan dan pengaruh minat murid, sokongan ibu bapa dan kompetensi guru terhadap penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum sekolah me...
Faktor Mempengaruhi Kekerapan Perpindahan Murid SJKC Ke SK Semasa Pandemik Covid-19 Di Daerah Sibu, Sarawak
Faktor Mempengaruhi Kekerapan Perpindahan Murid SJKC Ke SK Semasa Pandemik Covid-19 Di Daerah Sibu, Sarawak
Kebanyakan perpindahan dalam kalangan pelajar berpunca daripada kedua ibu bapa mereka. Kebergantungan hidup mereka terhadap ibu bapa pada usia ini adalah sangat tinggi. Secara khu...
Meneroka cabaran interaksi sosial guru perdana dalam pengajaran ke atas murid inklusif di aliran perdana
Meneroka cabaran interaksi sosial guru perdana dalam pengajaran ke atas murid inklusif di aliran perdana
Kebanyakkan sekolah di pelbagai peringkat melaksanakan Pendidikan Inklusif kerana peningkatan enrolmen murid inklusif di arus perdana sebanyak 75% saban tahun. Ia menepati sasaran ...
Relationship Between Parent-Child Attachment Style and Emotional Regulation in Young Adults
Relationship Between Parent-Child Attachment Style and Emotional Regulation in Young Adults
Kajian kuantitatif ini meneliti hubungan antara gaya perapatan ibu bapa–anak dan strategi pengawalan emosi dalam kalangan dewasa awal di Malaysia. Seramai 105 orang responden terli...
Kesihatan Mental dan Motivasi Pelajar Semasa Pembelajaran Dalam Talian Sepanjang Pandemik Covid-19
Kesihatan Mental dan Motivasi Pelajar Semasa Pembelajaran Dalam Talian Sepanjang Pandemik Covid-19
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara tahap kesihatan mental dan tahap motivasi dalam kalangan pelajar sarjana Fakulti Pendidikan, di sebuah universiti penyelid...

