Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Meneroka cabaran interaksi sosial guru perdana dalam pengajaran ke atas murid inklusif di aliran perdana

View through CrossRef
Kebanyakkan sekolah di pelbagai peringkat melaksanakan Pendidikan Inklusif kerana peningkatan enrolmen murid inklusif di arus perdana sebanyak 75% saban tahun. Ia menepati sasaran KPM dalam Gelombang 3 dalam PPPM 2021-2025. Pendidikan Inklusif merupakan salah satu komponen penting dalam sistem pendidikan di Malaysia yang diinspirasikan dari pelbagai deklarasi antarabangsa. Pendidikan Inklusif masih lagi belum mencapai sasaran dan pendekatan terkini hanya memberi fokus ke atas kesediaan pelaksanaan pendidikan inklusif sahaja. Namun, kurang kajian yang membincangkan tentang aspek cabaran interaksi sosial guru inklusif dalam pengajaran secara khusus. Kajian kes tunggal ini dijalankan di Selangor ke atas tujuh peserta kajian yang dipilih menggunakan persampelan bertujuan dengan nilai kebolehpercayaan Kappa 0.98 setelah 3 orang panel pakar membuat semakan dan pengesahan item. Instrumen ini dilaksanakan sebaik sahaja kajian rintis dijalankan dan menemukan satu tema baru iaitu sokongan sosial dalam interaksi sosial. Teknik pengumpulan data yang digunakan pengkaji ialah teknik temu bual sebagai data primer dan pemerhatian tidak turut serta dijadikan data sekunder. Pengkaji membuat triangulasi di antara data temu bual dan pemerhatian bagi meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan data. Hasil kajian mendapati terdapat empat aspek yang perlu ada dalam kesediaan pengajaran guru perdana iaitu sokongan emosi, pengurusan bilik darjah, sokongan instruksional dan sokongan sosial. Sokongan sosial merupakan penemuan baru dalam kajian ini yang tidak dinyatakan oleh pengkaji terdahulu dalam Model Pengajaran Interaksi. Guru memiliki keupayaan sosial yang agak baik semasa pengajaran namun mereka memerlukan sokongan dari pentadbir khususnya dalam menyediakan latihan khusus kepada guru perdana mendalami konsep serta amalan pengajaran sebenar Pendidikan Inklusif. Hasil dapatan bersama peserta kajian mereka berdepan dengan kesulitan dalam pengajaran yang melibatkan keperluan guru memberi sokongan emosi kepada murid, menguruskan bilik darjah, keupayaan memberi sokongan pengajaran kepada semua murid termasuklah keperluan sokongan sosial khasnya dari pihak pentadbir. Oleh itu, kajian lanjutan perlu diteruskan bagi melihat sejauh mana data statistik dapat menyokong dapatan kualitatif ini.
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Title: Meneroka cabaran interaksi sosial guru perdana dalam pengajaran ke atas murid inklusif di aliran perdana
Description:
Kebanyakkan sekolah di pelbagai peringkat melaksanakan Pendidikan Inklusif kerana peningkatan enrolmen murid inklusif di arus perdana sebanyak 75% saban tahun.
Ia menepati sasaran KPM dalam Gelombang 3 dalam PPPM 2021-2025.
Pendidikan Inklusif merupakan salah satu komponen penting dalam sistem pendidikan di Malaysia yang diinspirasikan dari pelbagai deklarasi antarabangsa.
Pendidikan Inklusif masih lagi belum mencapai sasaran dan pendekatan terkini hanya memberi fokus ke atas kesediaan pelaksanaan pendidikan inklusif sahaja.
Namun, kurang kajian yang membincangkan tentang aspek cabaran interaksi sosial guru inklusif dalam pengajaran secara khusus.
Kajian kes tunggal ini dijalankan di Selangor ke atas tujuh peserta kajian yang dipilih menggunakan persampelan bertujuan dengan nilai kebolehpercayaan Kappa 0.
98 setelah 3 orang panel pakar membuat semakan dan pengesahan item.
Instrumen ini dilaksanakan sebaik sahaja kajian rintis dijalankan dan menemukan satu tema baru iaitu sokongan sosial dalam interaksi sosial.
Teknik pengumpulan data yang digunakan pengkaji ialah teknik temu bual sebagai data primer dan pemerhatian tidak turut serta dijadikan data sekunder.
Pengkaji membuat triangulasi di antara data temu bual dan pemerhatian bagi meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan data.
Hasil kajian mendapati terdapat empat aspek yang perlu ada dalam kesediaan pengajaran guru perdana iaitu sokongan emosi, pengurusan bilik darjah, sokongan instruksional dan sokongan sosial.
Sokongan sosial merupakan penemuan baru dalam kajian ini yang tidak dinyatakan oleh pengkaji terdahulu dalam Model Pengajaran Interaksi.
Guru memiliki keupayaan sosial yang agak baik semasa pengajaran namun mereka memerlukan sokongan dari pentadbir khususnya dalam menyediakan latihan khusus kepada guru perdana mendalami konsep serta amalan pengajaran sebenar Pendidikan Inklusif.
Hasil dapatan bersama peserta kajian mereka berdepan dengan kesulitan dalam pengajaran yang melibatkan keperluan guru memberi sokongan emosi kepada murid, menguruskan bilik darjah, keupayaan memberi sokongan pengajaran kepada semua murid termasuklah keperluan sokongan sosial khasnya dari pihak pentadbir.
Oleh itu, kajian lanjutan perlu diteruskan bagi melihat sejauh mana data statistik dapat menyokong dapatan kualitatif ini.

Related Results

Cabaran Pengajaran Digital Secara Maya Dan Kesediaan Murid Pasca Covid 19
Cabaran Pengajaran Digital Secara Maya Dan Kesediaan Murid Pasca Covid 19
Covid 19 merupakan virus baharu yang mula menjadi wabak di awal tahun 2020 telah memberi kesan besar kepada proses pengajaran dan pembelajaran norma baharu. Justeru, kajian ini dij...
Tahap Kefahaman Guru Bahasa Inggeris Terhadap Pedagogi Terbeza
Tahap Kefahaman Guru Bahasa Inggeris Terhadap Pedagogi Terbeza
Pelaporan Kurikulum menunjukkan peratus pencapaian Bahasa Inggeris yang rendah dalam peperiksaan akhir tahun 2019 bagi sekolah rendah dalam PPD Kota Bharu. Fokus Analisa pencapaian...
Pengaruh Minat Murid, Sokongan Ibu Bapa dan Kompetensi Guru Terhadap Penglibatan Murid dalam Aktiviti Kokurikulum
Pengaruh Minat Murid, Sokongan Ibu Bapa dan Kompetensi Guru Terhadap Penglibatan Murid dalam Aktiviti Kokurikulum
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan dan pengaruh  minat murid, sokongan ibu bapa dan kompetensi guru terhadap penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum sekolah me...
Cabaran Guru Melaksanakan Pendekatan Bermain dalam PdP di Prasekolah
Cabaran Guru Melaksanakan Pendekatan Bermain dalam PdP di Prasekolah
Pelbagai pendekatan pengajaran telah diperkenalkan untuk diaplikasikan di prasekolah. Salah satu pendekatan yang turut diberi perhatian pada masa kini ialah pendekatan bermain. Buk...
PENGARUH KOMPETENSI SOSIAL GURU TERHADAP INTERAKSI BELAJAR MENGAJAR
PENGARUH KOMPETENSI SOSIAL GURU TERHADAP INTERAKSI BELAJAR MENGAJAR
Kompetensi sosial guru merupakan salah satu kompetensi yang harus dimiliki oleh seorang guru. Kompetensi sosial guru merupakan kemampuan guru dalam berinteraksi dan berkomunikasi d...
Simulasi Aliran Fluida Crude Palm Oil (CPO) dan Air Pada Pipa Horizontal Menggunakan Metode Volume Hingga
Simulasi Aliran Fluida Crude Palm Oil (CPO) dan Air Pada Pipa Horizontal Menggunakan Metode Volume Hingga
Telah dilakukan simulasi aliran dua fasa cair- cair crude palm oil (CPO) dan air yang mengalir satu arah dalam pipa horizontal untuk mendapatkan pola aliran campuran dan karakteris...

Back to Top