Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Cabaran Guru Melaksanakan Pendekatan Bermain dalam PdP di Prasekolah

View through CrossRef
Pelbagai pendekatan pengajaran telah diperkenalkan untuk diaplikasikan di prasekolah. Salah satu pendekatan yang turut diberi perhatian pada masa kini ialah pendekatan bermain. Buktinya, pendekatan ini telah disenaraikan dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan diberi penekanan dalam prinsip Amalan Bersesuaian Perkembangan (ABP) yang telah diperkenalkan oleh National Association for the Education of Young Children (NAEYC). United Nation Children’s Fund (UNICEF) juga telah memperakui kepentingan pendekatan bermain dalam pembelajaran awal kanak-kanak. Kajian ini dijalankan untuk meneroka cabaran guru melaksanakan pendekatan bermain dalam PdP di prasekolah. Cabaran yang dihadapi oleh guru seharusnya diatasi kerana cabaran yang timbul boleh menyebabkan berlakunya tekanan yang membawa kepada “burnout” pada guru. Tekanan pada guru menyebabkan guru kurang yakin dan kurang motivasi untuk menjalankan pendekatan bermain di prasekolah. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk kajian kes dan teknik persampelan bertujuan. Instrumen protokol temu bual dan kaedah temu bual semi struktur dipilih untuk dijalankan pada empat orang guru prasekolah Tadika PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam) di daerah Kulai. Dapatan kajian menunjukkan cabaran yang timbul seperti peruntukan masa, pengurusan bahan bantu mengajar (bbm), kemahiran guru serta sokongan pentadbir dan ibu bapa boleh diatasi dengan baik apabila guru mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap segala bentuk cabaran. Kesimpulannya, cabaran yang dikemukakan dapat diatasi oleh guru kerana mereka mempunyai sifat kreatif iaitu bijak mengatur dan merancang sesi PdP. Oleh itu, guru seharusnya bijak mencari ruang dan peluang dalam melaksanakan pendekatan bermain dalam PdP di prasekolah dengan mencuba meminimumkan cabaran yang wujud.
Title: Cabaran Guru Melaksanakan Pendekatan Bermain dalam PdP di Prasekolah
Description:
Pelbagai pendekatan pengajaran telah diperkenalkan untuk diaplikasikan di prasekolah.
Salah satu pendekatan yang turut diberi perhatian pada masa kini ialah pendekatan bermain.
Buktinya, pendekatan ini telah disenaraikan dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan diberi penekanan dalam prinsip Amalan Bersesuaian Perkembangan (ABP) yang telah diperkenalkan oleh National Association for the Education of Young Children (NAEYC).
United Nation Children’s Fund (UNICEF) juga telah memperakui kepentingan pendekatan bermain dalam pembelajaran awal kanak-kanak.
Kajian ini dijalankan untuk meneroka cabaran guru melaksanakan pendekatan bermain dalam PdP di prasekolah.
Cabaran yang dihadapi oleh guru seharusnya diatasi kerana cabaran yang timbul boleh menyebabkan berlakunya tekanan yang membawa kepada “burnout” pada guru.
Tekanan pada guru menyebabkan guru kurang yakin dan kurang motivasi untuk menjalankan pendekatan bermain di prasekolah.
Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk kajian kes dan teknik persampelan bertujuan.
Instrumen protokol temu bual dan kaedah temu bual semi struktur dipilih untuk dijalankan pada empat orang guru prasekolah Tadika PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam) di daerah Kulai.
Dapatan kajian menunjukkan cabaran yang timbul seperti peruntukan masa, pengurusan bahan bantu mengajar (bbm), kemahiran guru serta sokongan pentadbir dan ibu bapa boleh diatasi dengan baik apabila guru mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap segala bentuk cabaran.
Kesimpulannya, cabaran yang dikemukakan dapat diatasi oleh guru kerana mereka mempunyai sifat kreatif iaitu bijak mengatur dan merancang sesi PdP.
Oleh itu, guru seharusnya bijak mencari ruang dan peluang dalam melaksanakan pendekatan bermain dalam PdP di prasekolah dengan mencuba meminimumkan cabaran yang wujud.

Related Results

Pengetahuan pengajaran dalam kalangan guru prasekolah
Pengetahuan pengajaran dalam kalangan guru prasekolah
Model pengajaran berkualiti guru mengandungi beberapa elemen yang penting seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap pengajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui pengetahuan pen...
Pelaksanaan Pendekatan Bermain dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Pusat Asuhan Tunas Islam
Pelaksanaan Pendekatan Bermain dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Pusat Asuhan Tunas Islam
Proses pembelajaran kreatif seperti belajar melalui bermain merupakan pendekatan yang berkesan kepada kanak-kanak prasekolah. Pendekatan berasaskan main telah ditekankan dalam KSPK...
Proposta de estruturação do processo de desenvolvimento de produtos para empresas prestadoras de serviço de telecomunicações
Proposta de estruturação do processo de desenvolvimento de produtos para empresas prestadoras de serviço de telecomunicações
O setor de telecomunicações apresenta um cenário altamente competitivo e de constante inovação tecnológica, exigindo que seu Processo de Desenvolvimento de Produtos (PDP) tenha ade...
Tahap Pengetahuan Guru Prasekolah Mengenai Autisme
Tahap Pengetahuan Guru Prasekolah Mengenai Autisme
Prasekolah merupakan permulaan bagi pendidikan awal seorang kanak-kanak secara formal dan ianya tiada limitasi walau apapun perkembangan dan pertumbuhan mereka. Kajian ini dijalank...
Persepsi dan Cabaran Guru Prasekolah Terhadap Pelaksanaan Pendekatan Home-Based Learning (HBL) Semasa Covid-19
Persepsi dan Cabaran Guru Prasekolah Terhadap Pelaksanaan Pendekatan Home-Based Learning (HBL) Semasa Covid-19
Pandemik Covid-19 telah memberi impak kepada sistem pendidikan di Malaysia. Tenaga guru, murid dan sekolah paling terkesan apabila proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) tidak da...
Pengetahuan Guru Prasekolah Mengenai Murid Berkeperluan Pendidikan Khas
Pengetahuan Guru Prasekolah Mengenai Murid Berkeperluan Pendidikan Khas
Pendidikan prasekolah merupakan pendidikan asas untuk semua individu termasuk murid-murid berkeperluan pendidikan khas. Oleh itu, pengetahuan guru prasekolah merupakan antara aspek...
Potensi Jalan dan Taman Bermain Sebagai Ruang Bermain Anak-anak
Potensi Jalan dan Taman Bermain Sebagai Ruang Bermain Anak-anak
Kegiatan bermain bersama dengan teman sebaya krusial bagi tumbuh kembang anak. Beberapa pengembang area perumahan, seperti Perumahan Graha Padma, menyediakan taman bermain bagi ana...

Back to Top