Javascript must be enabled to continue!
Sejarah dan Simptom Kemurungan : Kajian Literatur
View through CrossRef
Kemurungan adalah gangguan yang melibatkan perubahan pemikiran, emosi, perasaan dan tingkah laku yang menyebabkan kehidupan seharian seseorang menjadi sukar dan jika tidak dirawat ia akan memberi kesan yang buruk kepada masyarakat. Lazimnya, manusia merasai pelbagai jenis perasaan sama ada hiba, sedih, dan sebagainya tetapi jika perasaan itu berlebihan dan berpanjangan ia akan membawa kepada masalah kesihatan mental yang teruk. Oleh itu, penulisan ini akan membincangkan tentang fenomena kemurungan dari zaman silam mengikut pandangan sarjana Barat dan Islam serta memfokuskan kepada definisi dan simptom kemurungan dari aspek afektif, kognitif, tingkah laku dan fisiologi yang dialami oleh individu kemurungan. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif dengan pendekatan analisis kandungan. Manakala, pengumpulan data kajian menggunakan kajian-kajian lepas seperti tesis, artikel, jurnal dan kertas kerja. Hasil kajian mendapati bahawa kemurungan sudah wujud pada zaman dahulu lagi dan jika tidak ditangani dengan baik ia akan membawa kepada penyakit mental. Konsep kemurungan menjelaskan bahawa kemurungan terjadi akibat perasaan sedih yang berpanjang dan simptom kemurungan yang dialami oleh individu ini tidak harus dipandang remeh kerana ia akan memudaratkan kualiti kehidupan termasuk isu mencederakan dan membunuh diri.
Title: Sejarah dan Simptom Kemurungan : Kajian Literatur
Description:
Kemurungan adalah gangguan yang melibatkan perubahan pemikiran, emosi, perasaan dan tingkah laku yang menyebabkan kehidupan seharian seseorang menjadi sukar dan jika tidak dirawat ia akan memberi kesan yang buruk kepada masyarakat.
Lazimnya, manusia merasai pelbagai jenis perasaan sama ada hiba, sedih, dan sebagainya tetapi jika perasaan itu berlebihan dan berpanjangan ia akan membawa kepada masalah kesihatan mental yang teruk.
Oleh itu, penulisan ini akan membincangkan tentang fenomena kemurungan dari zaman silam mengikut pandangan sarjana Barat dan Islam serta memfokuskan kepada definisi dan simptom kemurungan dari aspek afektif, kognitif, tingkah laku dan fisiologi yang dialami oleh individu kemurungan.
Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif dengan pendekatan analisis kandungan.
Manakala, pengumpulan data kajian menggunakan kajian-kajian lepas seperti tesis, artikel, jurnal dan kertas kerja.
Hasil kajian mendapati bahawa kemurungan sudah wujud pada zaman dahulu lagi dan jika tidak ditangani dengan baik ia akan membawa kepada penyakit mental.
Konsep kemurungan menjelaskan bahawa kemurungan terjadi akibat perasaan sedih yang berpanjang dan simptom kemurungan yang dialami oleh individu ini tidak harus dipandang remeh kerana ia akan memudaratkan kualiti kehidupan termasuk isu mencederakan dan membunuh diri.
Related Results
SIMPTOM KEMURUNGAN DALAM KALANGAN PENAGIH DADAH WANITA DI PUSAT RAWATAN DAN PEMULIHAN DADAH
SIMPTOM KEMURUNGAN DALAM KALANGAN PENAGIH DADAH WANITA DI PUSAT RAWATAN DAN PEMULIHAN DADAH
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti simptom kemurungan dalam kalangan penagih dadah wanita yang sedang menjalani rawatan dan pemulihan penagihan dadah. Pengenal pastian simpt...
PERSEPSI PAKAR TERHADAP KECELARUAN DISFORIK PRAHAID
PERSEPSI PAKAR TERHADAP KECELARUAN DISFORIK PRAHAID
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti persepsi pakar yang terdiri daripada pakar psikiatri dan pakar sakit puan berkenaan kecelaruan disforik prahaid (PMDD). Kajian ini merangk...
KEMURUNGAN REMAJA DAN KAEDAH MENANGANINYA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
KEMURUNGAN REMAJA DAN KAEDAH MENANGANINYA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Kemurungan remaja adalah suatu keadaan yang sinonim dengan perasaan sedih, murung, kesal, tidak bahagia, menderita dan hilang minat untuk melakukan segala bidang yang dilakukan seh...
SEJARAH LISAN DALAM DISIPLIN ILMU SEJARAH: ANTARA REALITI DAN REPRESENTASI
SEJARAH LISAN DALAM DISIPLIN ILMU SEJARAH: ANTARA REALITI DAN REPRESENTASI
Perkembangan disiplin ilmu sejarah buat sekian lama memusatkan perbahasannya kepada falsafah “tiada dokumen, tiada sejarah” sebagai wadah merealisasikan matlamat sejarawan untuk me...
Hubungan Antara Minat Guru Dengan Tahap Penggunaan Sejarah Dunia Dalam Pdpc Sejarah
Hubungan Antara Minat Guru Dengan Tahap Penggunaan Sejarah Dunia Dalam Pdpc Sejarah
Dalam usaha melaksanakan rancangan pendidikan negara, peranan guru adalah paling utama kerana mereka merupakan pelaksana secara langsung terhadap murid-murid. Dalam pada itu, minat...
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAFTAR PUSTAKAAditama, M. H. R., & Selfiardy, S. (2022). Kehidupan Mahasiswa Kuliah Sambil Bekerja di Masa Pandemi Covid-19. Kidspedia: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(...

