Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Hubungan Antara Minat Guru Dengan Tahap Penggunaan Sejarah Dunia Dalam Pdpc Sejarah

View through CrossRef
Dalam usaha melaksanakan rancangan pendidikan negara, peranan guru adalah paling utama kerana mereka merupakan pelaksana secara langsung terhadap murid-murid. Dalam pada itu, minat guru memainkan peranan penting kerana akan memberi kesan kepada tanggapan guru terhadap kaedah pengajaran dan juga hasil pembelajaran mereka. Namun begitu, kajian terhadap minat selalunya fokus kepada pelajar manakala kajian yang meninjau pengaruh minat guru terutamanya guru sejarah adalah amat kurang. Kajian berbentuk tinjauan deskriptif ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap minat guru Sejarah terhadap Sejarah Dunia, seterusnya mengetahui hubungan antara minat guru sejarah dengan tahap penggunaan Sejarah Dunia dalam PdPC sejarah. Seramai 100 orang guru sejarah di SJKC Daerah Kinta Utara menjadi sampel kajian dan mereka dipilih melalui teknik persampelan rawak mudah. Instrumen kajian ini ialah set soal selidik yang dilahir daripada Teacher Interest Scale (TIS) serta soal selidik tahap penggunaan Sejarah Dunia yang telah diadaptasi dan diubahsuai. Data kajian ini dianalisis menggunakan skor min dan peratusan bagi tahap minat dan tahap penggunaan manakala ujian korelasi Spearman Rho terhadap hubungan antara minat dan motivasi dengan tahap penggunaan Sejarah Dunia dengan menggunakan perisian SPSS Statistics Versi 28. Dapatan kajian ini mendapati bahawa tahap minat guru terhadap Sejarah Dunia adalah tinggi manakala tahap penggunaan Sejarah Dunia adalah sederhana. Selain itu, dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif dan signifikan bagi minat dengan tahap penggunaan Sejarah Dunia oleh guru sejarah. Kajian ini membuktikan bahawa minat akan memberi pengaruh terhadap amalan pengajaran guru.
Asian Scholars Network
Title: Hubungan Antara Minat Guru Dengan Tahap Penggunaan Sejarah Dunia Dalam Pdpc Sejarah
Description:
Dalam usaha melaksanakan rancangan pendidikan negara, peranan guru adalah paling utama kerana mereka merupakan pelaksana secara langsung terhadap murid-murid.
Dalam pada itu, minat guru memainkan peranan penting kerana akan memberi kesan kepada tanggapan guru terhadap kaedah pengajaran dan juga hasil pembelajaran mereka.
Namun begitu, kajian terhadap minat selalunya fokus kepada pelajar manakala kajian yang meninjau pengaruh minat guru terutamanya guru sejarah adalah amat kurang.
Kajian berbentuk tinjauan deskriptif ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap minat guru Sejarah terhadap Sejarah Dunia, seterusnya mengetahui hubungan antara minat guru sejarah dengan tahap penggunaan Sejarah Dunia dalam PdPC sejarah.
Seramai 100 orang guru sejarah di SJKC Daerah Kinta Utara menjadi sampel kajian dan mereka dipilih melalui teknik persampelan rawak mudah.
Instrumen kajian ini ialah set soal selidik yang dilahir daripada Teacher Interest Scale (TIS) serta soal selidik tahap penggunaan Sejarah Dunia yang telah diadaptasi dan diubahsuai.
Data kajian ini dianalisis menggunakan skor min dan peratusan bagi tahap minat dan tahap penggunaan manakala ujian korelasi Spearman Rho terhadap hubungan antara minat dan motivasi dengan tahap penggunaan Sejarah Dunia dengan menggunakan perisian SPSS Statistics Versi 28.
Dapatan kajian ini mendapati bahawa tahap minat guru terhadap Sejarah Dunia adalah tinggi manakala tahap penggunaan Sejarah Dunia adalah sederhana.
Selain itu, dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif dan signifikan bagi minat dengan tahap penggunaan Sejarah Dunia oleh guru sejarah.
Kajian ini membuktikan bahawa minat akan memberi pengaruh terhadap amalan pengajaran guru.

Related Results

Upaya Guru dalam Meningkatkan Minat Membaca Anak pada Masa Adaptasi Kebiasaan Baru di BMBA AIUEO Batujajar Bandung
Upaya Guru dalam Meningkatkan Minat Membaca Anak pada Masa Adaptasi Kebiasaan Baru di BMBA AIUEO Batujajar Bandung
Abstract. Based on the PISA report which was just released 2019, Indonesia's reading score is ranked 72 out of 77 countries (liputan6.com,2019). This condition shows the poor inter...
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature  Review Anna Tri Wahyuni1), Masfuri2),  Liya Arista3)1,2,3 Fakultas Ilmu Keperawatan Univers...
Penggunaan Sumber dalam Pengajaran Sejarah dan Hubungannya dengan Minat Belajar Sejarah
Penggunaan Sumber dalam Pengajaran Sejarah dan Hubungannya dengan Minat Belajar Sejarah
Penggunaan sumber pengajaran yang berkesan merupakan antara faktor penting dalam meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran sejarah, khususnya di peringkat sekolah rendah yang ...
KECEMASAN SAAT PANDEMI COVID 19: LITERATUR REVIEW Hardiyati, Efri Widianti, Taty Hernawaty Departemen Keperawatan Jiwa Poltekkes Kemenkes Mamuju Sulbar, Universitas Pad...
Editorial
Editorial
Pada mulanya politik dianggap sebagai tulang punggung sejarah, demikian dinyatakan oleh Kuntowijoyo (2003: 174). Oleh karena itu pula, lanjutnya, teks-teks sejarah selalu berisi re...
Pelatihan E-Learning Berbasis Web Blog Bagi Guru SD
Pelatihan E-Learning Berbasis Web Blog Bagi Guru SD
Pada era  digital  saat  ini  pemanfaatan  IPTEK merupakan  sebuah keharusan bagi   para pendidik. Inovasi   pembelajaran   berbasis   teknologi,   informasi   dan komunikasi  (TIK...

Back to Top