Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Penggunaan Sumber dalam Pengajaran Sejarah dan Hubungannya dengan Minat Belajar Sejarah

View through CrossRef
Penggunaan sumber pengajaran yang berkesan merupakan antara faktor penting dalam meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran sejarah, khususnya di peringkat sekolah rendah yang sering dikaitkan dengan persepsi pembelajaran yang membosankan dan berorientasikan hafalan. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap penggunaan sumber dalam pengajaran sejarah serta mengkaji hubungannya dengan minat belajar sejarah dalam kalangan murid sekolah rendah di daerah Petaling Jaya. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif berbentuk tinjauan dengan melibatkan seramai 203 orang murid Tahap 2 yang dipilih melalui kaedah persampelan rawak berstrata. Instrumen kajian ialah soal selidik berstruktur yang mengukur penggunaan sumber pengajaran dan minat belajar sejarah. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS melalui statistik deskriptif dan inferensi, termasuk analisis korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan sumber dalam pengajaran sejarah dan minat belajar sejarah murid berada pada tahap sederhana hingga tinggi. Selain itu, terdapat perbezaan tertentu berdasarkan faktor demografi terpilih serta hubungan positif yang signifikan antara penggunaan sumber dalam pengajaran sejarah dengan minat belajar murid. Implikasinya, dapatan kajian ini dapat dijadikan panduan kepada guru dan pihak sekolah untuk merancang serta mempelbagaikan penggunaan sumber pengajaran sejarah secara lebih sistematik bagi meningkatkan minat dan penglibatan murid, di samping membantu pembuat dasar memperkukuh pelaksanaan pengajaran sejarah di peringkat sekolah rendah.
Title: Penggunaan Sumber dalam Pengajaran Sejarah dan Hubungannya dengan Minat Belajar Sejarah
Description:
Penggunaan sumber pengajaran yang berkesan merupakan antara faktor penting dalam meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran sejarah, khususnya di peringkat sekolah rendah yang sering dikaitkan dengan persepsi pembelajaran yang membosankan dan berorientasikan hafalan.
Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap penggunaan sumber dalam pengajaran sejarah serta mengkaji hubungannya dengan minat belajar sejarah dalam kalangan murid sekolah rendah di daerah Petaling Jaya.
Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif berbentuk tinjauan dengan melibatkan seramai 203 orang murid Tahap 2 yang dipilih melalui kaedah persampelan rawak berstrata.
Instrumen kajian ialah soal selidik berstruktur yang mengukur penggunaan sumber pengajaran dan minat belajar sejarah.
Data dianalisis menggunakan perisian SPSS melalui statistik deskriptif dan inferensi, termasuk analisis korelasi Pearson.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan sumber dalam pengajaran sejarah dan minat belajar sejarah murid berada pada tahap sederhana hingga tinggi.
Selain itu, terdapat perbezaan tertentu berdasarkan faktor demografi terpilih serta hubungan positif yang signifikan antara penggunaan sumber dalam pengajaran sejarah dengan minat belajar murid.
Implikasinya, dapatan kajian ini dapat dijadikan panduan kepada guru dan pihak sekolah untuk merancang serta mempelbagaikan penggunaan sumber pengajaran sejarah secara lebih sistematik bagi meningkatkan minat dan penglibatan murid, di samping membantu pembuat dasar memperkukuh pelaksanaan pengajaran sejarah di peringkat sekolah rendah.

Related Results

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature  Review Anna Tri Wahyuni1), Masfuri2),  Liya Arista3)1,2,3 Fakultas Ilmu Keperawatan Univers...
KECEMASAN SAAT PANDEMI COVID 19: LITERATUR REVIEW Hardiyati, Efri Widianti, Taty Hernawaty Departemen Keperawatan Jiwa Poltekkes Kemenkes Mamuju Sulbar, Universitas Pad...
Upaya Guru dalam Meningkatkan Minat Membaca Anak pada Masa Adaptasi Kebiasaan Baru di BMBA AIUEO Batujajar Bandung
Upaya Guru dalam Meningkatkan Minat Membaca Anak pada Masa Adaptasi Kebiasaan Baru di BMBA AIUEO Batujajar Bandung
Abstract. Based on the PISA report which was just released 2019, Indonesia's reading score is ranked 72 out of 77 countries (liputan6.com,2019). This condition shows the poor inter...
Pengaruh Apresiasi dan Motivasi dalam Meningkatkan Minat Belajar Siswa Madrasah Ibtidaiyah Kelas Rendah
Pengaruh Apresiasi dan Motivasi dalam Meningkatkan Minat Belajar Siswa Madrasah Ibtidaiyah Kelas Rendah
Minat belajar merupakan salah satu faktor penting yang mempengaruhi kesuksesan belajar siswa di madrasah ibtidaiyah. Penelitian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh apresiasi dan ...
Hubungan Antara Minat Guru Dengan Tahap Penggunaan Sejarah Dunia Dalam Pdpc Sejarah
Hubungan Antara Minat Guru Dengan Tahap Penggunaan Sejarah Dunia Dalam Pdpc Sejarah
Dalam usaha melaksanakan rancangan pendidikan negara, peranan guru adalah paling utama kerana mereka merupakan pelaksana secara langsung terhadap murid-murid. Dalam pada itu, minat...
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAFTAR PUSTAKAAditama, M. H. R., & Selfiardy, S. (2022). Kehidupan Mahasiswa Kuliah Sambil Bekerja di Masa Pandemi Covid-19. Kidspedia: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(...
PEMANFAATAN BENTENG ANNA (FORT ANN) SEBAGAI SUMBER BELAJAR SEJARAH BAGI PESERTA DIDIK KELAS XI DI SMA NEGERI 3 MUKOMUKO
PEMANFAATAN BENTENG ANNA (FORT ANN) SEBAGAI SUMBER BELAJAR SEJARAH BAGI PESERTA DIDIK KELAS XI DI SMA NEGERI 3 MUKOMUKO
Permasalahan dalam penelitian ini adalah kurangnya sekolah dalam memanfaatkan situs Benteng Anna sebagai sumber belajar sejarah bagi peserta didik tingkat SMA di kabupaten Mukomuko...

Back to Top