Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

PERSEPSI PAKAR TERHADAP KECELARUAN DISFORIK PRAHAID

View through CrossRef
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti persepsi pakar yang terdiri daripada pakar psikiatri dan pakar sakit puan berkenaan kecelaruan disforik prahaid (PMDD). Kajian ini merangkumi persepsi masyarakat dan tahap pengetahuan dari sudut pandangan pakar, faktor-faktor PMDD dan simptom-simptom yang dipercayai adalah simptom PMDD. Kajian lepas mengandungi kajian-kajian baru diterbitkan memfokuskan kepada sindrom prahaid (PMS) dan PMDD. Reka bentuk kajian ini berbentuk kualitatif dengan memberikan penekanan kepada kaedah temu bual. Seramai empat orang pakar dipilih sebagai responden kajian iaitu dua orang pakar psikiatri dan dua orang pakar sakit puan. Kaedah pengumpulan data dalam kajian ini adalah melalui temu bual bersemuka dan melalui telefon dengan menggunakan soalan semi-struktur dan terarah. Data yang diperolehi telah diproses melalui analisis data tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa masyarakat masih lagi tidak mengetahui apa itu PMDD dan terdapat kepelbagaian faktor membawa kewujudan seperti ketidakstabilan hormon wanita, genetik, persekitaran dan gaya hidup. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa simptom-simptom PMDD seringkali melibatkan simptom fizikal dan simptom psikologikal. Kajian ini akan dapat membantu masyarakat mendapatkan gambaran yang lebih jelas dan terperinci mengenali PMDD.
Title: PERSEPSI PAKAR TERHADAP KECELARUAN DISFORIK PRAHAID
Description:
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti persepsi pakar yang terdiri daripada pakar psikiatri dan pakar sakit puan berkenaan kecelaruan disforik prahaid (PMDD).
Kajian ini merangkumi persepsi masyarakat dan tahap pengetahuan dari sudut pandangan pakar, faktor-faktor PMDD dan simptom-simptom yang dipercayai adalah simptom PMDD.
Kajian lepas mengandungi kajian-kajian baru diterbitkan memfokuskan kepada sindrom prahaid (PMS) dan PMDD.
Reka bentuk kajian ini berbentuk kualitatif dengan memberikan penekanan kepada kaedah temu bual.
Seramai empat orang pakar dipilih sebagai responden kajian iaitu dua orang pakar psikiatri dan dua orang pakar sakit puan.
Kaedah pengumpulan data dalam kajian ini adalah melalui temu bual bersemuka dan melalui telefon dengan menggunakan soalan semi-struktur dan terarah.
Data yang diperolehi telah diproses melalui analisis data tematik.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa masyarakat masih lagi tidak mengetahui apa itu PMDD dan terdapat kepelbagaian faktor membawa kewujudan seperti ketidakstabilan hormon wanita, genetik, persekitaran dan gaya hidup.
Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa simptom-simptom PMDD seringkali melibatkan simptom fizikal dan simptom psikologikal.
Kajian ini akan dapat membantu masyarakat mendapatkan gambaran yang lebih jelas dan terperinci mengenali PMDD.

Related Results

Aplikasi Sistem Pakar Dalam Pemilihan Metode Perbaikan Daya Dukung Tanah Lunak Pada Konstruksi Jalan
Aplikasi Sistem Pakar Dalam Pemilihan Metode Perbaikan Daya Dukung Tanah Lunak Pada Konstruksi Jalan
Tahap awal pembangunan konstruksi jalan hal yang harus diperhatikan adalah tanah dasar atau tanah asli di wilayah yang akan dibangun. Tanah lunak merupakan permasalahan dalam pemba...
Persepsi Guru dan Siswa tentang Iklim Sekolah di Madrasah Tsanawiyah
Persepsi Guru dan Siswa tentang Iklim Sekolah di Madrasah Tsanawiyah
Penelitian ini bertujuan untuk mendapatkan informasi mengenai persepsi guru dan siswa tentang; dukungan kepada siswa, keakraban, partisipasi siswa, inovasi, kelengkapan sumber, dan...
KRITERIA PEMILIHAN SAKSI PAKAR FORENSIK DI MAHKAMAH
KRITERIA PEMILIHAN SAKSI PAKAR FORENSIK DI MAHKAMAH
Peruntukan berkaitan keterangan saksi pakar forensik telah lama digunakan di mahkamah berdasarkan peruntukan keterangan pakar. Walau bagaimanapun, terdapat pertikaian dari sudut kr...
SISTEM PAKAR UNTUK MENDETEKSI KERUSAKAN KOMPUTER DENGAN METODE FORWARD CHAINING
SISTEM PAKAR UNTUK MENDETEKSI KERUSAKAN KOMPUTER DENGAN METODE FORWARD CHAINING
AbstrakĀ  - Sistem pakar ini menggunakan metode Forward Chaining dengan menggunakan basis database yang disusun kedalam berbagai tabel dalam suatu aturan agar seorang pakar dan peng...
PERSEPSI MAHASISWA AGRIBISNIS TERHADAP MINAT PEKERJAAN DI SEKTOR PERTANIAN
PERSEPSI MAHASISWA AGRIBISNIS TERHADAP MINAT PEKERJAAN DI SEKTOR PERTANIAN
Persepsi Mahasiswa Agribisnis terhadap minat pekerjaan di sektor pertanian akan menentukan jumlah mahasiswa yang tertarik dan ingin melanjutkan pekerjaan pada sektor pertanian. den...
Keperluan Membentuk Kerjasama Pakar di dalam Proses Pembangunan Landskap Hutan Rekreasi
Keperluan Membentuk Kerjasama Pakar di dalam Proses Pembangunan Landskap Hutan Rekreasi
Expert is a person who has higher education and skill in certain field. Expert collaboration is required in sustainable development process at all level or stages. However, in Mala...
PENGARUH PERSEPSI RISIKO, PERSEPSI KEMUDAHAAN, DAN PERSEPSI MANFAAT TERHADAP MINAT BELANJA DI BUKALAPAK
PENGARUH PERSEPSI RISIKO, PERSEPSI KEMUDAHAAN, DAN PERSEPSI MANFAAT TERHADAP MINAT BELANJA DI BUKALAPAK
Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui pengaruh Persepsi Risiko, Persepsi Kemudahaan, dan Persepsi Manfaat terhadap Minat Belanja di Bukalapak. Desain penelitian ini menggunakan...
Persepsi Masyarakat Sekitar Terhadap Aktivitas PT. IKPP Mills Tangerang
Persepsi Masyarakat Sekitar Terhadap Aktivitas PT. IKPP Mills Tangerang
<p>Penelitian ini adalah tentang persepsi masyarakat di sekitar PT IKPP Mills terhadap aktivitas PT. IKPP Mills Tangerang untuk kegiatan pabrik berdasarkan faktor individu da...

Back to Top