Javascript must be enabled to continue!
KEFAHAMAN DAN PENGAMALAN AKHLAK DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH
View through CrossRef
Akhlak yang baik adalah hasil daripada kefahaman ilmu pengetahuan yang diperolehi secara formal dan tidak formal. Dewasa ini, kepincangan akhlak timbul dalam masyakat yang sukar dibendung lagi. Kurangnya penghayatan akhlak Islam di pengaruhi oleh pelbagai faktor antaranya faktor kefahaman pelajar serta sikap pelajar. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman dan pengamalan akhlak dalam kalangan pelajar, untuk menentukan perbezaan kefahaman dan pengamalan akhlak berdasarkan demografi jantina dan tempat tinggal. Seramai 381 pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dipilih sebagai responden untuk menjawab soal selidik. Data yang diperolehi daripada borang kaji selidik dianalisis menggunakan perisian program Statistical Packages For Social Science (SPSS) versi 20.0 dan dapatan kajian dihuraikan dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif dan inferensi untuk menganalisa hipotesis kajian. Analisa data melibatkan min dan ujian-t. Kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi item borang kaji selidik soalan kefahaman akhlak iaitu 0.94 dan soalan pengamalan akhlak iaitu 0.97 adalah tinggi. Dapatan kajian mendapati tahap kefahaman ajaran Islam meliputi akhlak dalam kalangan responden berada pada tahap yang tertinggi bagi setiap aspek yang dikaji. Manakala dapatan kajian mendapati tahap pengamalan ajaran Islam meliputi akhlak juga tinggi. Namun terdapat sebahagian kecil responden tidak mengamalkan apa yang mereka faham terutama perkara-perkara yang berkaitan akhlak. Oleh itu, implikasi kajian ini menunjukkan bahawa penekanan aspek pengamalan ajaran Islam sangat penting agar pelajar menjadi seorang muslim yang mengamalkan akhlak yang baik dalam kehidupan harian berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.
Universitas Muhammadiyah Sidoarjo
Title: KEFAHAMAN DAN PENGAMALAN AKHLAK DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH
Description:
Akhlak yang baik adalah hasil daripada kefahaman ilmu pengetahuan yang diperolehi secara formal dan tidak formal.
Dewasa ini, kepincangan akhlak timbul dalam masyakat yang sukar dibendung lagi.
Kurangnya penghayatan akhlak Islam di pengaruhi oleh pelbagai faktor antaranya faktor kefahaman pelajar serta sikap pelajar.
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman dan pengamalan akhlak dalam kalangan pelajar, untuk menentukan perbezaan kefahaman dan pengamalan akhlak berdasarkan demografi jantina dan tempat tinggal.
Seramai 381 pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dipilih sebagai responden untuk menjawab soal selidik.
Data yang diperolehi daripada borang kaji selidik dianalisis menggunakan perisian program Statistical Packages For Social Science (SPSS) versi 20.
0 dan dapatan kajian dihuraikan dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif dan inferensi untuk menganalisa hipotesis kajian.
Analisa data melibatkan min dan ujian-t.
Kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi item borang kaji selidik soalan kefahaman akhlak iaitu 0.
94 dan soalan pengamalan akhlak iaitu 0.
97 adalah tinggi.
Dapatan kajian mendapati tahap kefahaman ajaran Islam meliputi akhlak dalam kalangan responden berada pada tahap yang tertinggi bagi setiap aspek yang dikaji.
Manakala dapatan kajian mendapati tahap pengamalan ajaran Islam meliputi akhlak juga tinggi.
Namun terdapat sebahagian kecil responden tidak mengamalkan apa yang mereka faham terutama perkara-perkara yang berkaitan akhlak.
Oleh itu, implikasi kajian ini menunjukkan bahawa penekanan aspek pengamalan ajaran Islam sangat penting agar pelajar menjadi seorang muslim yang mengamalkan akhlak yang baik dalam kehidupan harian berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.
Related Results
Akhlak Terhadap Keluarga, Akhlak Terhadap Tetangga, dan Akhlak Terhadap Lingkungan
Akhlak Terhadap Keluarga, Akhlak Terhadap Tetangga, dan Akhlak Terhadap Lingkungan
Manusia selayaknya mempunyai dua garis korelasi dalam menjalani kehidupan, yakni garis horizontal dan garis vertical ialah tentang bagaimana seorang manusia berhubungan dengan Tuha...
Konsep Pendidikan Akhlak Menurut Syekh Umar Bin Ahmad Baradja dalam Kitab Akhlak Lil Banin Relevansinya dengan Pendidikan Akhlak Masa Kini
Konsep Pendidikan Akhlak Menurut Syekh Umar Bin Ahmad Baradja dalam Kitab Akhlak Lil Banin Relevansinya dengan Pendidikan Akhlak Masa Kini
Abstract. Human quality can not only be measured in terms of scientific excellence and expertise alone, but also measured by the quality of morals. High knowledge without being acc...
KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATAPELAJARAN AKHLAK DI PUSAT BIMBINGAN ISLAM SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH
KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATAPELAJARAN AKHLAK DI PUSAT BIMBINGAN ISLAM SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH
Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (PUSBA) berperanan sebagai pusat bimbingan mualaf yang menyediakan pengajaran Fardhu Ain, termasuk mata pelajaran Akhlak, bag...
PERSEPSI, KEFAHAMAN DAN SIKAP PELAJAR TERHADAP KOSWER MULTIMEDIA BAGI TOPIK JADUAL BERKALA: SUATU TINJAUAN
PERSEPSI, KEFAHAMAN DAN SIKAP PELAJAR TERHADAP KOSWER MULTIMEDIA BAGI TOPIK JADUAL BERKALA: SUATU TINJAUAN
Penggunaan koswer multimedia dalam pembelajaran diperkenalkan sebagai salah satu pendekatan dalam usaha meningkatkan pencapaian para pelajar dalam matapelajaran Kimia ke arah pembe...
Implementasi Program “Anidzom ‘Alatarqiatil Akhlak” di Ponpes Modern Al- Ihsan Bandung
Implementasi Program “Anidzom ‘Alatarqiatil Akhlak” di Ponpes Modern Al- Ihsan Bandung
Abstract. This study aims to determine the implementation of the Anidzom 'Alatarqiatil Akhlak program, including the planning of the Anidzom 'Alatarqiatil Akhlak program, the imple...
Konsep Pendidikan Akhlak Pelajar Dalam Kitab Adabul ‘Alim Wal Muta’allim dan Relevansinya Dengan Tujuan Pendidikan Islam
Konsep Pendidikan Akhlak Pelajar Dalam Kitab Adabul ‘Alim Wal Muta’allim dan Relevansinya Dengan Tujuan Pendidikan Islam
Pendidikan Islam bertujuan membentuk individu berakhlak mulia, berjiwa suci, bersemangat, memiliki cita-cita tinggi, mengenal kewajiban, dan taat kepada Allah SWT. Namun, dalam kon...
[Mad Far’i Theory from The Qiraat Knowledge Perspective] Teori Hukum Mad Far’i dari Perspektif Ilmu Qiraat
[Mad Far’i Theory from The Qiraat Knowledge Perspective] Teori Hukum Mad Far’i dari Perspektif Ilmu Qiraat
The theory of mad far’i was created by qurra´ to ensure the lengthenings of any mad are within the guides outlined in mutawatirah readings. However, there is still confusion in ter...
Kajian perbandingan pencapaian subjek Matematik dalam kalangan pelajar pecutan dan bukan pecutan
Kajian perbandingan pencapaian subjek Matematik dalam kalangan pelajar pecutan dan bukan pecutan
Pemecutan (acceleration) merupakan salah satu kaedah yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar pintar dan berbakat. Kaedah ini memberi penekanan pengajar...

