Javascript must be enabled to continue!
INTEGRASI LAMAN WEB E-FIQHUNA DALAM PEMBELAJARAN FIQH : SATU KAJIAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN INTERAKTIF SEKOLAH MENENGAH
View through CrossRef
Pengajaran dan pembelajaran (PdP) Fiqah di sekolah menengah masih banyak bergantung kepada kaedah tradisional yang berpusatkan guru, menyebabkan tahap kefahaman, motivasi dan penglibatan pelajar berada pada tahap sederhana, khususnya bagi topik yang bersifat aplikatif seperti haji, sembelihan, korban dan aqiqah. Kekurangan bahan pembelajaran digital yang menyeluruh dan interaktif selaras dengan keperluan Pembelajaran Abad ke-21 menuntut penilaian terhadap platform alternatif yang lebih berkesan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian campuran yang menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif bagi menilai keberkesanan platform digital E-Fiqhuna sebagai bahan pembelajaran interaktif Fiqah Tingkatan 4. Data kuantitatif diperoleh melalui ujian pra dan pasca serta soal selidik skala Likert, manakala data kualitatif dikumpulkan melalui maklum balas terbuka responden. Seramai 219 orang responden terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan ketara dalam kefahaman pelajar selepas penggunaan E-Fiqhuna, antaranya peningkatan peratus jawapan betul bagi konsep wuquf di Arafah daripada 44.7% kepada 56.2%, haji tamattu‘ daripada 48.4% kepada 58.0%, serta hukum korban yang mencatat peningkatan tertinggi daripada 32.9% kepada 52.5%. Selain itu, lebih 80% responden menyatakan bahawa penggunaan video, nota interaktif dan elemen gamifikasi meningkatkan motivasi dan kefahaman pembelajaran, manakala 100% responden bersetuju bahawa platform ini mudah diakses dan mesra pengguna. Kesimpulannya, platform digital E-Fiqhuna terbukti berkesan dalam meningkatkan kefahaman, minat dan penglibatan pelajar serta berpotensi menjadi bahan pembelajaran digital komprehensif yang menyokong PdP Fiqah secara lebih interaktif dan bermakna
Title: INTEGRASI LAMAN WEB E-FIQHUNA DALAM PEMBELAJARAN FIQH : SATU KAJIAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN INTERAKTIF SEKOLAH MENENGAH
Description:
Pengajaran dan pembelajaran (PdP) Fiqah di sekolah menengah masih banyak bergantung kepada kaedah tradisional yang berpusatkan guru, menyebabkan tahap kefahaman, motivasi dan penglibatan pelajar berada pada tahap sederhana, khususnya bagi topik yang bersifat aplikatif seperti haji, sembelihan, korban dan aqiqah.
Kekurangan bahan pembelajaran digital yang menyeluruh dan interaktif selaras dengan keperluan Pembelajaran Abad ke-21 menuntut penilaian terhadap platform alternatif yang lebih berkesan.
Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian campuran yang menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif bagi menilai keberkesanan platform digital E-Fiqhuna sebagai bahan pembelajaran interaktif Fiqah Tingkatan 4.
Data kuantitatif diperoleh melalui ujian pra dan pasca serta soal selidik skala Likert, manakala data kualitatif dikumpulkan melalui maklum balas terbuka responden.
Seramai 219 orang responden terlibat dalam kajian ini.
Dapatan kajian menunjukkan peningkatan ketara dalam kefahaman pelajar selepas penggunaan E-Fiqhuna, antaranya peningkatan peratus jawapan betul bagi konsep wuquf di Arafah daripada 44.
7% kepada 56.
2%, haji tamattu‘ daripada 48.
4% kepada 58.
0%, serta hukum korban yang mencatat peningkatan tertinggi daripada 32.
9% kepada 52.
5%.
Selain itu, lebih 80% responden menyatakan bahawa penggunaan video, nota interaktif dan elemen gamifikasi meningkatkan motivasi dan kefahaman pembelajaran, manakala 100% responden bersetuju bahawa platform ini mudah diakses dan mesra pengguna.
Kesimpulannya, platform digital E-Fiqhuna terbukti berkesan dalam meningkatkan kefahaman, minat dan penglibatan pelajar serta berpotensi menjadi bahan pembelajaran digital komprehensif yang menyokong PdP Fiqah secara lebih interaktif dan bermakna.
Related Results
Keterlihatan Institusi di Alam Maya: Analisis Perbandingan Strategi Komunikasi Laman Sesawang Universiti Penyelidikan Malaysia
Keterlihatan Institusi di Alam Maya: Analisis Perbandingan Strategi Komunikasi Laman Sesawang Universiti Penyelidikan Malaysia
Keterlihatan laman sesawang semakin menjadi elemen penting untuk mempromosi institusi bagi universiti terbaik dunia. Laman sesawang rasmi universiti bertindak sebagai medium utama ...
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAFTAR PUSTAKAAditama, M. H. R., & Selfiardy, S. (2022). Kehidupan Mahasiswa Kuliah Sambil Bekerja di Masa Pandemi Covid-19. Kidspedia: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(...
Perbahasan ‘Ulūm Al-Ḥadīth dalam Uṣūl Al-Fiqh Mazhab Syafii
Perbahasan ‘Ulūm Al-Ḥadīth dalam Uṣūl Al-Fiqh Mazhab Syafii
During its early years, the discipline of ‘Ulum al-Ḥadith gradually emerged into existence until it reached maturity in the seventh century with the appearance of the famous work b...
Pembangunan dan penilaian laman web hidangan roti dan masakan beryis tingkatan 5
Pembangunan dan penilaian laman web hidangan roti dan masakan beryis tingkatan 5
Kajian ini dijalankan untuk membangunkan dan menilai kebolehgunaan laman web Hidangan Roti dan Masakan Beryis Tingkatan 5 subjek Sains Rumah Tangga (SRT). Pembangunan laman web ini...
KEBERKESANAN PLATFORM TECHDEEN DALAM MENINGKATKAN KEFAHAMAN FEQAH KSSM TINGKATAN LIMA
KEBERKESANAN PLATFORM TECHDEEN DALAM MENINGKATKAN KEFAHAMAN FEQAH KSSM TINGKATAN LIMA
Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam era Revolusi Industri 4.0 telah mendorong transformasi dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran, termasuk dalam...
CORAK PEMBARUAN PEMIKIRAN HUKUM ISLAM DALAM KONSEP “FIQH SOSIAL” K.H SAHAL MAHFUDH
CORAK PEMBARUAN PEMIKIRAN HUKUM ISLAM DALAM KONSEP “FIQH SOSIAL” K.H SAHAL MAHFUDH
Abstract: The social fiqh K.H Sahal Mahfudh is a thought that was born from pesantren tradition. Social fiqh in fact is projected to redesign the stagnated fiqh in pesantren with t...
NEED ANALYSIS: DEVELOPMENT OF MADANI COUNSELING WEBSITE AS ONE STOP CENTRE IN PSYCHOLOGY AND COUNSELING SERVICES
NEED ANALYSIS: DEVELOPMENT OF MADANI COUNSELING WEBSITE AS ONE STOP CENTRE IN PSYCHOLOGY AND COUNSELING SERVICES
Dalam era digital yang pesat berkembang penggunaan teknologi dalam penyebaran ilmu menjadi semakin penting. Ilmu psikologi dan kaunseling tidak terkecuali kerana ianya merupakan ‘p...
Persepsi Keberkesanan E-Pembelajaran dalam Kalangan Pelajar Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)
Persepsi Keberkesanan E-Pembelajaran dalam Kalangan Pelajar Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)
Kaedah pengajaran dan pembelajaran telah berubah hampir di semua institusi pengajian semasa wabak COVID-19. Bagi meneruskan kelangsungan pengajian pelajar, sistem e-pembelajaran te...

