Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Persepsi Keberkesanan E-Pembelajaran dalam Kalangan Pelajar Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)

View through CrossRef
Kaedah pengajaran dan pembelajaran telah berubah hampir di semua institusi pengajian semasa wabak COVID-19. Bagi meneruskan kelangsungan pengajian pelajar, sistem e-pembelajaran telah digunakan pada masa tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat pelajar yang keciciran dan tidak bersedia dengan sistem yang baharu diperkenalkan tersebut. Salah satu faktor yang mengganggu kesediaan murid untuk e-pembelajaran ialah faktor sosioekonomi. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti persepsi keberkesanan e-pembelajaran ketika pandemik COVID-19 dalam kalangan pelajar tahun akhir Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Negeri Kelantan berdasarkan Model O.R.E.O. dalam aspek objektif dan jangkaan e-pembelajaran. Seterusnya kajian ini melihat perbezaan keberkesanan mengikut faktor sosioekonomi seperti demografi dari segi institusi, program, jantina dan status sosial ekonomi. Reka bentuk kajian ini adalah secara kuantitatif dan deskriptif di institusi TVET sekitar Kelantan. Pengkaji menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan melibatkan 270 sampel pelajar tahun akhir TVET yang dipilih secara rawak mudah. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif dan inferensi. Tahap keberkesanan e-pembelajaran dalam kalangan responden untuk konstruk objektif dan jangkaan adalah pada tahap yang tinggi. Hasil dapatan analisis ANOVA sehala menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap persepsi keberkesanan e-pembelajaran ketika pandemik COVID-19 mengikuti faktor demografi. Manfaat kajian ini memberikan penjelasan kepada pendidik dan penggubal dasar dengan memberikan pandangan yang lebih terperinci tentang persepsi keberkesanan e-pembelajaran ketika pandemik COVID-19 dalam kalangan pelajar TVET yang mempunyai latar belakang yang berbeza di negeri Kelantan.
Title: Persepsi Keberkesanan E-Pembelajaran dalam Kalangan Pelajar Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)
Description:
Kaedah pengajaran dan pembelajaran telah berubah hampir di semua institusi pengajian semasa wabak COVID-19.
Bagi meneruskan kelangsungan pengajian pelajar, sistem e-pembelajaran telah digunakan pada masa tersebut.
Walau bagaimanapun, terdapat pelajar yang keciciran dan tidak bersedia dengan sistem yang baharu diperkenalkan tersebut.
Salah satu faktor yang mengganggu kesediaan murid untuk e-pembelajaran ialah faktor sosioekonomi.
Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti persepsi keberkesanan e-pembelajaran ketika pandemik COVID-19 dalam kalangan pelajar tahun akhir Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Negeri Kelantan berdasarkan Model O.
R.
E.
O.
dalam aspek objektif dan jangkaan e-pembelajaran.
Seterusnya kajian ini melihat perbezaan keberkesanan mengikut faktor sosioekonomi seperti demografi dari segi institusi, program, jantina dan status sosial ekonomi.
Reka bentuk kajian ini adalah secara kuantitatif dan deskriptif di institusi TVET sekitar Kelantan.
Pengkaji menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan melibatkan 270 sampel pelajar tahun akhir TVET yang dipilih secara rawak mudah.
Data dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif dan inferensi.
Tahap keberkesanan e-pembelajaran dalam kalangan responden untuk konstruk objektif dan jangkaan adalah pada tahap yang tinggi.
Hasil dapatan analisis ANOVA sehala menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap persepsi keberkesanan e-pembelajaran ketika pandemik COVID-19 mengikuti faktor demografi.
Manfaat kajian ini memberikan penjelasan kepada pendidik dan penggubal dasar dengan memberikan pandangan yang lebih terperinci tentang persepsi keberkesanan e-pembelajaran ketika pandemik COVID-19 dalam kalangan pelajar TVET yang mempunyai latar belakang yang berbeza di negeri Kelantan.

Related Results

DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAFTAR PUSTAKAAditama, M. H. R., & Selfiardy, S. (2022). Kehidupan Mahasiswa Kuliah Sambil Bekerja di Masa Pandemi Covid-19. Kidspedia: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(...
Elemen Kemahiran Insaniah Pelajar Pendidikan TVET Semasa Menjalani Latihan Praktikal
Elemen Kemahiran Insaniah Pelajar Pendidikan TVET Semasa Menjalani Latihan Praktikal
Elemen kemahiran Insaniah pelajar pendidikan TVET semasa menjalani latihan praktikal adalah elemen yang lebih memfokuskan kemahiran generik pelajar serta penguasaan pelbagai elemen...
TVET is under-resourced and held in low regard? Teachers’ perceptions of TVET in Bangladesh
TVET is under-resourced and held in low regard? Teachers’ perceptions of TVET in Bangladesh
Purpose This article seeks to delve into the underlying causes contributing to the marginalized societal perception of TVET in Bangladesh. Focusing on the signi...
TRANSFORMASI PEMBELAJARAN TINGKATAN 4: KEBERKESANAN DAN PENERIMAAN E-FAITH4U
TRANSFORMASI PEMBELAJARAN TINGKATAN 4: KEBERKESANAN DAN PENERIMAAN E-FAITH4U
Dalam era digital abad ke-21, integrasi platform pembelajaran digital amat diperlukan untuk meningkatkan kefahaman pelajar Pendidikan Islam di tengah cabaran adaptasi teknologi yan...
The Development of Digital Competence Model Among TVET Educators Towards Digitization: A Concept Paper
The Development of Digital Competence Model Among TVET Educators Towards Digitization: A Concept Paper
The ongoing trend towards digitization in education has introduced new challenges for educators, necessitating a range of competencies to meet contemporary dem...
ADAPTASI PELAJAR BAHARU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
ADAPTASI PELAJAR BAHARU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
Penyesuaian pelajar baharu di institusi pengajian tinggi kini berada di tahap yang membimbangkan. Ramai antara mereka yang gagal mengikuti pengajian di universiti kerana gagal dala...

Back to Top