Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

ADAPTASI PELAJAR BAHARU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

View through CrossRef
Penyesuaian pelajar baharu di institusi pengajian tinggi kini berada di tahap yang membimbangkan. Ramai antara mereka yang gagal mengikuti pengajian di universiti kerana gagal dalam kursus yang diikuti atau berhenti dari pusat pengajian kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan sistem pendidikan di peringkat tertiari yang amat berbeza dengan sistem pendidikan di sekolah menengah. Senario ini amat ketara bagi pelajar-pelajar tahun satu kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan kampus. Pelajar dilihat tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran yang baru. Kajian ini adalah kajian rintis untuk melihat profil adaptasi pelajar baharu dalam kalangan pelajar di kolej komuniti. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan melibatkan seramai 70 orang pelajar tahun pertama yang memberi maklum balas terhadap 68 item soal selidik penyesuaian pelajar baharu Student Adaptation to College Questionnaire (SACQ) (Baker & Siryk,1999). Pembolehubah penyesuaian pelajar baharu terdiri daripada empat dimensi iaitu tahap penyesuaian akademik, penyesuaian sosial, penyesuaian peribadi-emosi dan komitmen matlamat/perapatan institusi. Analisis data bagi kajian ini adalah analisis deskriptif dengan menggunakan perisisan SPSS versi 21. Dapatan kajian menunjukkan tahap penyesuaian pelajar dalam kalangan pelajar tahun pertama kolej komuniti adalah pada tahap sederhana. Hasil analisis ujian-t menunjukkkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap penyesuaian pelajar antara jantina. Diharapkan dapatan kajian ini dapat membantu golongan pelajar, pihak pengurusan organisasi dan pihak yang terlibat secara langsung dengan hal ehwal pelajar bagi merancang program yang sesuai dengan pelajar baharu bagi menangani masalah ini.
Title: ADAPTASI PELAJAR BAHARU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
Description:
Penyesuaian pelajar baharu di institusi pengajian tinggi kini berada di tahap yang membimbangkan.
Ramai antara mereka yang gagal mengikuti pengajian di universiti kerana gagal dalam kursus yang diikuti atau berhenti dari pusat pengajian kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan sistem pendidikan di peringkat tertiari yang amat berbeza dengan sistem pendidikan di sekolah menengah.
Senario ini amat ketara bagi pelajar-pelajar tahun satu kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan kampus.
Pelajar dilihat tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran yang baru.
Kajian ini adalah kajian rintis untuk melihat profil adaptasi pelajar baharu dalam kalangan pelajar di kolej komuniti.
Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan melibatkan seramai 70 orang pelajar tahun pertama yang memberi maklum balas terhadap 68 item soal selidik penyesuaian pelajar baharu Student Adaptation to College Questionnaire (SACQ) (Baker & Siryk,1999).
Pembolehubah penyesuaian pelajar baharu terdiri daripada empat dimensi iaitu tahap penyesuaian akademik, penyesuaian sosial, penyesuaian peribadi-emosi dan komitmen matlamat/perapatan institusi.
Analisis data bagi kajian ini adalah analisis deskriptif dengan menggunakan perisisan SPSS versi 21.
Dapatan kajian menunjukkan tahap penyesuaian pelajar dalam kalangan pelajar tahun pertama kolej komuniti adalah pada tahap sederhana.
Hasil analisis ujian-t menunjukkkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap penyesuaian pelajar antara jantina.
Diharapkan dapatan kajian ini dapat membantu golongan pelajar, pihak pengurusan organisasi dan pihak yang terlibat secara langsung dengan hal ehwal pelajar bagi merancang program yang sesuai dengan pelajar baharu bagi menangani masalah ini.

Related Results

Penguasaan bahasa melayu pelajar asing di universiti malaya: analisis faktor jantina dan tahap pengajian
Penguasaan bahasa melayu pelajar asing di universiti malaya: analisis faktor jantina dan tahap pengajian
ABSTRAK Kajian penguasaan bahasa Melayu terhadap faktor jantina dan tahap pengajian pelajar asing di universiti masih kurang kerana banyak kajian yang dilakukan lebih tertumpu kepa...
Kesukaran Mempelajari Subjek Akidah Bagi Bukan Penutur Bahasa Arab: Realiti Dan Harapan, Pelajar Pengajian Islam Unishams Sebagai Sampel
Kesukaran Mempelajari Subjek Akidah Bagi Bukan Penutur Bahasa Arab: Realiti Dan Harapan, Pelajar Pengajian Islam Unishams Sebagai Sampel
Pengkaji telah mendapati banyak masalah yang muncul sejak sekian lama dalam kajian ini akan tetapi ianya semakin bertambah dari semasa ke semasa muntakhir ini iaitu masalah kesukar...
Faktor Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Bukan Akademik anjuran Universiti
Faktor Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Bukan Akademik anjuran Universiti
Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di universiti tidak kira akademik atau bukan akademik haruslah boleh membentuk pelajar yang seimbang bukan sahaja dari aspek jasmani dan emosi, ma...
Kajian Tempat Letak Kenderaan Pelajar di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
Kajian Tempat Letak Kenderaan Pelajar di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
Tempat letak kenderaan (TLK) adalah satu keperluan kepada para pelajar, pensyarah dan juga staf sokongan di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Kajian ini dilakukan bagi mengenal p...
Menentukan Motivasi Matematik Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Mersing
Menentukan Motivasi Matematik Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Mersing
Motivasi merupakan satu elemen penting dalam pembelajaran pelajar di institut pengajian tinggi. Tahap motivasi yang baik dapat memberi ransangan secara dalaman kepada para pelajar ...
KITAB-KITAB HADITH DALAM PENGAJIAN TAKMIR DI INSTITUSI MASJID DI PERLIS: KAJIAN TINJAUAN
KITAB-KITAB HADITH DALAM PENGAJIAN TAKMIR DI INSTITUSI MASJID DI PERLIS: KAJIAN TINJAUAN
Peranan program takmir dalam pengajian hadith di institusi masjid adalah nukleus ke arah melahirkan komuniti muslim madani dalam menghayati sunnah Rasulullah SAW. Institusi masjid ...
Transformasi Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah: Keperluan dan Cabaran Kontemporari Menuju Pembelajaran Dinamik dan Berimpak
Transformasi Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah: Keperluan dan Cabaran Kontemporari Menuju Pembelajaran Dinamik dan Berimpak
Kajian ini berasaskan keperluan mendesak program Pengajian Islam, khususnya Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, untuk melaksanakan transformasi pendidikan serta inisiatif baharu bagi...

Back to Top