Javascript must be enabled to continue!
Menentukan Motivasi Matematik Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Mersing
View through CrossRef
Motivasi merupakan satu elemen penting dalam pembelajaran pelajar di institut pengajian tinggi. Tahap motivasi yang baik dapat memberi ransangan secara dalaman kepada para pelajar untuk mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran, sekaligus memberi kesan kepada kesediaan para pelajar menghadapi pentaksiran yang diberikan. Satu kajian kuantitatif telah dijalankan bagi mengenal pasti tahap Motivasi Matematik dalam kalangan pelajar bidang kejuruteraan dan bidang teknologi maklumat di Politeknik Mersing. Kajian ini melihat sama ada faktor bidang pengajian dan latar belakang akademik pelajar memberi perbezaan yang signifikan terhadap Motivasi Matematik pelajar. Rekabentuk kajian adalah berbentuk tinjauan hirisan rentas. Seramai 184 sampel telah dipilih sebagai responden kajian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik yang terdiri daripada 19 item berskala likert 5-mata. Dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan perisian IBM SPSS Statistics 28.0. Kajian ini mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dalam keputusan ujian MANOVA yang dijalankan terhadap dua bidang yang dikaji dari aspek Nilai Instrinsik dan Kebimbangan Terhadap Ujian. Perbezaan ini dipengaruhi oleh latar belakang akademik pelajar sebelum melanjutkan pengajian di politeknik. Dapatan ini memberi input yang jelas bahawa mata pelajaran Matematik Tambahan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memberi kesan kepada Motivasi Matematik pelajar di Politeknik. Kajian lanjutan yang berpotensi untuk dikaji ialah mengenal pasti kesan Motivasi Matematik terhadap pencapaian akademik pelajar.
Title: Menentukan Motivasi Matematik Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Mersing
Description:
Motivasi merupakan satu elemen penting dalam pembelajaran pelajar di institut pengajian tinggi.
Tahap motivasi yang baik dapat memberi ransangan secara dalaman kepada para pelajar untuk mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran, sekaligus memberi kesan kepada kesediaan para pelajar menghadapi pentaksiran yang diberikan.
Satu kajian kuantitatif telah dijalankan bagi mengenal pasti tahap Motivasi Matematik dalam kalangan pelajar bidang kejuruteraan dan bidang teknologi maklumat di Politeknik Mersing.
Kajian ini melihat sama ada faktor bidang pengajian dan latar belakang akademik pelajar memberi perbezaan yang signifikan terhadap Motivasi Matematik pelajar.
Rekabentuk kajian adalah berbentuk tinjauan hirisan rentas.
Seramai 184 sampel telah dipilih sebagai responden kajian.
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik yang terdiri daripada 19 item berskala likert 5-mata.
Dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan perisian IBM SPSS Statistics 28.
Kajian ini mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dalam keputusan ujian MANOVA yang dijalankan terhadap dua bidang yang dikaji dari aspek Nilai Instrinsik dan Kebimbangan Terhadap Ujian.
Perbezaan ini dipengaruhi oleh latar belakang akademik pelajar sebelum melanjutkan pengajian di politeknik.
Dapatan ini memberi input yang jelas bahawa mata pelajaran Matematik Tambahan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memberi kesan kepada Motivasi Matematik pelajar di Politeknik.
Kajian lanjutan yang berpotensi untuk dikaji ialah mengenal pasti kesan Motivasi Matematik terhadap pencapaian akademik pelajar.
Related Results
Keberkesanan Pembelajaran Matematik dalam Talian
Keberkesanan Pembelajaran Matematik dalam Talian
Pembelajaran dalam talian merujuk kepada penggunaan pelbagai platform dalam talian seperti Google Meet, Microsoft Teams, dan sebagainya untuk menjalankan pengajaran dan pembelajara...
Keberkesanan Bimbingan Rakan Sebaya Terhadap Pencapaian Matematik Pelajar di Sekolah Menengah
Keberkesanan Bimbingan Rakan Sebaya Terhadap Pencapaian Matematik Pelajar di Sekolah Menengah
Matematik merupakan satu mata pelajaran yang menyeronokkan untuk dipelajari kerana mempunyai prosedur serta konsep yang konsisten dan tetap. Matematik merupakan mata pelajaran tera...
Kajian perbandingan pencapaian subjek Matematik dalam kalangan pelajar pecutan dan bukan pecutan
Kajian perbandingan pencapaian subjek Matematik dalam kalangan pelajar pecutan dan bukan pecutan
Pemecutan (acceleration) merupakan salah satu kaedah yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar pintar dan berbakat. Kaedah ini memberi penekanan pengajar...
ADAPTASI PELAJAR BAHARU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
ADAPTASI PELAJAR BAHARU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
Penyesuaian pelajar baharu di institusi pengajian tinggi kini berada di tahap yang membimbangkan. Ramai antara mereka yang gagal mengikuti pengajian di universiti kerana gagal dala...
Tahap Motivasi Dalam Kalangan Pelajar Kejuruteraan
Tahap Motivasi Dalam Kalangan Pelajar Kejuruteraan
Bagi memastikan pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan dengan berkesan, tahap motivasi para pelajar perlu diberi perhatian sewajarnya. Hal ini penting kerana pelajar yang bermoti...
Kefahaman Guru Tentang Nilai Matematik
Kefahaman Guru Tentang Nilai Matematik
Matematik terkenal sebagai mata pelajaran yang kering, sukar dan membosankan. Salah satu punca yang menyebabkan wujudnya tanggapan ini adalah kurangnya penekanan diberikan untuk me...
GÖÇMEN ÖĞRENCİLERİN MATEMATİK EĞİTİMİNDE ETNOMATEMATİK YAKLAŞIMININ KULLANILMASI
GÖÇMEN ÖĞRENCİLERİN MATEMATİK EĞİTİMİNDE ETNOMATEMATİK YAKLAŞIMININ KULLANILMASI
Matematiğin birinden farklı ayrıştırılmış parçalar ve kısımlardan ziyade bir bütün olarak algılanması ve gerçek yaşamla matematiğin entegrasyonunun sağlanması matematiksel düşünme ...
Faktor Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Bukan Akademik anjuran Universiti
Faktor Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Bukan Akademik anjuran Universiti
Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di universiti tidak kira akademik atau bukan akademik haruslah boleh membentuk pelajar yang seimbang bukan sahaja dari aspek jasmani dan emosi, ma...

