Javascript must be enabled to continue!
Keberkesanan Pembelajaran Matematik dalam Talian
View through CrossRef
Pembelajaran dalam talian merujuk kepada penggunaan pelbagai platform dalam talian seperti Google Meet, Microsoft Teams, dan sebagainya untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran dalam talian telah diperkenalkan di kebanyakan negara sejak pandemik Covid-19. Pembelajaran matematik dalam talian telah memberikan cabaran kepada guru, pelajar, dan ibu bapa. Dengan itu, keberkesanan pembelajaran matematik dalam talian sering kali dipertikaikan. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan pembelajaran matematik dalam talian dan mengenal pasti aspek yang mempengaruhi keberkesanannya. Satu tinjauan literatur bersistematik (SLR) telah dijalankan untuk menganalisis kajian-kajian lepas yang disaring daripada Scopus dan WOS. Pemilihan artikel telah menggunakan kaedah carta alir dalam model PRISMA iaitu pengenalpastian, saringan, kelayakan dan kemasukan. Kriteria penerimaan artikel antara tahun 2018 hingga tahun 2022, bahasa Inggeris, jenis artikel dan dalam bidang pendidikan matematik. Sebanyak 21 artikel yang menepati semua kriteria pemilihan telah dikenal pasti dan dimasukkan dalam kajian SLR ini. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa 12 artikel menyokong bahawa pembelajaran matematik dalam talian adalah berkesan, sementara 9 artikel mendapat hasil dapatan yang bertentangan iaitu pembelajaran matematik dalam talian adalah kurang berkesan. Keberkesanan pembelajaran matematik dalam talian telah dibincangkan dari segi kefahaman pelajar terhadap kandungan matematik, motivasi pelajar dan penglibatan pelajar dalam pembelajaran matematik dalam talian. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat beberapa aspek yang dapat mempengaruhi keberkesanan pembelajaran matematik dalam talian. Antaranya komunikasi antara guru dengan pelajar dalam talian, kaedah pengajaran guru, kemahiran TMK guru dan pelajar, masalah talian dan perisian serta penglibatan ibu bapa. Kesimpulan, keberkesanan pembelajaran matematik dalam talian adalah bergantung kepada guru dan pelajar. Kajian ini berharap dapat membantu pihak berkenaan lebih memahami keberkesanan pembelajaran matematik dalam talian serta menjalankan tindakan untuk meningkat keberkesanannya.
Title: Keberkesanan Pembelajaran Matematik dalam Talian
Description:
Pembelajaran dalam talian merujuk kepada penggunaan pelbagai platform dalam talian seperti Google Meet, Microsoft Teams, dan sebagainya untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran.
Pembelajaran dalam talian telah diperkenalkan di kebanyakan negara sejak pandemik Covid-19.
Pembelajaran matematik dalam talian telah memberikan cabaran kepada guru, pelajar, dan ibu bapa.
Dengan itu, keberkesanan pembelajaran matematik dalam talian sering kali dipertikaikan.
Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan pembelajaran matematik dalam talian dan mengenal pasti aspek yang mempengaruhi keberkesanannya.
Satu tinjauan literatur bersistematik (SLR) telah dijalankan untuk menganalisis kajian-kajian lepas yang disaring daripada Scopus dan WOS.
Pemilihan artikel telah menggunakan kaedah carta alir dalam model PRISMA iaitu pengenalpastian, saringan, kelayakan dan kemasukan.
Kriteria penerimaan artikel antara tahun 2018 hingga tahun 2022, bahasa Inggeris, jenis artikel dan dalam bidang pendidikan matematik.
Sebanyak 21 artikel yang menepati semua kriteria pemilihan telah dikenal pasti dan dimasukkan dalam kajian SLR ini.
Hasil kajian telah menunjukkan bahawa 12 artikel menyokong bahawa pembelajaran matematik dalam talian adalah berkesan, sementara 9 artikel mendapat hasil dapatan yang bertentangan iaitu pembelajaran matematik dalam talian adalah kurang berkesan.
Keberkesanan pembelajaran matematik dalam talian telah dibincangkan dari segi kefahaman pelajar terhadap kandungan matematik, motivasi pelajar dan penglibatan pelajar dalam pembelajaran matematik dalam talian.
Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat beberapa aspek yang dapat mempengaruhi keberkesanan pembelajaran matematik dalam talian.
Antaranya komunikasi antara guru dengan pelajar dalam talian, kaedah pengajaran guru, kemahiran TMK guru dan pelajar, masalah talian dan perisian serta penglibatan ibu bapa.
Kesimpulan, keberkesanan pembelajaran matematik dalam talian adalah bergantung kepada guru dan pelajar.
Kajian ini berharap dapat membantu pihak berkenaan lebih memahami keberkesanan pembelajaran matematik dalam talian serta menjalankan tindakan untuk meningkat keberkesanannya.
Related Results
KEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN DALAM TALIAN KE ATAS KURSUS TERPILIH BAGI KOMPONEN KESENIAN DAN KEBUDAYAAN PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMAJUAN PELAJAR, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
KEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN DALAM TALIAN KE ATAS KURSUS TERPILIH BAGI KOMPONEN KESENIAN DAN KEBUDAYAAN PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMAJUAN PELAJAR, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Susulan penularan wabak COVID-19, institusi pendidikan termasuk Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah membuat penyelarasan kurikulum ...
Keberkesanan Bimbingan Rakan Sebaya Terhadap Pencapaian Matematik Pelajar di Sekolah Menengah
Keberkesanan Bimbingan Rakan Sebaya Terhadap Pencapaian Matematik Pelajar di Sekolah Menengah
Matematik merupakan satu mata pelajaran yang menyeronokkan untuk dipelajari kerana mempunyai prosedur serta konsep yang konsisten dan tetap. Matematik merupakan mata pelajaran tera...
JUDI DALAM TALIAN: CABARAN MENANGANI AKTIVITI PERJUDIAN DI ERA DIGITAL MENGIKUT UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA
JUDI DALAM TALIAN: CABARAN MENANGANI AKTIVITI PERJUDIAN DI ERA DIGITAL MENGIKUT UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA
Perjudian dalam talian merujuk kepada aktiviti pertaruhan atau permainan yang melibatkan wang atau nilai lain yang dilakukan melalui platform digital seperti laman web, aplikasi mu...

Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Aplikasi Dalam Talian Dan Si-kap Pensyarah Dalam Pembelajaran Jarak Jauh Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Semasa Pandemik Covid-19
Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Aplikasi Dalam Talian Dan Si-kap Pensyarah Dalam Pembelajaran Jarak Jauh Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Semasa Pandemik Covid-19
Era pandemik Covid-19 yang melanda seluruh negara nyata memberi impak yang besar kepada masyarakat dunia dalam semua sektor. Malaysia juga tidak terkecuali menghadapi gangguan kesa...
GÖÇMEN ÖĞRENCİLERİN MATEMATİK EĞİTİMİNDE ETNOMATEMATİK YAKLAŞIMININ KULLANILMASI
GÖÇMEN ÖĞRENCİLERİN MATEMATİK EĞİTİMİNDE ETNOMATEMATİK YAKLAŞIMININ KULLANILMASI
Matematiğin birinden farklı ayrıştırılmış parçalar ve kısımlardan ziyade bir bütün olarak algılanması ve gerçek yaşamla matematiğin entegrasyonunun sağlanması matematiksel düşünme ...
The relationship between online advertisement methods and their effectiveness
The relationship between online advertisement methods and their effectiveness
Pengiklanan dalam talian telah menjadi salah satu alat yang menggunakan internet sebagai medium pemasaran di seluruh dunia untuk menghantar mesej promosi kepada individu di seluruh...
Amalan Pembelian Dalam Talian Semasa Perintah Kawalan Pergerakan dalam kalangan Belia di Daerah Hulu Langat
Amalan Pembelian Dalam Talian Semasa Perintah Kawalan Pergerakan dalam kalangan Belia di Daerah Hulu Langat
Along with the development of Information and Communication Technology, a change in lifestyle among the community has been witnessed. In line with the Covid-19 pandemic that has pl...