Javascript must be enabled to continue!
JUDI DALAM TALIAN: CABARAN MENANGANI AKTIVITI PERJUDIAN DI ERA DIGITAL MENGIKUT UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA
View through CrossRef
Perjudian dalam talian merujuk kepada aktiviti pertaruhan atau permainan yang melibatkan wang atau nilai lain yang dilakukan melalui platform digital seperti laman web, aplikasi mudah alih, dan saluran dalam talian lain. Antara bentuk perjudian dalam talian yang popular adalah permainan kasino, pertaruhan sukan, poker dalam talian, dan loteri maya. Transaksi dalam perjudian ini dilakukan secara elektronik, menjadikannya lebih sukar dikesan dan dikawal berbanding perjudian tradisional yang bersifat fizikal. Sifat maya dan global aktiviti ini melampaui sempadan geografi, menjadikan penguatkuasaan undang-undang lebih rumit kerana ia melibatkan pelbagai pihak dan bidang kuasa antarabangsa. Di Malaysia, perjudian dalam talian mewujudkan cabaran besar kepada pihak berkuasa dalam menguatkuasakan undang-undang di era digital. Antara cabaran utama adalah kesukaran dalam menjejaki aktiviti dan transaksi digital yang sering menggunakan teknologi canggih dan bersifat tanpa sempadan. Selain itu, isu berkaitan penyitaan dan penyimpanan bukti digital turut menjadi masalah kerana bukti tersebut mudah diubah atau dipadam, memerlukan kepakaran dan teknologi khas untuk mengesahkannya. Bidang kuasa negeri yang berbeza-beza di Malaysia turut menambah kesukaran dalam menyelaraskan tindakan penguatkuasaan, di samping limitasi dalam undang-undang perjudian sedia ada yang mungkin tidak lagi relevan dalam menangani bentuk perjudian moden ini. Kekurangan teknologi, kepakaran digital, dan koordinasi antara agensi penguatkuasaan di peringkat negeri dan Persekutuan menjadi faktor utama yang menghalang keberkesanan tindakan undang-undang. Oleh itu, kajian ini menyoroti keperluan mendesak untuk mereformasi undang-undang sedia ada agar lebih selaras dengan perkembangan teknologi digital dan cabaran semasa. Selain itu, kolaborasi antara agensi penguatkuasaan, institusi kewangan, dan penyedia perkhidmatan digital adalah penting bagi memperkukuhkan pemantauan dan pengawalan aktiviti perjudian dalam talian. Pendekatan yang menyeluruh dan strategi yang bersepadu diperlukan bagi memastikan penguatkuasaan undang-undang yang lebih berkesan serta melindungi masyarakat daripada risiko dan implikasi negatif perjudian dalam talian.
UiTM Press, Universiti Teknologi MARA
Title: JUDI DALAM TALIAN: CABARAN MENANGANI AKTIVITI PERJUDIAN DI ERA DIGITAL MENGIKUT UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA
Description:
Perjudian dalam talian merujuk kepada aktiviti pertaruhan atau permainan yang melibatkan wang atau nilai lain yang dilakukan melalui platform digital seperti laman web, aplikasi mudah alih, dan saluran dalam talian lain.
Antara bentuk perjudian dalam talian yang popular adalah permainan kasino, pertaruhan sukan, poker dalam talian, dan loteri maya.
Transaksi dalam perjudian ini dilakukan secara elektronik, menjadikannya lebih sukar dikesan dan dikawal berbanding perjudian tradisional yang bersifat fizikal.
Sifat maya dan global aktiviti ini melampaui sempadan geografi, menjadikan penguatkuasaan undang-undang lebih rumit kerana ia melibatkan pelbagai pihak dan bidang kuasa antarabangsa.
Di Malaysia, perjudian dalam talian mewujudkan cabaran besar kepada pihak berkuasa dalam menguatkuasakan undang-undang di era digital.
Antara cabaran utama adalah kesukaran dalam menjejaki aktiviti dan transaksi digital yang sering menggunakan teknologi canggih dan bersifat tanpa sempadan.
Selain itu, isu berkaitan penyitaan dan penyimpanan bukti digital turut menjadi masalah kerana bukti tersebut mudah diubah atau dipadam, memerlukan kepakaran dan teknologi khas untuk mengesahkannya.
Bidang kuasa negeri yang berbeza-beza di Malaysia turut menambah kesukaran dalam menyelaraskan tindakan penguatkuasaan, di samping limitasi dalam undang-undang perjudian sedia ada yang mungkin tidak lagi relevan dalam menangani bentuk perjudian moden ini.
Kekurangan teknologi, kepakaran digital, dan koordinasi antara agensi penguatkuasaan di peringkat negeri dan Persekutuan menjadi faktor utama yang menghalang keberkesanan tindakan undang-undang.
Oleh itu, kajian ini menyoroti keperluan mendesak untuk mereformasi undang-undang sedia ada agar lebih selaras dengan perkembangan teknologi digital dan cabaran semasa.
Selain itu, kolaborasi antara agensi penguatkuasaan, institusi kewangan, dan penyedia perkhidmatan digital adalah penting bagi memperkukuhkan pemantauan dan pengawalan aktiviti perjudian dalam talian.
Pendekatan yang menyeluruh dan strategi yang bersepadu diperlukan bagi memastikan penguatkuasaan undang-undang yang lebih berkesan serta melindungi masyarakat daripada risiko dan implikasi negatif perjudian dalam talian.
Related Results
JUDI DALAM TALIAN: CABARAN MENANGANI AKTIVITI PERJUDIAN DI ERA DIGITAL MENGIKUT UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA
JUDI DALAM TALIAN: CABARAN MENANGANI AKTIVITI PERJUDIAN DI ERA DIGITAL MENGIKUT UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA
Perjudian dalam talian merujuk kepada aktiviti pertaruhan atau permainan yang melibatkan wang atau nilai lain yang dilakukan melalui platform digital seperti laman web, aplikasi mu...
Penanggulangan Pemberantasan Judi Online di Masyarakat
Penanggulangan Pemberantasan Judi Online di Masyarakat
Perjudian merupakan masalah yang sangat sulit diberantas di Indonesia. Judi masih sangat marak terjadi disekitar kita bahkan judi berkembang pesat di masyarakat dengan berbagai jen...
Faktor Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Bukan Akademik anjuran Universiti
Faktor Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Bukan Akademik anjuran Universiti
Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di universiti tidak kira akademik atau bukan akademik haruslah boleh membentuk pelajar yang seimbang bukan sahaja dari aspek jasmani dan emosi, ma...
MOTIVASI DAN TAHAP PENGLIBATAN BELIA FELDA DALAM KESUKARELAWANAN DI FELDA BUKIT ROKAN, NEGERI SEMBILAN
MOTIVASI DAN TAHAP PENGLIBATAN BELIA FELDA DALAM KESUKARELAWANAN DI FELDA BUKIT ROKAN, NEGERI SEMBILAN
ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara motivasi dan tahap penglibatan belia dalam aktiviti sukarela di Felda Bukit Rokan, Negeri Sembilan. Objektif khusus k...
Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Aplikasi Dalam Talian Dan Si-kap Pensyarah Dalam Pembelajaran Jarak Jauh Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Semasa Pandemik Covid-19
Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Aplikasi Dalam Talian Dan Si-kap Pensyarah Dalam Pembelajaran Jarak Jauh Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Semasa Pandemik Covid-19
Era pandemik Covid-19 yang melanda seluruh negara nyata memberi impak yang besar kepada masyarakat dunia dalam semua sektor. Malaysia juga tidak terkecuali menghadapi gangguan kesa...
Kemudahan dan Kebebasan Mengakses Judi Online di Jejaring Sosial Media Bagi Seluruh Kalangan Masyarakat Indonesia
Kemudahan dan Kebebasan Mengakses Judi Online di Jejaring Sosial Media Bagi Seluruh Kalangan Masyarakat Indonesia
Perjudian online di Indonesia semakin marak seiring dengan kemudahan akses melalui media sosial dan sistem perbankan elektronik. Praktik ini menimbulkan tantangan bagi penegakan hu...
Analisis Yuridis Terhadap Laporan Pidana oleh Bandar Judi Online Terhadap Peretas Sistem Aplikasi Judi Online
Analisis Yuridis Terhadap Laporan Pidana oleh Bandar Judi Online Terhadap Peretas Sistem Aplikasi Judi Online
Perkembangan teknologi informasi mendorong meningkatnya kejahatan siber, termasuk praktik perjudian online yang dijalankan melalui aplikasi berbasis internet. Perjudian online seca...
Penegakan Hukum Terhadap Pelaku Kejahatan Judi Online Kasus Judi Slot Gacor
Penegakan Hukum Terhadap Pelaku Kejahatan Judi Online Kasus Judi Slot Gacor
Fenomena perjudian merupakan salah satu warisan yang telah berlangsung sejak zaman dahulu, dimana pada mulanya perjudian dilakukan dengan cara konvensional dengan bertatap muka, na...

