Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Tahap Motivasi Dalam Kalangan Pelajar Kejuruteraan

View through CrossRef
Bagi memastikan pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan dengan berkesan, tahap motivasi para pelajar perlu diberi perhatian sewajarnya. Hal ini penting kerana pelajar yang bermotivasi lebih mudah menerima input yang diberi dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran. Bagi mengkaji perbezaan tahap motivasi dalam kalangan pelajar kejuruteraan di Politeknik Mersing, kajian ini dijalankan secara kuantitatif dengan menggunakan set soal selidik yang diadaptasi daripada kajian lepas. Rekabentuk kajian adalah berbentuk tinjauan hirisan rentas. Seramai 89 responden telah dipilih untuk menjawab soal selidik yang terdiri daripada 23 item berskala likert lima mata. Dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan perisian IBM SPSS Statistics 28.0. Kajian ini mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dalam keputusan ujian-t yang dijalankan terhadap dua bidang kejuruteraan yang dikaji dari aspek Motivasi Ekstrinsik. Di samping itu, kajian ini turut mendapati terdapat perbezaan yang signifikan motivasi pelajar berdasarkan latar belakang pendidikan sebelum melanjutkan pengajian di politeknik dari segi motivasi Ekstrinsik dan Keupayaan Diri Belajar. Dapatan ini memberi input bahawa latar belakang pendidikan memberi kesan terhadap tahap motivasi pelajar di peringkat pendidikan tinggi. Kajian lanjutan yang berpotensi untuk dikaji ialah mengenalpasti kesan motivasi terhadap pencapaian akademik pelajar.
Title: Tahap Motivasi Dalam Kalangan Pelajar Kejuruteraan
Description:
Bagi memastikan pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan dengan berkesan, tahap motivasi para pelajar perlu diberi perhatian sewajarnya.
Hal ini penting kerana pelajar yang bermotivasi lebih mudah menerima input yang diberi dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran.
Bagi mengkaji perbezaan tahap motivasi dalam kalangan pelajar kejuruteraan di Politeknik Mersing, kajian ini dijalankan secara kuantitatif dengan menggunakan set soal selidik yang diadaptasi daripada kajian lepas.
Rekabentuk kajian adalah berbentuk tinjauan hirisan rentas.
Seramai 89 responden telah dipilih untuk menjawab soal selidik yang terdiri daripada 23 item berskala likert lima mata.
Dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan perisian IBM SPSS Statistics 28.
Kajian ini mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dalam keputusan ujian-t yang dijalankan terhadap dua bidang kejuruteraan yang dikaji dari aspek Motivasi Ekstrinsik.
Di samping itu, kajian ini turut mendapati terdapat perbezaan yang signifikan motivasi pelajar berdasarkan latar belakang pendidikan sebelum melanjutkan pengajian di politeknik dari segi motivasi Ekstrinsik dan Keupayaan Diri Belajar.
Dapatan ini memberi input bahawa latar belakang pendidikan memberi kesan terhadap tahap motivasi pelajar di peringkat pendidikan tinggi.
Kajian lanjutan yang berpotensi untuk dikaji ialah mengenalpasti kesan motivasi terhadap pencapaian akademik pelajar.

Related Results

ADAPTASI PELAJAR BAHARU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
ADAPTASI PELAJAR BAHARU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
Penyesuaian pelajar baharu di institusi pengajian tinggi kini berada di tahap yang membimbangkan. Ramai antara mereka yang gagal mengikuti pengajian di universiti kerana gagal dala...
Kesihatan Mental dan Motivasi Pelajar Semasa Pembelajaran Dalam Talian Sepanjang Pandemik Covid-19
Kesihatan Mental dan Motivasi Pelajar Semasa Pembelajaran Dalam Talian Sepanjang Pandemik Covid-19
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara tahap kesihatan mental dan tahap motivasi dalam kalangan pelajar sarjana Fakulti Pendidikan, di sebuah universiti penyelid...
PROFIL LITERASI ALAM SEKITAR MENGIKUT FAKTOR DEMOGRAFI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI TAWAU, SABAH
PROFIL LITERASI ALAM SEKITAR MENGIKUT FAKTOR DEMOGRAFI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI TAWAU, SABAH
Deklarasi Tbilisi yang diadakan pada tahun 1977 telah membawa perubahan penting dalam pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar (PAS). Lima objektif utama PAS yang disepakati dalam dekla...
Menentukan Motivasi Matematik Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Mersing
Menentukan Motivasi Matematik Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Mersing
Motivasi merupakan satu elemen penting dalam pembelajaran pelajar di institut pengajian tinggi. Tahap motivasi yang baik dapat memberi ransangan secara dalaman kepada para pelajar ...
Penguasaan bahasa melayu pelajar asing di universiti malaya: analisis faktor jantina dan tahap pengajian
Penguasaan bahasa melayu pelajar asing di universiti malaya: analisis faktor jantina dan tahap pengajian
ABSTRAK Kajian penguasaan bahasa Melayu terhadap faktor jantina dan tahap pengajian pelajar asing di universiti masih kurang kerana banyak kajian yang dilakukan lebih tertumpu kepa...
Perspektif Guru Terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Kalangan Pelajar
Perspektif Guru Terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Kalangan Pelajar
Kajian ini dijalankan bagi meneroka perspektif guru berkaitan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan pelajar. Kajian ini menggunakan kaedah temubual separa berstruktu...
Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap Motivasi Belajar Murid Sekolah Rendah Di Pekan Nanas Daerah Pontian
Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap Motivasi Belajar Murid Sekolah Rendah Di Pekan Nanas Daerah Pontian
Rakan sebaya merupakan individu yang berkait rapat dengan setiap orang murid. Dalam proses pembelajaran, rakan sebaya memainkan peranan yang penting untuk mempengaruhi motivasi bel...

Back to Top