Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Elemen Kemahiran Insaniah Pelajar Pendidikan TVET Semasa Menjalani Latihan Praktikal

View through CrossRef
Elemen kemahiran Insaniah pelajar pendidikan TVET semasa menjalani latihan praktikal adalah elemen yang lebih memfokuskan kemahiran generik pelajar serta penguasaan pelbagai elemen lain seperti kemahiran teknikal, kemahiran generik, kemahiran keusahawanan serta kemahiran berfikir. Pelajar adalah merupakan tonggak masa depan negara oleh itu pelajar harus berada di landasan yang betul supaya semua sistem pendidikan dan kemahiran yang mereka perolehi adalah sistematik adalah kekal relevan dengan keperluan majikan di setiap sektor organisasi pekerjaan. Setiap elemen dan aspek kemahiran insaniah yang meliputi kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, kemahiran kepimpinan serta etika dan integriti maka terhasillah kajian penyelidikan ini bertajuk “Elemen Kemahiran Insaniah Pelajar Pendidikan TVET Semasa Menjalani Latihan Praktikal”. Oleh itu kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka elemen-elemen pada setiap domain kemahiran insaniah yang ada. Kajian yang digunakan adalah secara kualitatif analisa dokumen digabungkan dengan temu bual bersama 6 responden yang terdiri daripada 3 orang tenaga pengajar yang pakar di dalam bidang TVET dan 3 majikan yang terlibat dengan TVET dalam sektor industri. Data yang diterima dirumuskan dengan pengiraan melalui Nisbah Kesahan Kandungan terhadap 16 elemen di bawah setiap domain kemahiran insaniah pelajar menurut pengkongsian dan pandangan pakar. Berdasarkan analisa daripada temu bual yang dijalankan maka terhasillah elemen-elemen di bawah setiap 7 domain kemahiran insaniah pelajar yang disenaraikan. Data kuantitatif kemudiannya digunakan untuk menghasilkan satu instrumen pengesahan yang telah dinilai dengan menggunakan statistik Kappa. Dapatan di dalam penyelidikan ini diharap dapat dijadikan rujukan dan panduan untuk penambahbaikan di dalam penentuan dan peningkatan elemen-elemen kemahiran insaniah pelajar semasa menjalani latihan praktikal.
Title: Elemen Kemahiran Insaniah Pelajar Pendidikan TVET Semasa Menjalani Latihan Praktikal
Description:
Elemen kemahiran Insaniah pelajar pendidikan TVET semasa menjalani latihan praktikal adalah elemen yang lebih memfokuskan kemahiran generik pelajar serta penguasaan pelbagai elemen lain seperti kemahiran teknikal, kemahiran generik, kemahiran keusahawanan serta kemahiran berfikir.
Pelajar adalah merupakan tonggak masa depan negara oleh itu pelajar harus berada di landasan yang betul supaya semua sistem pendidikan dan kemahiran yang mereka perolehi adalah sistematik adalah kekal relevan dengan keperluan majikan di setiap sektor organisasi pekerjaan.
Setiap elemen dan aspek kemahiran insaniah yang meliputi kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, kemahiran kepimpinan serta etika dan integriti maka terhasillah kajian penyelidikan ini bertajuk “Elemen Kemahiran Insaniah Pelajar Pendidikan TVET Semasa Menjalani Latihan Praktikal”.
Oleh itu kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka elemen-elemen pada setiap domain kemahiran insaniah yang ada.
Kajian yang digunakan adalah secara kualitatif analisa dokumen digabungkan dengan temu bual bersama 6 responden yang terdiri daripada 3 orang tenaga pengajar yang pakar di dalam bidang TVET dan 3 majikan yang terlibat dengan TVET dalam sektor industri.
Data yang diterima dirumuskan dengan pengiraan melalui Nisbah Kesahan Kandungan terhadap 16 elemen di bawah setiap domain kemahiran insaniah pelajar menurut pengkongsian dan pandangan pakar.
Berdasarkan analisa daripada temu bual yang dijalankan maka terhasillah elemen-elemen di bawah setiap 7 domain kemahiran insaniah pelajar yang disenaraikan.
Data kuantitatif kemudiannya digunakan untuk menghasilkan satu instrumen pengesahan yang telah dinilai dengan menggunakan statistik Kappa.
Dapatan di dalam penyelidikan ini diharap dapat dijadikan rujukan dan panduan untuk penambahbaikan di dalam penentuan dan peningkatan elemen-elemen kemahiran insaniah pelajar semasa menjalani latihan praktikal.

Related Results

PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEPIMPINAN PELAJAR MELALUI LATIHAN LAKON TEATER
PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEPIMPINAN PELAJAR MELALUI LATIHAN LAKON TEATER
ABSTRAK Kajian ini melihat bagaimana kesan pendekatan persiapan latihan pelakon dalam membantu meningkatkan kemahiran kepimpinan pelajar. Ia dijalankan kepada 35 responden te...
The Development of Digital Competence Model Among TVET Educators Towards Digitization: A Concept Paper
The Development of Digital Competence Model Among TVET Educators Towards Digitization: A Concept Paper
The ongoing trend towards digitization in education has introduced new challenges for educators, necessitating a range of competencies to meet contemporary dem...
Strategi Pembelajaran Bahasa Arab: Kemahiran Al-Kitâbah (Arabic Learning Strategy: Writing Skills)
Strategi Pembelajaran Bahasa Arab: Kemahiran Al-Kitâbah (Arabic Learning Strategy: Writing Skills)
Dalam pembelajaran bahasa Arab, terdapat empat macam maharah atau kemahiran yang harus dikuasai oleh setiap pembelajar bahasa Arab. Empat kemahiran itu adalah kemahiran istima’, ka...
PERANAN KURSUS FALSAFAH DAN ISU SEMASA DALAM “MENYEMPURNAKAN” MAHASISWA: KAJIAN DI UNIVERSITI MALAYA
PERANAN KURSUS FALSAFAH DAN ISU SEMASA DALAM “MENYEMPURNAKAN” MAHASISWA: KAJIAN DI UNIVERSITI MALAYA
The Philosophy and Current Issues course (FIS) offered to undergraduates in the local universities is a compulsory course which is hopeful to shape students in accordance to the de...
Prospek TVET di Institut Pengajian Tinggi Malaysia
Prospek TVET di Institut Pengajian Tinggi Malaysia
Agenda TVET semakin mendapat tumpuan kerajaan. Prinsip Artikulasi Program TVET yang diperkenalkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) baru-baru ini membuka lembaran baharu terhada...
KERANGKA PEDAGOGI PEMBELAJARAN PRAKTIKAL DIGITAL DALAM AMALAN TVET DI MALAYSIA
KERANGKA PEDAGOGI PEMBELAJARAN PRAKTIKAL DIGITAL DALAM AMALAN TVET DI MALAYSIA
Transformasi digital dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia telah mempercepatkan penggunaan platform pembelajaran dalam talian, simulasi digital se...

Back to Top