Javascript must be enabled to continue!
Keterlihatan Institusi di Alam Maya: Analisis Perbandingan Strategi Komunikasi Laman Sesawang Universiti Penyelidikan Malaysia
View through CrossRef
Keterlihatan laman sesawang semakin menjadi elemen penting untuk mempromosi institusi bagi universiti terbaik dunia. Laman sesawang rasmi universiti bertindak sebagai medium utama untuk mempromosi reputasi dan imej serta menjadi platform publisiti untuk aktiviti dan pencapaian universiti. Laman sesawang memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan keterlihatan institusi di peringkat lokal dan juga global, selaras dengan hasrat nasional untuk mengantarabangsakan pendidikan tinggi, contohnya pembangunan hab pendidikan tinggi serantau dan global. Komunikasi laman sesawang memainkan peranan yang penting sebagai tapak perhubungan pertama serta sumber maklumat utama bagi khalayak. Kajian ini meneliti penggunaan laman sesawang secara strategik oleh tiga universiti penyelidikan di Malaysia. Kajian ini juga mengkaji strategi komunikasi laman sesawang bagi setiap universiti menerusi analisis kandungan kualitatif dan pemerhatian secara dalam talian terhadap laman sesawang universiti berkaitan. Ini meliputi analisis secara mendalam terhadap kandungan laman sesawang, reka bentuk dan elemen-elemen lain yang menyumbang kepada keterlihatan universiti melalui komunikasi laman sesawang ketiga-tiga institusi ini. Dapatan kajian mendapati kandungan (content) dan kebolehgunaan (usability) dalam reka bentuk laman sesawang serta komunikasi dialogic (dialogic communication) telah digunakan sebagai strategi keterlihatan laman sesawang. Penekanan komunikasi laman sesawang terhadap ketiga-tiga elemen ini dilihat sebagai strategi utama bagi ketiga-tiga institusi yang dikaji di mana laman sesawang setiap universiti memperlihatkan penggunaan komunikasi yang strategik. Kata kunci: Keterlihatan laman sesawang, laman sesawang rasmi, kandungan, kebolehgunaan, komunikasi dialogik.
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)
Title: Keterlihatan Institusi di Alam Maya: Analisis Perbandingan Strategi Komunikasi Laman Sesawang Universiti Penyelidikan Malaysia
Description:
Keterlihatan laman sesawang semakin menjadi elemen penting untuk mempromosi institusi bagi universiti terbaik dunia.
Laman sesawang rasmi universiti bertindak sebagai medium utama untuk mempromosi reputasi dan imej serta menjadi platform publisiti untuk aktiviti dan pencapaian universiti.
Laman sesawang memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan keterlihatan institusi di peringkat lokal dan juga global, selaras dengan hasrat nasional untuk mengantarabangsakan pendidikan tinggi, contohnya pembangunan hab pendidikan tinggi serantau dan global.
Komunikasi laman sesawang memainkan peranan yang penting sebagai tapak perhubungan pertama serta sumber maklumat utama bagi khalayak.
Kajian ini meneliti penggunaan laman sesawang secara strategik oleh tiga universiti penyelidikan di Malaysia.
Kajian ini juga mengkaji strategi komunikasi laman sesawang bagi setiap universiti menerusi analisis kandungan kualitatif dan pemerhatian secara dalam talian terhadap laman sesawang universiti berkaitan.
Ini meliputi analisis secara mendalam terhadap kandungan laman sesawang, reka bentuk dan elemen-elemen lain yang menyumbang kepada keterlihatan universiti melalui komunikasi laman sesawang ketiga-tiga institusi ini.
Dapatan kajian mendapati kandungan (content) dan kebolehgunaan (usability) dalam reka bentuk laman sesawang serta komunikasi dialogic (dialogic communication) telah digunakan sebagai strategi keterlihatan laman sesawang.
Penekanan komunikasi laman sesawang terhadap ketiga-tiga elemen ini dilihat sebagai strategi utama bagi ketiga-tiga institusi yang dikaji di mana laman sesawang setiap universiti memperlihatkan penggunaan komunikasi yang strategik.
Kata kunci: Keterlihatan laman sesawang, laman sesawang rasmi, kandungan, kebolehgunaan, komunikasi dialogik.
Related Results
TRADISI SENI TATU SEBAGAI INTREPRETASI FALSAFAH ALAM TAKAMBANG JADI GURU DALAM BUDAYA MASYARAKAT IBANTRADISI SENI TATU SEBAGAI INTREPRETASI FALSAFAH ALAM TAKAMBANG JADI GURU DALAM BUDAYA MASYARAKAT IBAN
TRADISI SENI TATU SEBAGAI INTREPRETASI FALSAFAH ALAM TAKAMBANG JADI GURU DALAM BUDAYA MASYARAKAT IBANTRADISI SENI TATU SEBAGAI INTREPRETASI FALSAFAH ALAM TAKAMBANG JADI GURU DALAM BUDAYA MASYARAKAT IBAN
Penyelidikan ini menjelaskan tentang sesuatu kearifan tradisi yang berkaitan dengan warisan kesenian masyarakat Iban, iaitu seni tatu. Simbolisme ke arah unsur-unsur alam semula ja...
Analisis Perbandingan Sistem Pengurusan Penyelidikan (RMS): RMS V1 vs RMS V2
Analisis Perbandingan Sistem Pengurusan Penyelidikan (RMS): RMS V1 vs RMS V2
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC), UIS telah menambahbaik Sistem Pengurusan Penyelidikan (RMS) selaras dengan keperluan perancangan strategik UIS. Dalam artikel ini,...
Penyelidikan Berteraskan Nilai dalam Pandangan Ahli Sains Muslim Silam
Penyelidikan Berteraskan Nilai dalam Pandangan Ahli Sains Muslim Silam
Through the introduction of value-free research concept in the 19th century by Western scholars, researchers both in the field of natural sciences and social sciences generally foc...
Pembangunan dan penilaian laman web hidangan roti dan masakan beryis tingkatan 5
Pembangunan dan penilaian laman web hidangan roti dan masakan beryis tingkatan 5
Kajian ini dijalankan untuk membangunkan dan menilai kebolehgunaan laman web Hidangan Roti dan Masakan Beryis Tingkatan 5 subjek Sains Rumah Tangga (SRT). Pembangunan laman web ini...
Pengagihan Dana Zakat Dalam Bentuk Pembiayaan Mikro Untuk Usahawan Miskin Di Malaysia
Pengagihan Dana Zakat Dalam Bentuk Pembiayaan Mikro Untuk Usahawan Miskin Di Malaysia
Microfinance is one of the financial instruments for small and medium entrepreneurs to run a business. The constrains to obtain a capital often involving underprivileged entreprene...
Kerelevanan Pertimbangan Nilai dalam Penyelidikan Ekonomi Politik Islam
Kerelevanan Pertimbangan Nilai dalam Penyelidikan Ekonomi Politik Islam
Antara cabaran dalam melaksanakan penyelidikan berkaitan bidang ekonomi politik adalah untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan pertimbangan nilai atau value judgment. Hal i...

