Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Kerelevanan Pertimbangan Nilai dalam Penyelidikan Ekonomi Politik Islam

View through CrossRef
Antara cabaran dalam melaksanakan penyelidikan berkaitan bidang ekonomi politik adalah untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan pertimbangan nilai atau value judgment. Hal ini kerana, kewujudan pertimbangan nilai dalam penyelidikan akan memberi kesan kepada pembentukan dasar awam (public policy). Bertitik tolak daripada permasalahan ini, sarjana Jerman, Max Weber memperkenalkan suatu konsep dalam penyelidikan sains sosial yang dikenali sebagai konsep bebas nilai. Konsep ini dikemukakan hasil daripada perdebatan mengenai campur tangan matlamat politik dalam penyelidikan yang menentukan polisi sosial di Jerman. Persoalannya, apakah konteks yang mewujudkan konsep bebas nilai ini dan asas-asasnya? Bagaimanakah konsep ini relevan dalam melaksanakan penyelidikan berkenaan ekonomi politik Islam? Oleh yang demikian, makalah ini mempunyai tiga tujuan. Pertama, mengenal pasti konsep bebas nilai dalam penyelidikan. Kedua, meneliti skop ekonomi politik Islam. Ketiga, menganalisis kerelevanan konsep bebas nilai dari perspektif penyelidikan ekonomi politik Islam. Dengan menggunakan kaedah analisis kandungan, makalah ini menemukan dua dapatan penting. Pertama, konsep bebas nilai yang diperkenalkan oleh Max Weber ini mempunyai hubung kait dengan situasi Perang Dunia Pertama yang berlaku di Eropah. Kedua, terdapat dua asas bebas nilai yang perlu ditakrifkan semula untuk melakukan penyelidikan ekonomi politik Islam iaitu pertimbangan nilai yang berasaskan epistemologi Islam, dan nilai kebenaran ilmu dan objektiviti. Kata kunci: Pertimbangan Nilai, Penyelidikan, Ekonomi Politik Islam, Bebas Nilai, Tamadun Eropah
Universiti Sains Islam Malaysia
Title: Kerelevanan Pertimbangan Nilai dalam Penyelidikan Ekonomi Politik Islam
Description:
Antara cabaran dalam melaksanakan penyelidikan berkaitan bidang ekonomi politik adalah untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan pertimbangan nilai atau value judgment.
Hal ini kerana, kewujudan pertimbangan nilai dalam penyelidikan akan memberi kesan kepada pembentukan dasar awam (public policy).
Bertitik tolak daripada permasalahan ini, sarjana Jerman, Max Weber memperkenalkan suatu konsep dalam penyelidikan sains sosial yang dikenali sebagai konsep bebas nilai.
Konsep ini dikemukakan hasil daripada perdebatan mengenai campur tangan matlamat politik dalam penyelidikan yang menentukan polisi sosial di Jerman.
Persoalannya, apakah konteks yang mewujudkan konsep bebas nilai ini dan asas-asasnya? Bagaimanakah konsep ini relevan dalam melaksanakan penyelidikan berkenaan ekonomi politik Islam? Oleh yang demikian, makalah ini mempunyai tiga tujuan.
Pertama, mengenal pasti konsep bebas nilai dalam penyelidikan.
Kedua, meneliti skop ekonomi politik Islam.
Ketiga, menganalisis kerelevanan konsep bebas nilai dari perspektif penyelidikan ekonomi politik Islam.
Dengan menggunakan kaedah analisis kandungan, makalah ini menemukan dua dapatan penting.
Pertama, konsep bebas nilai yang diperkenalkan oleh Max Weber ini mempunyai hubung kait dengan situasi Perang Dunia Pertama yang berlaku di Eropah.
Kedua, terdapat dua asas bebas nilai yang perlu ditakrifkan semula untuk melakukan penyelidikan ekonomi politik Islam iaitu pertimbangan nilai yang berasaskan epistemologi Islam, dan nilai kebenaran ilmu dan objektiviti.
Kata kunci: Pertimbangan Nilai, Penyelidikan, Ekonomi Politik Islam, Bebas Nilai, Tamadun Eropah.

Related Results

Penyelidikan Berteraskan Nilai dalam Pandangan Ahli Sains Muslim Silam
Penyelidikan Berteraskan Nilai dalam Pandangan Ahli Sains Muslim Silam
Through the introduction of value-free research concept in the 19th century by Western scholars, researchers both in the field of natural sciences and social sciences generally foc...
Sumber politik pendidikan pancasila
Sumber politik pendidikan pancasila
Sistem politik Indonesia dewasa ini sedang mengalami proses demokratisasi yang membawa berbagai konsekuensi tidak hanya terhadap dinamika kehidupan politik nasional, melainkan juga...
PENGATURAN PARTAI POLITIK DI INDONESIA
PENGATURAN PARTAI POLITIK DI INDONESIA
Partai politik adalah organisasi yang bersifat nasional dan dibentuk oleh sekelompok warga Negara Indonesia secara sukarela atas dasar kesamaan kehendak dan cita-cita untuk memperj...
UAS ILMU POLITIK DAN PENDIDIKAN IPS
UAS ILMU POLITIK DAN PENDIDIKAN IPS
Ilmu Politik dan Pendidikan IPS merupakan dua bidang studi yang penting dalam memahami dan mempengaruhi dinamika politik dan partisipasi warga negara dalam suatu masyarakat. Mata k...
Etika Politik dalam Perspektif Pendidikan Agama Islam
Etika Politik dalam Perspektif Pendidikan Agama Islam
Tantangan yang sering dihadapi dalam menerapkan Pendidikan Agama Islam sebagai fondasi etika politik beberapa di antaranya adalah dualisme sistem pendidikan, di mana di beberapa ne...
DINASTI POLITIK DI INDONESIA DALAM TINJAUAN FIKIH SIYASAH KONTEMPORER
DINASTI POLITIK DI INDONESIA DALAM TINJAUAN FIKIH SIYASAH KONTEMPORER
Islam has no a complete and ready-made political system and governance, including the discussion about the political dynasty. The phenomenon of political dynasties has occurred in ...
Analisis Stabilitas Fiat Money dalam Inflasi dampaknya bagi pertumbuhan Ekonomi Kota Bandung
Analisis Stabilitas Fiat Money dalam Inflasi dampaknya bagi pertumbuhan Ekonomi Kota Bandung
Abstrak . Fluktuasi nilai tukar sangat mempengaruhi daya beli barang dan jasa. Keterkaitan antara nilai tukar dan inflasi akan lebih terlihat saat menggunakan uang fiat. Penggunaan...
resume hukum tatanegara
resume hukum tatanegara
PARTAI POLITIK DAN PEMILIHAN UMUM (PEMILU)1. Partai PolitikA. Sejarah Partai Politik di Indonesia.Partai politik pertama-tama lahir di negara-negara Eropa Barat. Pada mulanya perke...

Back to Top