Javascript must be enabled to continue!
TRADISI SENI TATU SEBAGAI INTREPRETASI FALSAFAH ALAM TAKAMBANG JADI GURU DALAM BUDAYA MASYARAKAT IBANTRADISI SENI TATU SEBAGAI INTREPRETASI FALSAFAH ALAM TAKAMBANG JADI GURU DALAM BUDAYA MASYARAKAT IBAN
View through CrossRef
Penyelidikan ini menjelaskan tentang sesuatu kearifan tradisi yang berkaitan dengan warisan kesenian masyarakat Iban, iaitu seni tatu. Simbolisme ke arah unsur-unsur alam semula jadi sering digunakan untuk menyatakan pelbagai idea dan makna tentang amalan, budaya dan kehidupan mereka. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif secara keseluruhan. Data yang diperoleh melalui pendekatan kualitatif yang menggunakan kaedah pemerhatian dan temubual daripada informan yang pakar dalam seni tatu. Keseluruhan penyelidikan ini mendapati bahawa minda manusia dibina daripada sifat, ciri dan bentuk alam semula jadi. Manusia belajar daripada alam semula jadi dan mencipta estetika di samping memperlihatkan keupayaan berasimilasi dengan alam sehingga wujudnya falsafah alam takambang jadi guru. Alam semula jadi dijadikan sebagai guru, iaitu pemikiran manusia dibina daripada alam semula jadi. Ini bermakna alam semula jadi berkembang mengajar manusia untuk berfikir secara kreatif dan menghasilkan sesuatu penciptaan yang menggunakan unsur alam semula jadi sebagai sumber idea, iaitu seni tatu. Setiap perkara dan peristiwa yang berlaku dalam kehidupan manusia mungkin tidak boleh dipisahkan dengan alam semula jadi. Masyarakat Iban tinggal di persekitaran alam semula jadi. Bagi mereka, alam semula jadi dijadikan sebagai guru untuk menyelesaikan semua masalah yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka. Bagi sesetengah individu dalam masyarakat Iban, mereka mahir dalam mencipta hasil seni yang menggunakan unsur-unsur alam semula jadi yang wujud di persekitaran mereka. Nilai-nilai estetika pada seni tatu juga dapat dilihat pada motif dan reka corak yang dihasilkan dengan berinspirasikan unsur alam semula jadi. Ini menunjukkan bahawa alam semula jadi sebagai guru atau istilah berfikir di samping simbol ketekunan dan psikologi pembuat tatu. Melalui alam semula jadi, masyarakat Iban menghasilkan kreativiti yang menggunakan sumber alam pada tradisi seni tatu yang menunjukkan kearifan tradisi dalam budaya mereka.
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Title: TRADISI SENI TATU SEBAGAI INTREPRETASI FALSAFAH ALAM TAKAMBANG JADI GURU DALAM BUDAYA MASYARAKAT IBANTRADISI SENI TATU SEBAGAI INTREPRETASI FALSAFAH ALAM TAKAMBANG JADI GURU DALAM BUDAYA MASYARAKAT IBAN
Description:
Penyelidikan ini menjelaskan tentang sesuatu kearifan tradisi yang berkaitan dengan warisan kesenian masyarakat Iban, iaitu seni tatu.
Simbolisme ke arah unsur-unsur alam semula jadi sering digunakan untuk menyatakan pelbagai idea dan makna tentang amalan, budaya dan kehidupan mereka.
Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif secara keseluruhan.
Data yang diperoleh melalui pendekatan kualitatif yang menggunakan kaedah pemerhatian dan temubual daripada informan yang pakar dalam seni tatu.
Keseluruhan penyelidikan ini mendapati bahawa minda manusia dibina daripada sifat, ciri dan bentuk alam semula jadi.
Manusia belajar daripada alam semula jadi dan mencipta estetika di samping memperlihatkan keupayaan berasimilasi dengan alam sehingga wujudnya falsafah alam takambang jadi guru.
Alam semula jadi dijadikan sebagai guru, iaitu pemikiran manusia dibina daripada alam semula jadi.
Ini bermakna alam semula jadi berkembang mengajar manusia untuk berfikir secara kreatif dan menghasilkan sesuatu penciptaan yang menggunakan unsur alam semula jadi sebagai sumber idea, iaitu seni tatu.
Setiap perkara dan peristiwa yang berlaku dalam kehidupan manusia mungkin tidak boleh dipisahkan dengan alam semula jadi.
Masyarakat Iban tinggal di persekitaran alam semula jadi.
Bagi mereka, alam semula jadi dijadikan sebagai guru untuk menyelesaikan semua masalah yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka.
Bagi sesetengah individu dalam masyarakat Iban, mereka mahir dalam mencipta hasil seni yang menggunakan unsur-unsur alam semula jadi yang wujud di persekitaran mereka.
Nilai-nilai estetika pada seni tatu juga dapat dilihat pada motif dan reka corak yang dihasilkan dengan berinspirasikan unsur alam semula jadi.
Ini menunjukkan bahawa alam semula jadi sebagai guru atau istilah berfikir di samping simbol ketekunan dan psikologi pembuat tatu.
Melalui alam semula jadi, masyarakat Iban menghasilkan kreativiti yang menggunakan sumber alam pada tradisi seni tatu yang menunjukkan kearifan tradisi dalam budaya mereka.
Related Results
SIMBOLIK MOTIF-MOTIF TATU TRADISIONAL MASYARAKAT KAUM IBAN DI LUBOK ANTU, SRI AMAN, SARAWAK
SIMBOLIK MOTIF-MOTIF TATU TRADISIONAL MASYARAKAT KAUM IBAN DI LUBOK ANTU, SRI AMAN, SARAWAK
Tatu tradisional Iban dianggap sebagai simbol suci yang dapat menghubungkan kaum Iban dengan petara (Tuhan) dan melindungi mereka daripada gangguan roh jahat. Pada zaman dahulu, ma...
ARTIFAK BUDAYA MASYARAKAT IBAN: WARISAN DAN PUSAKA
ARTIFAK BUDAYA MASYARAKAT IBAN: WARISAN DAN PUSAKA
Masyarakat Iban di Sarawak kaya dengan pelbagai warisan dan budaya yang diwarisi sejak zaman-berzaman oleh nenek moyang mereka. Kebudayaan Iban terdiri dari dua aspek yang berbeza ...
SENI LUKIS KONSEP DAN METODE
SENI LUKIS KONSEP DAN METODE
Membuat seni lukis sebagai landasan berkarya yang mengikuti kaidah seni lukis dengan baik dan mampu menguasai konsep berkarya dan teknik seni lukis. Selanjutnya seni lukis menjadi ...
PENGARAP LAMA DALAM BUDAYA IBAN: PENELITIAN ANIMISME IBAN
PENGARAP LAMA DALAM BUDAYA IBAN: PENELITIAN ANIMISME IBAN
Budaya Iban di Sarawak, Malaysia, sangat kaya dengan elemen animisme yang tercermin dalam amalan Pengarap Lama Iban, iaitu ritual dan kepercayaan warisan yang diwarisi secara turun...
PENGARUH ALAM SEMULA JADI DALAM TRADISI BERTATU IBAN
PENGARUH ALAM SEMULA JADI DALAM TRADISI BERTATU IBAN
Tradisi bertatu adalah merupakan komponen yang penting dalam kebudayaan masyarakat Iban di Sarawak, terutamanya dalam mencitrakan identiti bangsa. Sifatnya yang berfungsi sebagai t...
The Study of Iban Traditional Motifs of Sudan’s Ruma Weaving Textile
The Study of Iban Traditional Motifs of Sudan’s Ruma Weaving Textile
Iban traditional attire weaving contains a rich history derivative of the cultural identity, beliefs,
customs, and traditions of the Iban people. It is considered an important mate...
PENELITIAN KOLEKSI AKSESORI PERAK NGEPAN INDU “BIAH ANAK ANJI” DALAM KONTEKS BUDAYA BENDA MASYARAKAT IBAN
PENELITIAN KOLEKSI AKSESORI PERAK NGEPAN INDU “BIAH ANAK ANJI” DALAM KONTEKS BUDAYA BENDA MASYARAKAT IBAN
This research paper is an ethnographic research based on cultural objects of a community in Malaysia. The focus of this research is based on the silver accessories or "perengka pir...
The Roles of Women in the Iban Ensera
The Roles of Women in the Iban Ensera
Ensera is a literary work of the Iban people that contains the values of the community in ancient times. It was initially created as entertainment, passed down orally from person t...

