Javascript must be enabled to continue!
Fandom Gelombang Korea Dan Kesepaduan Sosial: Meneroka Peranan Komunikasi Digital Dalam Kalangan Belia India Malaysia
View through CrossRef
ABSTRAK
Kajian awal ini bertujuan untuk meneroka bagaimana penglibatan belia India Malaysia dalam fandom Gelombang Korea (Hallyu) melalui platform media digital menyumbang kepada pembentukan kesepaduan sosial rentas etnik. Fokus kajian ini berasaskan kepada persoalan berkaitan jurang perpaduan sosial serta cabaran peminggiran yang sering dihadapi oleh kumpulan minoriti dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia. Fenomena Gelombang Korea sebagai bentuk budaya popular transnasional dilihat bukan sahaja sebagai medium hiburan, malah berpotensi berfungsi sebagai ruang interaksi sosial yang merentasi batasan etnik dan budaya. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes kualitatif dengan pendekatan temu bual mendalam separa bersama belia India Malaysia berumur antara 18 hingga 30 tahun yang aktif terlibat dalam fandom Gelombang Korea di pelbagai lokasi di Malaysia. Pemilihan informan dibuat menggunakan teknik persampelan bertujuan dan snowball, manakala data dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik. Hasil kajian mendapati bahawa platform media digital berperanan sebagai pengantara utama yang menghubungkan peminat daripada latar belakang etnik berbeza. Wacana dan amalan komunikasi dalam fandom berfungsi sebagai agen peneutralan etnik, sekali gus memupuk interaksi rentas etnik yang lebih positif dan menggalakkan pembentukan rasa kekitaan. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa penglibatan dalam fandom Gelombang Korea berfungsi sebagai pemangkin kepada integrasi sosial belia India Malaysia serta menyumbang kepada pengukuhan kesepaduan sosial dalam konteks masyarakat berbilang kaum.
Kata kunci: Gelombang Korea (Hallyu); Fandom digital; Kesepaduan sosial; Belia India Malaysia; Mediatisasi.
ABSTRACT
This preliminary study aims to explore how the engagement of Malaysian Indian youth in Korean Wave (Hallyu) fandom through digital media platforms contributes to the formation of cross-ethnic social cohesion. The focus of this study is based on issues related to social unity gaps and the challenges of marginalisation often faced by minority groups within the context of Malaysia’s multicultural society. The Korean Wave phenomenon, as a form of transnational popular culture, is viewed not only as a medium of entertainment, but also as having the potential to function as a social interaction space that transcends ethnic and cultural boundaries. This study employs a qualitative case study through semi-structured in-depth interviews with Malaysian Indian youth aged between 18 and 30 who are actively involved in Korean Wave fandom across various locations in Malaysia. Informants were selected using purposive and snowball sampling techniques, while the data were analysed using thematic analysis. The findings indicate that digital media platforms function as key mediators that connect fans from different ethnic backgrounds. Discourse and communication practices within fandom act as agents of ethnic neutralisation, thereby fostering more positive cross-ethnic interactions and encouraging the formation of a sense of belonging. In conclusion, this study shows that engagement in Korean Wave fandom functions as a catalyst for the social integration of Malaysian Indian youth and contributes to the strengthening of social cohesion within a multicultural society.
Keywords: Korean Wave (Hallyu); Digital Fandom; Social Cohesion; Malaysian Indian Youth; Mediatization.
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)
Title: Fandom Gelombang Korea Dan Kesepaduan Sosial: Meneroka Peranan Komunikasi Digital Dalam Kalangan Belia India Malaysia
Description:
ABSTRAK
Kajian awal ini bertujuan untuk meneroka bagaimana penglibatan belia India Malaysia dalam fandom Gelombang Korea (Hallyu) melalui platform media digital menyumbang kepada pembentukan kesepaduan sosial rentas etnik.
Fokus kajian ini berasaskan kepada persoalan berkaitan jurang perpaduan sosial serta cabaran peminggiran yang sering dihadapi oleh kumpulan minoriti dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia.
Fenomena Gelombang Korea sebagai bentuk budaya popular transnasional dilihat bukan sahaja sebagai medium hiburan, malah berpotensi berfungsi sebagai ruang interaksi sosial yang merentasi batasan etnik dan budaya.
Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes kualitatif dengan pendekatan temu bual mendalam separa bersama belia India Malaysia berumur antara 18 hingga 30 tahun yang aktif terlibat dalam fandom Gelombang Korea di pelbagai lokasi di Malaysia.
Pemilihan informan dibuat menggunakan teknik persampelan bertujuan dan snowball, manakala data dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik.
Hasil kajian mendapati bahawa platform media digital berperanan sebagai pengantara utama yang menghubungkan peminat daripada latar belakang etnik berbeza.
Wacana dan amalan komunikasi dalam fandom berfungsi sebagai agen peneutralan etnik, sekali gus memupuk interaksi rentas etnik yang lebih positif dan menggalakkan pembentukan rasa kekitaan.
Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa penglibatan dalam fandom Gelombang Korea berfungsi sebagai pemangkin kepada integrasi sosial belia India Malaysia serta menyumbang kepada pengukuhan kesepaduan sosial dalam konteks masyarakat berbilang kaum.
Kata kunci: Gelombang Korea (Hallyu); Fandom digital; Kesepaduan sosial; Belia India Malaysia; Mediatisasi.
ABSTRACT
This preliminary study aims to explore how the engagement of Malaysian Indian youth in Korean Wave (Hallyu) fandom through digital media platforms contributes to the formation of cross-ethnic social cohesion.
The focus of this study is based on issues related to social unity gaps and the challenges of marginalisation often faced by minority groups within the context of Malaysia’s multicultural society.
The Korean Wave phenomenon, as a form of transnational popular culture, is viewed not only as a medium of entertainment, but also as having the potential to function as a social interaction space that transcends ethnic and cultural boundaries.
This study employs a qualitative case study through semi-structured in-depth interviews with Malaysian Indian youth aged between 18 and 30 who are actively involved in Korean Wave fandom across various locations in Malaysia.
Informants were selected using purposive and snowball sampling techniques, while the data were analysed using thematic analysis.
The findings indicate that digital media platforms function as key mediators that connect fans from different ethnic backgrounds.
Discourse and communication practices within fandom act as agents of ethnic neutralisation, thereby fostering more positive cross-ethnic interactions and encouraging the formation of a sense of belonging.
In conclusion, this study shows that engagement in Korean Wave fandom functions as a catalyst for the social integration of Malaysian Indian youth and contributes to the strengthening of social cohesion within a multicultural society.
Keywords: Korean Wave (Hallyu); Digital Fandom; Social Cohesion; Malaysian Indian Youth; Mediatization.
Related Results
KESAN PENGLIBATAN BELIA MALAYSIA DALAM KEUSAHAWANAN SOSIAL
KESAN PENGLIBATAN BELIA MALAYSIA DALAM KEUSAHAWANAN SOSIAL
ABSTRAK Mutakhir ini konsep keusahawanan telah diperluaskan skop aplikasinya kepada konteks yang melibatkan pencapaian matlamat sosial dan bukan keuntungan. Konsep ini di label se...
INDEKS BELIA MALAYSIA 2015 DARI PERSPEKTIF BELIA POSITIF
INDEKS BELIA MALAYSIA 2015 DARI PERSPEKTIF BELIA POSITIF
ABSTRAK Artikel ini bertujuan mengukur kesejahteraan hidup dalam kalangan belia Malaysia yang diterjemahkan melalui penghasilan Indeks Belia Malaysia 2015 (IBM’15). Sejarah pemben...
Nilai dan identiti belia berdasarkan Indeks Belia Malaysia (IBM’ 22)
Nilai dan identiti belia berdasarkan Indeks Belia Malaysia (IBM’ 22)
Fokus utama kemajuan sesebuah negara bukan sahaja bergantung pada perkembangan teknologi dan pembangunan infrastruktur, tetapi juga pada pembentukan modal insan yang berkualiti mel...
PEMBANGUNAN BELIA POSITIF DALAM PROGRAM KEM RAKAN MUDA JIRAN MUDA
PEMBANGUNAN BELIA POSITIF DALAM PROGRAM KEM RAKAN MUDA JIRAN MUDA
ABSTRAK Kajian ini menjelaskan penerapan elemen pembangunan belia positif dalam perencanaan, perlaksanaan dan penilaian Program Kem Rakan Muda Jiran Muda. Pembangunan Belia Positi...
Implikasi Keterlibatan Audien Belia Dengan Kempen Perpaduan Di Televisyen: Perbandingan Belia Melayu Dan Bukan Melayu
Implikasi Keterlibatan Audien Belia Dengan Kempen Perpaduan Di Televisyen: Perbandingan Belia Melayu Dan Bukan Melayu
Masyarakat Malaysia khususnya golongan belia sering disajikan dengan kempen- kempen perpaduan di saluran televisyen dalam negara. Ini adalah kerana televisyen dikatakan antara salu...
Henry Lives! Learning from Lawson Fandom
Henry Lives! Learning from Lawson Fandom
Since his death in 1922, Henry Lawson’s “spirit” has been kept alive by admirers across Australia. Over the last century, Lawson’s reputation in the academy has fluctuated yet fan ...
Like Lady Godiva
Like Lady Godiva
Introducing Lady Godiva through a Fan-Historical Lens
The legend of Lady Godiva, who famously rode naked through the streets of Coventry, veiled only by her long, flowing hair, has...
KEFAHAMAN BELIA DI MALAYSIA MENGENAI1 GAGASAN 1MALAYSIA
KEFAHAMAN BELIA DI MALAYSIA MENGENAI1 GAGASAN 1MALAYSIA
ABSTRAK Artikel ini berkaitan tahap kefahaman belia mengenai Gagasan 1Malaysia secara umum dan tahap kefahaman belia mengikut kaum. Secara keseluruhan, seramai 1600 orang responde...

