Javascript must be enabled to continue!
Pemikiran Awang Sariyan Terhadap Konsep Al-Falah dalam Akal Budi Melayu
View through CrossRef
Pengertian al-falah dalam surah al-Mukminun menggarapkan ciri-ciri mukmin cemerlang ialah yang memiliki kekhusyukan dalam solat, menjauhkan perkara-perkara yang melalaikan, menunaikan zakat, menjaga maruah serta kehormatan, memelihara solat, menunaikan tanggungjawab dan sebagainya. Ini bermakna al-falah dalam konteks sebenar ialah mukmin yang melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhkan segala laranganNya untuk mendapat keseimbangan al-falah di dunia dan akhirat. Begitu juga konsep al-falah juga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan setiap individu Muslim. Apakah pemahaman sebenar konsep al-falah dalam akal budi Melayu?. Oleh yang demikian, kertas kerja ini hanya mengupas tentang konsep al-falah dalam akal budi Melayu dari perspektif golongan kelas menengah Melayu Profesional menerusi pemikiran Prof Dato' Dr. Haji Awang Sariyan, sebagai seorang tokoh bahasa Melayu dan Kesusasteraan. Kertas kerja ini memfokuskan dari aspek definisi al-falah, faktor-faktor yang menyumbang kepada al-falah dan cabaran-cabaran yang dihadapi dalam mencapai al-falah. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif menerusi analisis tematik dengan penggunaan instrumen temubual. Hasil kajian menunjukkan bahawa definisi al-falah merangkumi kejayaan seimbang, pengorbanan, secara berjemaah, kepuasan diri dan interaksi antara tokoh-tokoh sarjana. Dua elemen penting dalam menghargai konsep al-falah dalam akal budi Melayu ialah kejayaan perlu dikongsi dan istiqamah serta elemen kepuasasan diri adalah alat untuk mengukur hasil al-falah. Ibu bapa, guru dan cita-cita, pendidikan jiwa dan program keagamaan merupakan faktor-faktor terpenting al-falah. Manakala cabaran-cabaran dalam mencapai al-falah ialah kemiskinan, motivasi guru, keselesaan hidup, bekerjasama dalam pasukan, lari dari sistem Islam dan kembali kepada ajaran Islam. Kesimpulannya, pendekatan al-falah yang diamalkan terhadap akal budi Melayu ini memberikan satu kesan positif yang sangat baik dalam konteks kehidupan dunia dan akhirat, diharap konsep al-falah ini dapat dikembangkan dan diadaptasi dalam bentuk modul dan pelan tindakan pembangunan sahsiah dan peribadi Melayu Islam.
Keywords: Pemikiran, al-Falah, Akal budi, Melayu Profesional, Prof Dato' Dr. Haji Awang Sariyan
Title: Pemikiran Awang Sariyan Terhadap Konsep Al-Falah dalam Akal Budi Melayu
Description:
Pengertian al-falah dalam surah al-Mukminun menggarapkan ciri-ciri mukmin cemerlang ialah yang memiliki kekhusyukan dalam solat, menjauhkan perkara-perkara yang melalaikan, menunaikan zakat, menjaga maruah serta kehormatan, memelihara solat, menunaikan tanggungjawab dan sebagainya.
Ini bermakna al-falah dalam konteks sebenar ialah mukmin yang melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhkan segala laranganNya untuk mendapat keseimbangan al-falah di dunia dan akhirat.
Begitu juga konsep al-falah juga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan setiap individu Muslim.
Apakah pemahaman sebenar konsep al-falah dalam akal budi Melayu?.
Oleh yang demikian, kertas kerja ini hanya mengupas tentang konsep al-falah dalam akal budi Melayu dari perspektif golongan kelas menengah Melayu Profesional menerusi pemikiran Prof Dato' Dr.
Haji Awang Sariyan, sebagai seorang tokoh bahasa Melayu dan Kesusasteraan.
Kertas kerja ini memfokuskan dari aspek definisi al-falah, faktor-faktor yang menyumbang kepada al-falah dan cabaran-cabaran yang dihadapi dalam mencapai al-falah.
Kajian ini berbentuk kajian kualitatif menerusi analisis tematik dengan penggunaan instrumen temubual.
Hasil kajian menunjukkan bahawa definisi al-falah merangkumi kejayaan seimbang, pengorbanan, secara berjemaah, kepuasan diri dan interaksi antara tokoh-tokoh sarjana.
Dua elemen penting dalam menghargai konsep al-falah dalam akal budi Melayu ialah kejayaan perlu dikongsi dan istiqamah serta elemen kepuasasan diri adalah alat untuk mengukur hasil al-falah.
Ibu bapa, guru dan cita-cita, pendidikan jiwa dan program keagamaan merupakan faktor-faktor terpenting al-falah.
Manakala cabaran-cabaran dalam mencapai al-falah ialah kemiskinan, motivasi guru, keselesaan hidup, bekerjasama dalam pasukan, lari dari sistem Islam dan kembali kepada ajaran Islam.
Kesimpulannya, pendekatan al-falah yang diamalkan terhadap akal budi Melayu ini memberikan satu kesan positif yang sangat baik dalam konteks kehidupan dunia dan akhirat, diharap konsep al-falah ini dapat dikembangkan dan diadaptasi dalam bentuk modul dan pelan tindakan pembangunan sahsiah dan peribadi Melayu Islam.
Keywords: Pemikiran, al-Falah, Akal budi, Melayu Profesional, Prof Dato' Dr.
Haji Awang Sariyan.
Related Results
Relasi Akal dan Wahyu Era Modern (Analisis Teologis Pemikiran Ibnu Taymiyyah)
Relasi Akal dan Wahyu Era Modern (Analisis Teologis Pemikiran Ibnu Taymiyyah)
Abstract: The results of this study are; 1) Ibn Taymiyyah adheres to tauhid uluhiyah because rububiyyah has included it. Ibn Taimiyah divided the concept of Tauhid into three parts...
PENGARUH BUDAYA ORGANISASI PROGRAM AMTSILATI PADA KEMAMPUAN BACA KITAB SANTRI DI PONDOK PESANTREN AL FALAH PUTERA BANJARBARU
PENGARUH BUDAYA ORGANISASI PROGRAM AMTSILATI PADA KEMAMPUAN BACA KITAB SANTRI DI PONDOK PESANTREN AL FALAH PUTERA BANJARBARU
AbstrackThe influence of the organizational culture of the extracurricular program in improving the ability to read turat books at the Al Falah Islamic Boarding School Putera Banja...
Akal Budi Melayu dalam Karya M. Nasir
Akal Budi Melayu dalam Karya M. Nasir
Akal budi dalam konteks Melayu merupakan konsep yang dikenal pasti melalui pandangan kearifan cara bangsa Melayu berfikir dan berpekerti. Akal budi Melayu dapat dilihat dengan meng...
Akal dan Wahyu
Akal dan Wahyu
Perbincangan menganai akal dan wahyu merupakan bagian terpenting dalam aliran teologi Islam, yaitu masalah mengetahui Tuhan dan masalah mengetahui baik dan jahat. Perbincangan tent...
Persepsi Pelajar Melayu UNITEN berkaitan Kemahiran Menggunakan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu dan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu Beragama Islam
Persepsi Pelajar Melayu UNITEN berkaitan Kemahiran Menggunakan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu dan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu Beragama Islam
Sejarah perkembangan tulisan Jawi sangat berkait rapat dengan penyebaran agama Islam daripada orang Parsi ke Kepulauan Melayu (Nik Hassan & Wan Zana, 2015). Tulisan Jawi dalam ...
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan motivasi dalam kalangan etnik di luar bandar terhadap bahasa Melayu akan mempengaruhi penguasaan bahasa tersebut.walaupun bahasa Melayu telah digunakan secara meluas ole...
PERKEMBANGAN PERSATUAN MELAYU DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA
PERKEMBANGAN PERSATUAN MELAYU DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA
Kajian ini adalah mengenai perkembangan persatuan Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Tempoh antara tahun 1896, iaitu dengan penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) hingga t...
Fenomena Alam dalam Pantun Melayu
Fenomena Alam dalam Pantun Melayu
Fenomena alam yang berkaitan dengan maritim, seperti ribut, angin, ombak, taufan, bintang, air pasang, puting anak, gelombang dan arus, banyak ditemukan. Hal ini sangat berkait rap...

