Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Fenomena Alam dalam Pantun Melayu

View through CrossRef
Fenomena alam yang berkaitan dengan maritim, seperti ribut, angin, ombak, taufan, bintang, air pasang, puting anak, gelombang dan arus, banyak ditemukan. Hal ini sangat berkait rapat dengan alam Melayu yang hebat dari aspek maritim. Sehubungan dengan itu, terdapat banyak bukti fenomena alam dalam pantun. Pantun bukan sekadar alat hiburan, gurauan, sindiran atau digunakan di majlis persandingan, tetapi mengandungi banyak falsafah dan akal budi. Kajian lepas tentang pantun Melayu banyak menyentuh aspek flora dan fauna yang terdapat dalam pantun. Makalah ini bertujuan untuk mengkategorikan fenomena alam yang berlaku di lautan dan mendeskripsikan makna pantun berdasarkan pendekatan semantik inkuisitif yang terdapat dalam bidang semantik. Bagi mencapai tujuan tersebut, kajian ini telah mengenal pasti 77 rangkap pantun yang terdapat dalam buku Kurik Kundi Merah Saga: Kumpulan Pantun Lisan Melayu yang mengandungi leksikal yang berkaitan dengan fenomena alam di lautan. Hasil kajian mendapati bahawa masyarakat Melayu terdahulu menganalogikan alam sekeliling (fenomena alam) dengan kehidupan manusia menerusi pantun. Fenomena alam ini dijadikan sebagai metafora dalam pantun menerusi pemerhatian dan pengalaman yang dilalui oleh masyarakat Melayu terdahulu. Pemilihan unsur fenomena alam ini adalah untuk mencungkil falsafah dan akal budi Melayu yang terselit dalam pantun menerusi kajian multidisiplin. Penghasilan pantun bukan sekadar sewenang-wenangnya, tetapi terselit falsafah dan akal budi Melayu di dalamnya.
Title: Fenomena Alam dalam Pantun Melayu
Description:
Fenomena alam yang berkaitan dengan maritim, seperti ribut, angin, ombak, taufan, bintang, air pasang, puting anak, gelombang dan arus, banyak ditemukan.
Hal ini sangat berkait rapat dengan alam Melayu yang hebat dari aspek maritim.
Sehubungan dengan itu, terdapat banyak bukti fenomena alam dalam pantun.
Pantun bukan sekadar alat hiburan, gurauan, sindiran atau digunakan di majlis persandingan, tetapi mengandungi banyak falsafah dan akal budi.
Kajian lepas tentang pantun Melayu banyak menyentuh aspek flora dan fauna yang terdapat dalam pantun.
Makalah ini bertujuan untuk mengkategorikan fenomena alam yang berlaku di lautan dan mendeskripsikan makna pantun berdasarkan pendekatan semantik inkuisitif yang terdapat dalam bidang semantik.
Bagi mencapai tujuan tersebut, kajian ini telah mengenal pasti 77 rangkap pantun yang terdapat dalam buku Kurik Kundi Merah Saga: Kumpulan Pantun Lisan Melayu yang mengandungi leksikal yang berkaitan dengan fenomena alam di lautan.
Hasil kajian mendapati bahawa masyarakat Melayu terdahulu menganalogikan alam sekeliling (fenomena alam) dengan kehidupan manusia menerusi pantun.
Fenomena alam ini dijadikan sebagai metafora dalam pantun menerusi pemerhatian dan pengalaman yang dilalui oleh masyarakat Melayu terdahulu.
Pemilihan unsur fenomena alam ini adalah untuk mencungkil falsafah dan akal budi Melayu yang terselit dalam pantun menerusi kajian multidisiplin.
Penghasilan pantun bukan sekadar sewenang-wenangnya, tetapi terselit falsafah dan akal budi Melayu di dalamnya.

Related Results

PANTUN: KATA DAN BUNYI MEMBENTUK MAKNA
PANTUN: KATA DAN BUNYI MEMBENTUK MAKNA
Abstrak Pantun adalah puisi lisan Melayu ciptaan peribumi yang ada di Nusantara. Penggunaan pantun dalam semua bentuk komunikasi lisan adalah sebahagian daripada etos budaya lisan...
Nilai Peradaban Melayu dalam Pantun Peranakan Baba
Nilai Peradaban Melayu dalam Pantun Peranakan Baba
Pantun merupakan salah satu medium penting dalam pembentukan peradaban masyarakat Melayu. Melalui pantun, pelbagai nilai telah diterapkan sebagai alat untuk menegur, menasihati dan...
METAFORA DALAM PANTUN MELAYU KALIMANTAN BARAT
METAFORA DALAM PANTUN MELAYU KALIMANTAN BARAT
Abstract Pantun is an old form of poetry in Malay literature that until now is still used actively in various activities of malay nusantara community life, including in West Kalima...
KONSTRUKSI SEPADAN DAN TAK SEPADAN ANTARA LARIK SAMPIRAN DAN LARIK ISI SEBUAH PANTUN
KONSTRUKSI SEPADAN DAN TAK SEPADAN ANTARA LARIK SAMPIRAN DAN LARIK ISI SEBUAH PANTUN
Pantun merupakan salah satu puisi lama Melayu yang memiliki ciri keindahan atau keteraturan bahasanya. Banyak tulisan yang telah membahas hal tersebut, tetapi belum ada yang membah...
Untaian Pantun Oleh Merak Dalam Hikayat Isma Yatim
Untaian Pantun Oleh Merak Dalam Hikayat Isma Yatim
ABSTRAK   Artikel ini membincangkan tentang puisi tradisi Melayu iaitu pantun yang diucapkan oleh watak merak dalam Hikayat Isma Yatim. Kajian ini menggunakan metodologi kepusta...
Kepelbagaian makna Leksikal dalam Pantun Sekalung Budi Seuntai Bahasa
Kepelbagaian makna Leksikal dalam Pantun Sekalung Budi Seuntai Bahasa
Pantun merupakan salah satu khazanah Melayu berbentuk puisi asli dan unik yang melambangkan kehidupan masyarakat di Alam Melayu. Bukan itu sahaja, pantun juga mempunyai akar yang m...
KAJIAN FUNGSI PANTUN BAANTARAN ETNIK BANJAR MENGGUNAKAN TEORI HERMENEUTIKA
KAJIAN FUNGSI PANTUN BAANTARAN ETNIK BANJAR MENGGUNAKAN TEORI HERMENEUTIKA
AbstrakMetode penelitian ini menggunakan deskriptif kualitatif yang artinya penelitian dengan metode atau pendekatan studi kasus. Peneliti menentukan subjek penelitian dengan tekni...
Tema Pantun Cocos di Sabah
Tema Pantun Cocos di Sabah
Masyarakat Cocos di negeri Sabah merupakan etnik minoriti yang sangat unik dari segi kebudayaan dan bahasanya. Mereka digolongkan dalam kategori etnik bumiputera beragama Islam. Wa...

Back to Top