Javascript must be enabled to continue!
Tema Pantun Cocos di Sabah
View through CrossRef
Masyarakat Cocos di negeri Sabah merupakan etnik minoriti yang sangat unik dari segi kebudayaan dan bahasanya. Mereka digolongkan dalam kategori etnik bumiputera beragama Islam. Walaupun nama mereka berbunyi agak keinggerisan dan pakaian mereka ada percampuran bangsa Protugis dan Jawa, budaya dan bahasa orang Cocos hampir sama dengan orang Melayu di Tanah Melayu dan mereka juga arif dalam tradisi berpantun. Lenggok pengucapan mereka agak unik kerana ia seolah-olah ada gaya sebutan baba nyonya di Melaka. Kajian Pauline Bunce terhadap pantun orang Cocos di Pulau Cocos (Australia) mendapati bahawa pantun masyarakat Cocos hanya bertema kasih sayang dan hanya dilantunkan ketika tarian Selong dipersembahkan. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi melihat tema pantun Cocos dengan melakukan kajian lapangan di Kampung Balung Cocos dan Kampung Skim Cocos dalam daerah Tawau. Informan yang dipilih terdiri daripada orang Cocos yang berpengalaman dan berpengetahuan tentang budaya dan pantun Cocos. Dapatan kajian dianalisis secara tematik untuk mangkategorikan tema-tema pantun. Kajian ini mendapati bahawa tema pantun orang Cocos mirip dengan pantun masyarakat Melayu di Nusantara. Perbezaannya hanya terletak pada cara pengucapan yang digunakan oleh masyarakat tersebut. Pantun ini juga memperlihatkan percampuran bahasa, iaitu bahasa Melayu, bahasa pasar dan bahasa asing yang lain. Tema-tema yang ditemui ialah tema cinta dan kasih sayang, budi, mengaco (hiburan), mendongkol (kecewa) dan perpisahan, ajaran (nasihat), agama dan tema pantun kongajar (lucah).
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Title: Tema Pantun Cocos di Sabah
Description:
Masyarakat Cocos di negeri Sabah merupakan etnik minoriti yang sangat unik dari segi kebudayaan dan bahasanya.
Mereka digolongkan dalam kategori etnik bumiputera beragama Islam.
Walaupun nama mereka berbunyi agak keinggerisan dan pakaian mereka ada percampuran bangsa Protugis dan Jawa, budaya dan bahasa orang Cocos hampir sama dengan orang Melayu di Tanah Melayu dan mereka juga arif dalam tradisi berpantun.
Lenggok pengucapan mereka agak unik kerana ia seolah-olah ada gaya sebutan baba nyonya di Melaka.
Kajian Pauline Bunce terhadap pantun orang Cocos di Pulau Cocos (Australia) mendapati bahawa pantun masyarakat Cocos hanya bertema kasih sayang dan hanya dilantunkan ketika tarian Selong dipersembahkan.
Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi melihat tema pantun Cocos dengan melakukan kajian lapangan di Kampung Balung Cocos dan Kampung Skim Cocos dalam daerah Tawau.
Informan yang dipilih terdiri daripada orang Cocos yang berpengalaman dan berpengetahuan tentang budaya dan pantun Cocos.
Dapatan kajian dianalisis secara tematik untuk mangkategorikan tema-tema pantun.
Kajian ini mendapati bahawa tema pantun orang Cocos mirip dengan pantun masyarakat Melayu di Nusantara.
Perbezaannya hanya terletak pada cara pengucapan yang digunakan oleh masyarakat tersebut.
Pantun ini juga memperlihatkan percampuran bahasa, iaitu bahasa Melayu, bahasa pasar dan bahasa asing yang lain.
Tema-tema yang ditemui ialah tema cinta dan kasih sayang, budi, mengaco (hiburan), mendongkol (kecewa) dan perpisahan, ajaran (nasihat), agama dan tema pantun kongajar (lucah).
Related Results
PANTUN: KATA DAN BUNYI MEMBENTUK MAKNA
PANTUN: KATA DAN BUNYI MEMBENTUK MAKNA
Abstrak
Pantun adalah puisi lisan Melayu ciptaan peribumi yang ada di Nusantara. Penggunaan pantun dalam semua bentuk komunikasi lisan adalah sebahagian daripada etos budaya lisan...
Nilai Peradaban Melayu dalam Pantun Peranakan Baba
Nilai Peradaban Melayu dalam Pantun Peranakan Baba
Pantun merupakan salah satu medium penting dalam pembentukan peradaban masyarakat Melayu. Melalui pantun, pelbagai nilai telah diterapkan sebagai alat untuk menegur, menasihati dan...
KONSTRUKSI SEPADAN DAN TAK SEPADAN ANTARA LARIK SAMPIRAN DAN LARIK ISI SEBUAH PANTUN
KONSTRUKSI SEPADAN DAN TAK SEPADAN ANTARA LARIK SAMPIRAN DAN LARIK ISI SEBUAH PANTUN
Pantun merupakan salah satu puisi lama Melayu yang memiliki ciri keindahan atau keteraturan bahasanya. Banyak tulisan yang telah membahas hal tersebut, tetapi belum ada yang membah...
METAFORA DALAM PANTUN MELAYU KALIMANTAN BARAT
METAFORA DALAM PANTUN MELAYU KALIMANTAN BARAT
Abstract Pantun is an old form of poetry in Malay literature that until now is still used actively in various activities of malay nusantara community life, including in West Kalima...
Untaian Pantun Oleh Merak Dalam Hikayat Isma Yatim
Untaian Pantun Oleh Merak Dalam Hikayat Isma Yatim
ABSTRAK
Artikel ini membincangkan tentang puisi tradisi Melayu iaitu pantun yang diucapkan oleh watak merak dalam Hikayat Isma Yatim. Kajian ini menggunakan metodologi kepusta...
KAJIAN FUNGSI PANTUN BAANTARAN ETNIK BANJAR MENGGUNAKAN TEORI HERMENEUTIKA
KAJIAN FUNGSI PANTUN BAANTARAN ETNIK BANJAR MENGGUNAKAN TEORI HERMENEUTIKA
AbstrakMetode penelitian ini menggunakan deskriptif kualitatif yang artinya penelitian dengan metode atau pendekatan studi kasus. Peneliti menentukan subjek penelitian dengan tekni...
Fenomena Alam dalam Pantun Melayu
Fenomena Alam dalam Pantun Melayu
Fenomena alam yang berkaitan dengan maritim, seperti ribut, angin, ombak, taufan, bintang, air pasang, puting anak, gelombang dan arus, banyak ditemukan. Hal ini sangat berkait rap...
INTERPRETASI CATAN ‘GUNUNG KINABALU MENANGIS’ OLEH BARON KAMPIAU SEBATING
INTERPRETASI CATAN ‘GUNUNG KINABALU MENANGIS’ OLEH BARON KAMPIAU SEBATING
Imej Gunung Kinabalu adalah hal benda yang paling digemari oleh pelukis-pelukis Sabah. Kecenderungan ini telah berlaku sekian lama iaitu sejak tahun 1960-an ramai pelukis tempatan ...

