Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Kepelbagaian makna Leksikal dalam Pantun Sekalung Budi Seuntai Bahasa

View through CrossRef
Pantun merupakan salah satu khazanah Melayu berbentuk puisi asli dan unik yang melambangkan kehidupan masyarakat di Alam Melayu. Bukan itu sahaja, pantun juga mempunyai akar yang mendalam dalam budaya Melayu kerana pantun kaya dengan warisan sastera. Namun, jenis-jenis kepelbagaian makna dari perspektif semantik leksikal yang terdapat dalam penghasilan pantun dan bagaimana elemen-elemen ini mencerminkan kekayaan budaya serta warisan sastera Melayu, sering kali menimbulkan perdebatan. Malah, timbul keperluan untuk memahami lebih mendalam bagaimana pantun yang dianggap sebagai warisan budaya mengandungi pelbagai makna tersembunyi atau bertindih, serta bagaimana makna-makna ini berperanan dalam menyampaikan nilai dan pemikiran masyarakat Melayu. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti jenis-jenis kepelbagaian makna dari perspektif semantik leksikal yang digunakan dalam buku pantun Sekalung Budi Seuntai Bahasa. Antara disiplin semantik leksikal yang akan dikenal pasti ialah aspek homonim, polisemi, hiponim, meronim, metafora, antonim dan sinonim. Selain itu, kajian ini berbentuk kualitatif dan pengkaji akan menghuraikan segala analisis dapatan dalam bentuk deskriptif. Pengkaji juga akan menggunakan buku pantun Sekalung Budi Seuntai Bahasa sebagai bahan kajian dalam mendapatkan data kajian. Seterusnya, pengkaji merupakan instrumen utama dalam mengumpul data kajian dengan cara menganalisis buku pantun Sekalung Budi Seuntai Bahasa. Dapatan kajian menunjukkan terdapat 168 rangkap pantun yang menggunakan tujuh disiplin semantik leksikal. Pengkaji menginterpretasikan data kajian menggunakan teori logik simbolik berserta pandangan tokoh dalam menghuraikan makna bagi setiap kata yang digunakan. Akhir sekali, kepelbagaian makna dari perspektif semantik leksikal yang dijelaskan dalam kajian pantun ini memberi kesan kepada pemahaman makna, penggunaan bahasa, serta pengayaan kosa kata pengguna bahasa. Justeru, usaha wajar perlu dilakukan oleh pihak yang berminat dalam kajian bahasa untuk melaksanakan kajian kepelbagaian makna leksikal terhadap karya sastera dengan lebih lanjut dan mendalam dengan menggunakan teori logik simbolik.
Title: Kepelbagaian makna Leksikal dalam Pantun Sekalung Budi Seuntai Bahasa
Description:
Pantun merupakan salah satu khazanah Melayu berbentuk puisi asli dan unik yang melambangkan kehidupan masyarakat di Alam Melayu.
Bukan itu sahaja, pantun juga mempunyai akar yang mendalam dalam budaya Melayu kerana pantun kaya dengan warisan sastera.
Namun, jenis-jenis kepelbagaian makna dari perspektif semantik leksikal yang terdapat dalam penghasilan pantun dan bagaimana elemen-elemen ini mencerminkan kekayaan budaya serta warisan sastera Melayu, sering kali menimbulkan perdebatan.
Malah, timbul keperluan untuk memahami lebih mendalam bagaimana pantun yang dianggap sebagai warisan budaya mengandungi pelbagai makna tersembunyi atau bertindih, serta bagaimana makna-makna ini berperanan dalam menyampaikan nilai dan pemikiran masyarakat Melayu.
Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti jenis-jenis kepelbagaian makna dari perspektif semantik leksikal yang digunakan dalam buku pantun Sekalung Budi Seuntai Bahasa.
Antara disiplin semantik leksikal yang akan dikenal pasti ialah aspek homonim, polisemi, hiponim, meronim, metafora, antonim dan sinonim.
Selain itu, kajian ini berbentuk kualitatif dan pengkaji akan menghuraikan segala analisis dapatan dalam bentuk deskriptif.
Pengkaji juga akan menggunakan buku pantun Sekalung Budi Seuntai Bahasa sebagai bahan kajian dalam mendapatkan data kajian.
Seterusnya, pengkaji merupakan instrumen utama dalam mengumpul data kajian dengan cara menganalisis buku pantun Sekalung Budi Seuntai Bahasa.
Dapatan kajian menunjukkan terdapat 168 rangkap pantun yang menggunakan tujuh disiplin semantik leksikal.
Pengkaji menginterpretasikan data kajian menggunakan teori logik simbolik berserta pandangan tokoh dalam menghuraikan makna bagi setiap kata yang digunakan.
Akhir sekali, kepelbagaian makna dari perspektif semantik leksikal yang dijelaskan dalam kajian pantun ini memberi kesan kepada pemahaman makna, penggunaan bahasa, serta pengayaan kosa kata pengguna bahasa.
Justeru, usaha wajar perlu dilakukan oleh pihak yang berminat dalam kajian bahasa untuk melaksanakan kajian kepelbagaian makna leksikal terhadap karya sastera dengan lebih lanjut dan mendalam dengan menggunakan teori logik simbolik.

Related Results

PANTUN: KATA DAN BUNYI MEMBENTUK MAKNA
PANTUN: KATA DAN BUNYI MEMBENTUK MAKNA
Abstrak Pantun adalah puisi lisan Melayu ciptaan peribumi yang ada di Nusantara. Penggunaan pantun dalam semua bentuk komunikasi lisan adalah sebahagian daripada etos budaya lisan...
KONSTRUKSI SEPADAN DAN TAK SEPADAN ANTARA LARIK SAMPIRAN DAN LARIK ISI SEBUAH PANTUN
KONSTRUKSI SEPADAN DAN TAK SEPADAN ANTARA LARIK SAMPIRAN DAN LARIK ISI SEBUAH PANTUN
Pantun merupakan salah satu puisi lama Melayu yang memiliki ciri keindahan atau keteraturan bahasanya. Banyak tulisan yang telah membahas hal tersebut, tetapi belum ada yang membah...
Untaian Pantun Oleh Merak Dalam Hikayat Isma Yatim
Untaian Pantun Oleh Merak Dalam Hikayat Isma Yatim
ABSTRAK   Artikel ini membincangkan tentang puisi tradisi Melayu iaitu pantun yang diucapkan oleh watak merak dalam Hikayat Isma Yatim. Kajian ini menggunakan metodologi kepusta...
Tema Pantun Cocos di Sabah
Tema Pantun Cocos di Sabah
Masyarakat Cocos di negeri Sabah merupakan etnik minoriti yang sangat unik dari segi kebudayaan dan bahasanya. Mereka digolongkan dalam kategori etnik bumiputera beragama Islam. Wa...
Penggunaan Bahasa Sunda Pada Pembelajaran Bahasa Inggris
Penggunaan Bahasa Sunda Pada Pembelajaran Bahasa Inggris
ABSTRAK Bahasa Sunda merupakan bahasa pertama masyarakat Jawa Barat dan tidak sedikit orang yang menggunakan bahasa sunda diberbagai aspek kehidupan, salah satunya dalam pendidikan...
Sosio-Psikolinguistik
Sosio-Psikolinguistik
Sosio-Psikolinguistik adalah salah satu cabang ilmu dalam bidang linguistik terapan yang mempelajari keterkaitan antara aspek sosial dan psikologis dalam proses penggunaan dan pema...
PEMETAAN LANSKAP LINGUISTIK DI UNIVERSITAS AIRLANGGA SURABAYA
PEMETAAN LANSKAP LINGUISTIK DI UNIVERSITAS AIRLANGGA SURABAYA
Lanskap Linguistik ( LL) merujuk pada objek penggunaan bahasa di ruang publik. Menurut Landry and Bourhis (1997) yang termasuk dalam LL adalah bahasa di ruang-ruang publik seperti ...
KAJIAN LANSKAP LINGUISTIK PAPAN PENANDA TEBET ECOPARK
KAJIAN LANSKAP LINGUISTIK PAPAN PENANDA TEBET ECOPARK
Tebet Ecopark adalah taman yang diresmikan oleh Gubernur DKI Jakarta pada tahun 2022 dan dikelola oleh Suku Dinas Lingkungan Hidup Pemerintah Provinsi DKI Jakarta. Dari kedudukan b...

Back to Top