Javascript must be enabled to continue!
Literasi Politik Pengundi di Parlimen Port Dickson, Negeri Sembilan
View through CrossRef
Kajian ini bertujuan untuk menilai literasi politik pengundi di Parlimen Port Dickson, Negeri Sembilan, terutamanya semasa Pilihan Raya Umum ke-15. Literasi politik merujuk kepada tahap kefahaman pengundi mengenai sistem politik, hak warganegara, dan proses membuat keputusan politik. Seramai 385 responden terlibat dalam kajian ini, terdiri daripada pelbagai latar belakang demografi termasuk jantina, umur, dan etnik. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti soal selidik atau analisis statistik serta temu bual dalam mendapatkan gambaran yang lebih komprehensif dalam penggunaan pendekatan metodologi. Dapatan menunjukkan media cetak masih menjadi sumber maklumat utama, manakala media sosial digunakan secara minimum. Majoriti pengundi menyatakan bahawa ideologi parti politik memainkan peranan penting dalam keputusan mengundi, dengan sebahagian besar mereka lebih cenderung memilih parti berbanding calon. Pengundi di kawasan ini juga menunjukkan sokongan yang kuat terhadap nilai-nilai seperti integriti, keadilan, dan tanggungjawab sosial. Kajian ini mendapati bahawa faktor pendidikan menjadi faktor prediktor yang kukuh dalam menentukan literasi politik di mana pengundi yang mempunyai pendidikan tinggi lebih dapat memahami struktur politik, proses pilihan raya serta kecenderungan dalam mengundi bagi melibatkan diri dalam politik. Faktor akses terhadap teknologi dan media yang juga dipengaruhi oleh faktor pendidikan dan pendapatan yang secara tidak langsung menjejaskan literasi politik pengundi. Walau bagaimanapun, penglibatan pengundi dalam parti politik masih rendah, walaupun terdapat minat yang tinggi terhadap ceramah politik. Kajian ini mencadangkan agar pendidikan politik dipertingkatkan untuk memperluas literasi politik, terutamanya di kalangan golongan muda. Kesimpulannya, literasi politik yang lebih mendalam mampu meningkatkan penyertaan politik yang lebih bermakna dalam proses demokrasi Malaysia.
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)
Title: Literasi Politik Pengundi di Parlimen Port Dickson, Negeri Sembilan
Description:
Kajian ini bertujuan untuk menilai literasi politik pengundi di Parlimen Port Dickson, Negeri Sembilan, terutamanya semasa Pilihan Raya Umum ke-15.
Literasi politik merujuk kepada tahap kefahaman pengundi mengenai sistem politik, hak warganegara, dan proses membuat keputusan politik.
Seramai 385 responden terlibat dalam kajian ini, terdiri daripada pelbagai latar belakang demografi termasuk jantina, umur, dan etnik.
Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti soal selidik atau analisis statistik serta temu bual dalam mendapatkan gambaran yang lebih komprehensif dalam penggunaan pendekatan metodologi.
Dapatan menunjukkan media cetak masih menjadi sumber maklumat utama, manakala media sosial digunakan secara minimum.
Majoriti pengundi menyatakan bahawa ideologi parti politik memainkan peranan penting dalam keputusan mengundi, dengan sebahagian besar mereka lebih cenderung memilih parti berbanding calon.
Pengundi di kawasan ini juga menunjukkan sokongan yang kuat terhadap nilai-nilai seperti integriti, keadilan, dan tanggungjawab sosial.
Kajian ini mendapati bahawa faktor pendidikan menjadi faktor prediktor yang kukuh dalam menentukan literasi politik di mana pengundi yang mempunyai pendidikan tinggi lebih dapat memahami struktur politik, proses pilihan raya serta kecenderungan dalam mengundi bagi melibatkan diri dalam politik.
Faktor akses terhadap teknologi dan media yang juga dipengaruhi oleh faktor pendidikan dan pendapatan yang secara tidak langsung menjejaskan literasi politik pengundi.
Walau bagaimanapun, penglibatan pengundi dalam parti politik masih rendah, walaupun terdapat minat yang tinggi terhadap ceramah politik.
Kajian ini mencadangkan agar pendidikan politik dipertingkatkan untuk memperluas literasi politik, terutamanya di kalangan golongan muda.
Kesimpulannya, literasi politik yang lebih mendalam mampu meningkatkan penyertaan politik yang lebih bermakna dalam proses demokrasi Malaysia.
Related Results
Persepsi Pengundi terhadap Kepimpinan Wanita dalam Politik
Persepsi Pengundi terhadap Kepimpinan Wanita dalam Politik
Kekesalan ke atas kegagalan kebanyakan parti politik di Malaysia untuk mengiktiraf wanita sebagai pemimpin dan ditampilkan sebagai calon bagi PRU15 yang lalu telah disuarakan oleh ...
PRK Pasca PRN 2023: Status Quo Gelombang Hijau Di Kemaman
PRK Pasca PRN 2023: Status Quo Gelombang Hijau Di Kemaman
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kemaman dengan memberi tumpuan kepada kehadiran pengundi, peratusan undian, dan perbandingan keputusan...
GEOPOLITIK MELAKA DAN PILIHAN POLITIK PENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DUN MELAKA 2021
GEOPOLITIK MELAKA DAN PILIHAN POLITIK PENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DUN MELAKA 2021
Politik Negeri Melaka terkenal sebagai kubu kuat BN sejak sebelum merdeka hingga PRU 2013. Namun pada PRU 2018, Melaka jatuh kepada parti pembangkang iaitu PH. 22 bulan selepas PH ...
PENGATURAN PARTAI POLITIK DI INDONESIA
PENGATURAN PARTAI POLITIK DI INDONESIA
Partai politik adalah organisasi yang bersifat nasional dan dibentuk oleh sekelompok warga Negara Indonesia secara sukarela atas dasar kesamaan kehendak dan cita-cita untuk memperj...
Politik Lama Versus Politik Baharu: Dinamika Politik Melayu dalam Pilihan Raya Negeri Johor 2022
Politik Lama Versus Politik Baharu: Dinamika Politik Melayu dalam Pilihan Raya Negeri Johor 2022
Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang diadakan pada 12 Mac 2022 merupakan siri pilihan raya negeri yang keempat diadakan selepas PRN Sabah, Melaka dan Sarawak sejak berlangsungnya P...
Istilah Diplomatik dalam Korpus Parlimen Malaysian Hansard Corpus (MHC)
Istilah Diplomatik dalam Korpus Parlimen Malaysian Hansard Corpus (MHC)
Istilah diplomatik yang digunakan dalam Parlimen merujuk kepada penggunaan bahasa dan ungkapan yang berkaitan dengan dasar luar negara, hubungan antarabangsa, dan kerjasama diploma...
Study of Port Tariff Structure and Port Pricing Approach
Study of Port Tariff Structure and Port Pricing Approach
In order to support National Logistics System continuity there are at least three (3) main components that should synergize well, namely the sea side (sea transport), the land side...
UAS ILMU POLITIK DAN PENDIDIKAN IPS
UAS ILMU POLITIK DAN PENDIDIKAN IPS
Ilmu Politik dan Pendidikan IPS merupakan dua bidang studi yang penting dalam memahami dan mempengaruhi dinamika politik dan partisipasi warga negara dalam suatu masyarakat. Mata k...

