Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Persepsi Pengundi terhadap Kepimpinan Wanita dalam Politik

View through CrossRef
Kekesalan ke atas kegagalan kebanyakan parti politik di Malaysia untuk mengiktiraf wanita sebagai pemimpin dan ditampilkan sebagai calon bagi PRU15 yang lalu telah disuarakan oleh Jawatankuasa Pemantauan PRU15 (PantauPRU15). Parti politik seharusnya bertanggungjawab untuk meningkatkan jumlah wanita yang dicalonkan untuk bertanding dalam PRU. Oleh itu, satu kajian telah dijalankan untuk menilai persepsi pengundi terhadap kepimpinan wanita dan pencalonan dalam pilihan raya. Kajian ini dijalankan melalui soal selidik secara atas talian ke atas pengundi-pengundi di enam buah negeri yang telah terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Terengganu. Pengundi-pengundi dari negeri-negeri ini telah dipilih secara persampelan bertujuan bagi menjawab persoalan kajian. Jumlah responden yang telah terlibat dalam kajian ini ialah seramai 399 orang responden. Dapatan menunjukkan bahawa majoriti pengundi mempunyai persepsi positif terhadap kepimpinan wanita dan pencalonan wanita dalam pilihan raya. Lebih dari separuh responden bersetuju bahawa wanita harus diberikan lebih banyak jawatan dalam politik. Manakala kebanyakan dari reponden pula berpandangan bahawa lebih ramai wanita perlu dicalonkan sebagai ADUN. Sejumlah besar juga percaya bahawa wanita boleh memberikan komitmen yang tinggi sekiranya dilantik sebagai ADUN. Secara keseluruhannya, pengundi mempunyai persepsi yang positif dan keyakinan terhadap pemimpin wanita. Ramai yang berpandangan bahawa calon ADUN wanita boleh menjadi pemimpin yang efektif jika diberikan latihan dalam kepimpinan. Dapatan ini boleh memberi input yang penting kepada kerajaan serta agensi-agensinya untuk terus menggiatkan usaha bagi menyediakan latihan dan sokongan kepada bakal pemimpin-pemimpin politik wanita di Malaysia.
Title: Persepsi Pengundi terhadap Kepimpinan Wanita dalam Politik
Description:
Kekesalan ke atas kegagalan kebanyakan parti politik di Malaysia untuk mengiktiraf wanita sebagai pemimpin dan ditampilkan sebagai calon bagi PRU15 yang lalu telah disuarakan oleh Jawatankuasa Pemantauan PRU15 (PantauPRU15).
Parti politik seharusnya bertanggungjawab untuk meningkatkan jumlah wanita yang dicalonkan untuk bertanding dalam PRU.
Oleh itu, satu kajian telah dijalankan untuk menilai persepsi pengundi terhadap kepimpinan wanita dan pencalonan dalam pilihan raya.
Kajian ini dijalankan melalui soal selidik secara atas talian ke atas pengundi-pengundi di enam buah negeri yang telah terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Terengganu.
Pengundi-pengundi dari negeri-negeri ini telah dipilih secara persampelan bertujuan bagi menjawab persoalan kajian.
Jumlah responden yang telah terlibat dalam kajian ini ialah seramai 399 orang responden.
Dapatan menunjukkan bahawa majoriti pengundi mempunyai persepsi positif terhadap kepimpinan wanita dan pencalonan wanita dalam pilihan raya.
Lebih dari separuh responden bersetuju bahawa wanita harus diberikan lebih banyak jawatan dalam politik.
Manakala kebanyakan dari reponden pula berpandangan bahawa lebih ramai wanita perlu dicalonkan sebagai ADUN.
Sejumlah besar juga percaya bahawa wanita boleh memberikan komitmen yang tinggi sekiranya dilantik sebagai ADUN.
Secara keseluruhannya, pengundi mempunyai persepsi yang positif dan keyakinan terhadap pemimpin wanita.
Ramai yang berpandangan bahawa calon ADUN wanita boleh menjadi pemimpin yang efektif jika diberikan latihan dalam kepimpinan.
Dapatan ini boleh memberi input yang penting kepada kerajaan serta agensi-agensinya untuk terus menggiatkan usaha bagi menyediakan latihan dan sokongan kepada bakal pemimpin-pemimpin politik wanita di Malaysia.

Related Results

Literasi Politik Pengundi di Parlimen Port Dickson, Negeri Sembilan
Literasi Politik Pengundi di Parlimen Port Dickson, Negeri Sembilan
Kajian ini bertujuan untuk menilai literasi politik pengundi di Parlimen Port Dickson, Negeri Sembilan, terutamanya semasa Pilihan Raya Umum ke-15. Literasi politik merujuk kepada ...
KEPIMPINAN SUAMI: PENDEKATAN DAN IMPAK TERHADAP KEFUNGSIAN KELUARGA
KEPIMPINAN SUAMI: PENDEKATAN DAN IMPAK TERHADAP KEFUNGSIAN KELUARGA
Kepimpinan tidak hanya penting dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat tetapi dalam kehidupan berkeluarga. Kepimpinan yang baik sangat penting bagi memastikan institusi keluarg...
Kepimpinan Moral: Falsafah dan Model Kepimpinan dari Perspektif Moral
Kepimpinan Moral: Falsafah dan Model Kepimpinan dari Perspektif Moral
Perbincangan tentang kebajikan (virtue) dan moraliti dalam kepimpinan sudah lama wujud dalam kalangan ahli falsafah dunia. Kepimpinan pula sudah diiktiraf sebagai satu “keperluan” ...
Pembangunan Karakter Kepimpinan Professional dalam Kalangan Angkatan Tentera Malaysia
Pembangunan Karakter Kepimpinan Professional dalam Kalangan Angkatan Tentera Malaysia
Artikel ini menghuraikan idea mengenai kepimpinan dalam kalangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terdiri daripada Tentera Darat Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Ten...
PRK Pasca PRN 2023: Status Quo Gelombang Hijau Di Kemaman
PRK Pasca PRN 2023: Status Quo Gelombang Hijau Di Kemaman
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kemaman dengan memberi tumpuan kepada kehadiran pengundi, peratusan undian, dan perbandingan keputusan...
KECERDASAN SPIRITUAL DAN CARA GAYA KEPIMPINAN DALAM KALANGAN PEMIMPIN REMAJA DI MALAYSIA
KECERDASAN SPIRITUAL DAN CARA GAYA KEPIMPINAN DALAM KALANGAN PEMIMPIN REMAJA DI MALAYSIA
ABSTRAK Kajian lepas telah membuktikan bahawa terdapat perkaitan yang bermakna antara tahap kecerdasan spiritual individu dengan cara gaya kepimpinan mereka. Keadaan ini turut jug...
GEOPOLITIK MELAKA DAN PILIHAN POLITIK PENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DUN MELAKA 2021
GEOPOLITIK MELAKA DAN PILIHAN POLITIK PENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DUN MELAKA 2021
Politik Negeri Melaka terkenal sebagai kubu kuat BN sejak sebelum merdeka hingga PRU 2013. Namun pada PRU 2018, Melaka jatuh kepada parti pembangkang iaitu PH. 22 bulan selepas PH ...
PENGATURAN PARTAI POLITIK DI INDONESIA
PENGATURAN PARTAI POLITIK DI INDONESIA
Partai politik adalah organisasi yang bersifat nasional dan dibentuk oleh sekelompok warga Negara Indonesia secara sukarela atas dasar kesamaan kehendak dan cita-cita untuk memperj...

Back to Top