Javascript must be enabled to continue!
Pengurusan Kepimpinan Keusahawanan Dalam Karya Terpilih Anwar Ridhwan
View through CrossRef
Perkembangan terkini telah menunjukkan pengurusan kepimpinan Melayu dalam bidang keusahawanan dilihat mempunyai banyak cabaran dalam menempatkan diri terus releven dalam kalangan masyarakat Melayu. Pengurusan Kepimpinan Keusahawanan dilihat sebagai suatu proses merancang, memimpin, mengorganisasi dan mengawal daya usaha anggota bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Sehubungan itu, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk; pertama, mengenal pasti dimensi pentadbiran dan dasar-dasar pentadbiran di dalam prinsip kepimpinan karya terpilih Anwar Ridhwan iaitu Hari-hari Terakhir Seorang Seniman, Naratif Ogonshoto dan Arus; kedua, menganalisis pengurusan kepimpinan keusahawanan yang terdapat dalam karya terpilih Anwar Ridhwan; dan ketiga, merumuskan konsep kepimpinan dalam pengurusan kepimpinan keusahawanan yang terdapat dalam karya terpilih Anwar Ridhwan. Kajian ini dijalankan dengan mengaplikasikan Prinsip Kepimpinan yang terkandung di dalam Pendekatan Pengurusan dengan bidang keusahawanan sebagai pelengkap kajian yang merupakan satu pendekatan baharu dalam dunia kritikan sastera. Pendekatan Pengurusan yang diasaskan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan ini mempunyai lima (5) prinsip iaitu Prinsip Perancangan, Prinsip Kepimpinan, Prinsip Pengorganisasian, Prinsip Penstafan dan Prinsip Pengawalan. Prinsip Kepimpinan ditonjolkan bersama Dimensi Pentadbiran yang di dalamnya terkandung Dasar-dasar Pentadbiran iaitu Dasar Pentadbiran Bijaksana, Dasar Pentadbiran Berjiwa Rakyat, Dasar Pentadbiran Berwawasan, Dasar Pentadbiran Yang Bersemangat Waja. Seterusnya Dasar-dasar Pentadbiran ini akan digabungkan bersama Gaya Kepimpinan Kecerdasan Emosi, Goleman dengan mengaplikasikan Perspektif Kewaspadaan Keusahawanan, Israel Kirzner bagi mewujudkan transformasi pemimpin yang berkesan. Kesimpulannya, kajian ini jelas menunjukkan bahawa Pengurusan Kepimpinan Keusahawanan dalam karya terpilih Anwar Ridhwan berupaya dilaksanakan melalui kesahihan pembuktiannya hasil gabungan dan signifikan pengaplikasian Prinsip Kepimpinan Mohamad Mokhtar Abu keseluruhannya dengan gabungan Gaya Kepimpinan Kecerdasan Emosi oleh Goleman.
Title: Pengurusan Kepimpinan Keusahawanan Dalam Karya Terpilih Anwar Ridhwan
Description:
Perkembangan terkini telah menunjukkan pengurusan kepimpinan Melayu dalam bidang keusahawanan dilihat mempunyai banyak cabaran dalam menempatkan diri terus releven dalam kalangan masyarakat Melayu.
Pengurusan Kepimpinan Keusahawanan dilihat sebagai suatu proses merancang, memimpin, mengorganisasi dan mengawal daya usaha anggota bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.
Sehubungan itu, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk; pertama, mengenal pasti dimensi pentadbiran dan dasar-dasar pentadbiran di dalam prinsip kepimpinan karya terpilih Anwar Ridhwan iaitu Hari-hari Terakhir Seorang Seniman, Naratif Ogonshoto dan Arus; kedua, menganalisis pengurusan kepimpinan keusahawanan yang terdapat dalam karya terpilih Anwar Ridhwan; dan ketiga, merumuskan konsep kepimpinan dalam pengurusan kepimpinan keusahawanan yang terdapat dalam karya terpilih Anwar Ridhwan.
Kajian ini dijalankan dengan mengaplikasikan Prinsip Kepimpinan yang terkandung di dalam Pendekatan Pengurusan dengan bidang keusahawanan sebagai pelengkap kajian yang merupakan satu pendekatan baharu dalam dunia kritikan sastera.
Pendekatan Pengurusan yang diasaskan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan ini mempunyai lima (5) prinsip iaitu Prinsip Perancangan, Prinsip Kepimpinan, Prinsip Pengorganisasian, Prinsip Penstafan dan Prinsip Pengawalan.
Prinsip Kepimpinan ditonjolkan bersama Dimensi Pentadbiran yang di dalamnya terkandung Dasar-dasar Pentadbiran iaitu Dasar Pentadbiran Bijaksana, Dasar Pentadbiran Berjiwa Rakyat, Dasar Pentadbiran Berwawasan, Dasar Pentadbiran Yang Bersemangat Waja.
Seterusnya Dasar-dasar Pentadbiran ini akan digabungkan bersama Gaya Kepimpinan Kecerdasan Emosi, Goleman dengan mengaplikasikan Perspektif Kewaspadaan Keusahawanan, Israel Kirzner bagi mewujudkan transformasi pemimpin yang berkesan.
Kesimpulannya, kajian ini jelas menunjukkan bahawa Pengurusan Kepimpinan Keusahawanan dalam karya terpilih Anwar Ridhwan berupaya dilaksanakan melalui kesahihan pembuktiannya hasil gabungan dan signifikan pengaplikasian Prinsip Kepimpinan Mohamad Mokhtar Abu keseluruhannya dengan gabungan Gaya Kepimpinan Kecerdasan Emosi oleh Goleman.
Related Results
KESAN PENGLIBATAN BELIA MALAYSIA DALAM KEUSAHAWANAN SOSIAL
KESAN PENGLIBATAN BELIA MALAYSIA DALAM KEUSAHAWANAN SOSIAL
ABSTRAK Mutakhir ini konsep keusahawanan telah diperluaskan skop aplikasinya kepada konteks yang melibatkan pencapaian matlamat sosial dan bukan keuntungan. Konsep ini di label se...
KEPIMPINAN SUAMI: PENDEKATAN DAN IMPAK TERHADAP KEFUNGSIAN KELUARGA
KEPIMPINAN SUAMI: PENDEKATAN DAN IMPAK TERHADAP KEFUNGSIAN KELUARGA
Kepimpinan tidak hanya penting dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat tetapi dalam kehidupan berkeluarga. Kepimpinan yang baik sangat penting bagi memastikan institusi keluarg...
Mengukur Kompetensi Keusahawanan Mahasiswa: Analisis Terhadap Kemahiran Pengurusan, Kepimpinan dan Penyelesaian Masalah
Mengukur Kompetensi Keusahawanan Mahasiswa: Analisis Terhadap Kemahiran Pengurusan, Kepimpinan dan Penyelesaian Masalah
Kompetensi keusahawanan merupakan elemen penting dalam melahirkan graduan yang berdaya saing, adaptif, dan berkeupayaan memenuhi keperluan pasaran kerja yang semakin dinamik dan me...
Pembangunan Karakter Kepimpinan Professional dalam Kalangan Angkatan Tentera Malaysia
Pembangunan Karakter Kepimpinan Professional dalam Kalangan Angkatan Tentera Malaysia
Artikel ini menghuraikan idea mengenai kepimpinan dalam kalangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terdiri daripada Tentera Darat Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Ten...
Kepimpinan Moral: Falsafah dan Model Kepimpinan dari Perspektif Moral
Kepimpinan Moral: Falsafah dan Model Kepimpinan dari Perspektif Moral
Perbincangan tentang kebajikan (virtue) dan moraliti dalam kepimpinan sudah lama wujud dalam kalangan ahli falsafah dunia. Kepimpinan pula sudah diiktiraf sebagai satu “keperluan” ...
Pengaruh gaya kepimpinan pengurus projek ke atas prestasi kerja ahli-ahli pasukan projek dalam industri pembinaan di Selangor
Pengaruh gaya kepimpinan pengurus projek ke atas prestasi kerja ahli-ahli pasukan projek dalam industri pembinaan di Selangor
Kajian ini bertujuan untuk menguji pengaruh gaya kepimpinan pengurus projek ke atas prestasi kerja ahli-ahli pasukan projek dalam industri pembinaan di Selangor. Dalam kajian ini, ...
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Hasrat Keusahawanan di kalangan Pelajar Pengajian Tinggi
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Hasrat Keusahawanan di kalangan Pelajar Pengajian Tinggi
Bidang keusahawanan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi mereka yang bergelut dalam pencarian pekerjaan dan membantu menjana pendapatan tambahan kepada mereka yang mengal...
KECERDASAN SPIRITUAL DAN CARA GAYA KEPIMPINAN DALAM KALANGAN PEMIMPIN REMAJA DI MALAYSIA
KECERDASAN SPIRITUAL DAN CARA GAYA KEPIMPINAN DALAM KALANGAN PEMIMPIN REMAJA DI MALAYSIA
ABSTRAK Kajian lepas telah membuktikan bahawa terdapat perkaitan yang bermakna antara tahap kecerdasan spiritual individu dengan cara gaya kepimpinan mereka. Keadaan ini turut jug...

