Javascript must be enabled to continue!
Mengukur Kompetensi Keusahawanan Mahasiswa: Analisis Terhadap Kemahiran Pengurusan, Kepimpinan dan Penyelesaian Masalah
View through CrossRef
Kompetensi keusahawanan merupakan elemen penting dalam melahirkan graduan yang berdaya saing, adaptif, dan berkeupayaan memenuhi keperluan pasaran kerja yang semakin dinamik dan mencabar. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap kompetensi keusahawanan dalam kalangan mahasiswa dengan memberi tumpuan kepada tiga kemahiran teras, iaitu kemahiran pengurusan, kepimpinan, dan penyelesaian masalah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui reka bentuk tinjauan keratan lintang melibatkan seramai 418 orang mahasiswa di sebuah universiti awam di Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti mahasiswa memiliki tahap kemahiran pengurusan (53.1%), kepimpinan (56%) dan penyelesaian masalah (51.9%) pada tahap sederhana hingga tinggi, mencerminkan potensi yang baik dalam pembentukan kompetensi keusahawanan dalam kalangan mahasiswa. Implikasi kajian ini menekankan keperluan institusi pengajian tinggi untuk memperkukuh pembangunan kemahiran teras keusahawanan melalui pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman seperti pembelajaran berasaskan projek, simulasi perniagaan dan penglibatan industri. Dari aspek sumbangan, kajian ini menyediakan bukti empirikal tentang profil kompetensi keusahawanan mahasiswa yang boleh dijadikan asas rujukan dalam penambahbaikan kurikulum, perancangan intervensi keusahawanan, serta penggubalan strategi pembangunan graduan yang lebih holistik dan berorientasikan keusahawanan.
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)
Title: Mengukur Kompetensi Keusahawanan Mahasiswa: Analisis Terhadap Kemahiran Pengurusan, Kepimpinan dan Penyelesaian Masalah
Description:
Kompetensi keusahawanan merupakan elemen penting dalam melahirkan graduan yang berdaya saing, adaptif, dan berkeupayaan memenuhi keperluan pasaran kerja yang semakin dinamik dan mencabar.
Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap kompetensi keusahawanan dalam kalangan mahasiswa dengan memberi tumpuan kepada tiga kemahiran teras, iaitu kemahiran pengurusan, kepimpinan, dan penyelesaian masalah.
Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui reka bentuk tinjauan keratan lintang melibatkan seramai 418 orang mahasiswa di sebuah universiti awam di Malaysia.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti mahasiswa memiliki tahap kemahiran pengurusan (53.
1%), kepimpinan (56%) dan penyelesaian masalah (51.
9%) pada tahap sederhana hingga tinggi, mencerminkan potensi yang baik dalam pembentukan kompetensi keusahawanan dalam kalangan mahasiswa.
Implikasi kajian ini menekankan keperluan institusi pengajian tinggi untuk memperkukuh pembangunan kemahiran teras keusahawanan melalui pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman seperti pembelajaran berasaskan projek, simulasi perniagaan dan penglibatan industri.
Dari aspek sumbangan, kajian ini menyediakan bukti empirikal tentang profil kompetensi keusahawanan mahasiswa yang boleh dijadikan asas rujukan dalam penambahbaikan kurikulum, perancangan intervensi keusahawanan, serta penggubalan strategi pembangunan graduan yang lebih holistik dan berorientasikan keusahawanan.
Related Results
Pengurusan Kepimpinan Keusahawanan Dalam Karya Terpilih Anwar Ridhwan
Pengurusan Kepimpinan Keusahawanan Dalam Karya Terpilih Anwar Ridhwan
Perkembangan terkini telah menunjukkan pengurusan kepimpinan Melayu dalam bidang keusahawanan dilihat mempunyai banyak cabaran dalam menempatkan diri terus releven dalam kalangan m...
Elemen Kemahiran Insaniah Pelajar Pendidikan TVET Semasa Menjalani Latihan Praktikal
Elemen Kemahiran Insaniah Pelajar Pendidikan TVET Semasa Menjalani Latihan Praktikal
Elemen kemahiran Insaniah pelajar pendidikan TVET semasa menjalani latihan praktikal adalah elemen yang lebih memfokuskan kemahiran generik pelajar serta penguasaan pelbagai elemen...
KESAN PENGLIBATAN BELIA MALAYSIA DALAM KEUSAHAWANAN SOSIAL
KESAN PENGLIBATAN BELIA MALAYSIA DALAM KEUSAHAWANAN SOSIAL
ABSTRAK Mutakhir ini konsep keusahawanan telah diperluaskan skop aplikasinya kepada konteks yang melibatkan pencapaian matlamat sosial dan bukan keuntungan. Konsep ini di label se...
KEPIMPINAN SUAMI: PENDEKATAN DAN IMPAK TERHADAP KEFUNGSIAN KELUARGA
KEPIMPINAN SUAMI: PENDEKATAN DAN IMPAK TERHADAP KEFUNGSIAN KELUARGA
Kepimpinan tidak hanya penting dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat tetapi dalam kehidupan berkeluarga. Kepimpinan yang baik sangat penting bagi memastikan institusi keluarg...
PENERAPAN KEMAHIRAN INSANIAH MELALUI INTERAKSI DAN INTEGRITI (2ICAMP) MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) DI UNIVERSITI SUNWAY MALAYSIA
PENERAPAN KEMAHIRAN INSANIAH MELALUI INTERAKSI DAN INTEGRITI (2ICAMP) MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) DI UNIVERSITI SUNWAY MALAYSIA
Kebolehpasaran pekerjaan untuk setiap siswazah bukan sahaja diukur melalui kecemerlangan akademik mereka, tetapi juga kekuatan mereka secara fizikal, mental dan emosi. Lulusan univ...
Penjanaan Kemahiran Insaniah Melalui Pengamalan Hisbah
Penjanaan Kemahiran Insaniah Melalui Pengamalan Hisbah
Kemahiran Insaniah di Institut Pengajian Tinggi bertujuan meningkatkan kompetensi kebolehgajian para graduan. Kemahiran Insaniah meliputi kemahiran komunikasi, kemahiran penyelesai...
PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEPIMPINAN PELAJAR MELALUI LATIHAN LAKON TEATER
PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEPIMPINAN PELAJAR MELALUI LATIHAN LAKON TEATER
ABSTRAK
Kajian ini melihat bagaimana kesan pendekatan persiapan latihan pelakon dalam membantu meningkatkan kemahiran kepimpinan pelajar. Ia dijalankan kepada 35 responden te...
Kepimpinan Moral: Falsafah dan Model Kepimpinan dari Perspektif Moral
Kepimpinan Moral: Falsafah dan Model Kepimpinan dari Perspektif Moral
Perbincangan tentang kebajikan (virtue) dan moraliti dalam kepimpinan sudah lama wujud dalam kalangan ahli falsafah dunia. Kepimpinan pula sudah diiktiraf sebagai satu “keperluan” ...

