Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Pembangunan Karakter Kepimpinan Professional dalam Kalangan Angkatan Tentera Malaysia

View through CrossRef
Artikel ini menghuraikan idea mengenai kepimpinan dalam kalangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terdiri daripada Tentera Darat Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia sebagai responden kajian ini. Dalam ketenteraan, pembentukan watak pemimpin memerlukan pengubahsuaian identiti seseorang yang pastinya sukar untuk diterapkan. Pelbagai program pembangunan kepimpinan telah direka dan dilaksanakan oleh pentadbir organisasi ketenteraan negara untuk melahirkan pemimpin yang berkualiti, cekap dan berkesan. Pemimpin yang dihasilkan perlu mempunyai karakter kepimpinan yang kuat dalam menjalankan tugas. Namun begitu, peningkatan kes salah laku dalam kalangan anggota tentera menggambarkan wujudnya krisis dalaman dalam kalangan mereka. Hal ini telah memberi kesan negatif terhadap usaha untuk melahirkan bakal pemimpin yang memiliki karakter kepimpinan profesional akibat terpalit dengan krisis salah laku. Justeru, pembangunan karakter kepimpinan perlu mengambil kira keseluruhan aspek dalam kehidupan seorang manusia. Objektif kajian ini adalah untuk mencadangkan model pembangunan karakter kepimpinan profesional dalam kalangan ATM. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif bagi menjawab objektif kajian. Pendekatan yang digunakan ialah temu bual bersama kumpulan berfokus dan pengedaran borang soal selidik. Pendekatan tematik digunakan dengan membahagikan analisis kepada empat tema iaitu kepimpinan profesional, kandungan program, peranan jurulatih dan sokongan pengurusan. Seramai dua puluh lima responden yang terdiri daripada pegawai, jurulatih dan platun dalam kalangan ATM terlibat dalam temu bual, manakala seramai 300 orang responden dalam kalangan anggota tentera pelbagai peringkat terlibat menjawab soal selidik. Perisian SmartPLS digunakan bagi tujuan analisis data. Hasil kajian menunjukkan tiga elemen utama yang terdiri daripada kandungan kursus, peranan jurulatih dan sokongan pihak pengurusan merupakan faktor penting yang mempengaruhi anggota tentera dalam memberi komitmen yang positif kepada organisasi. Komitmen positif terhadap organisasi inilah yang dipengaruhi oleh kepimpinan profesional yang dilatih melalui program pembangunan kepimpinan dalam organisasi ketenteraan. Justeru, model ini bermanfaat kepada Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat, Jabatan Infantri serta Kementerian Pertahanan Malaysia dalam menambah baik sistem latihan secara holistik untuk anggota tentera di Malaysia.
Title: Pembangunan Karakter Kepimpinan Professional dalam Kalangan Angkatan Tentera Malaysia
Description:
Artikel ini menghuraikan idea mengenai kepimpinan dalam kalangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terdiri daripada Tentera Darat Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia sebagai responden kajian ini.
Dalam ketenteraan, pembentukan watak pemimpin memerlukan pengubahsuaian identiti seseorang yang pastinya sukar untuk diterapkan.
Pelbagai program pembangunan kepimpinan telah direka dan dilaksanakan oleh pentadbir organisasi ketenteraan negara untuk melahirkan pemimpin yang berkualiti, cekap dan berkesan.
Pemimpin yang dihasilkan perlu mempunyai karakter kepimpinan yang kuat dalam menjalankan tugas.
Namun begitu, peningkatan kes salah laku dalam kalangan anggota tentera menggambarkan wujudnya krisis dalaman dalam kalangan mereka.
Hal ini telah memberi kesan negatif terhadap usaha untuk melahirkan bakal pemimpin yang memiliki karakter kepimpinan profesional akibat terpalit dengan krisis salah laku.
Justeru, pembangunan karakter kepimpinan perlu mengambil kira keseluruhan aspek dalam kehidupan seorang manusia.
Objektif kajian ini adalah untuk mencadangkan model pembangunan karakter kepimpinan profesional dalam kalangan ATM.
Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif bagi menjawab objektif kajian.
Pendekatan yang digunakan ialah temu bual bersama kumpulan berfokus dan pengedaran borang soal selidik.
Pendekatan tematik digunakan dengan membahagikan analisis kepada empat tema iaitu kepimpinan profesional, kandungan program, peranan jurulatih dan sokongan pengurusan.
Seramai dua puluh lima responden yang terdiri daripada pegawai, jurulatih dan platun dalam kalangan ATM terlibat dalam temu bual, manakala seramai 300 orang responden dalam kalangan anggota tentera pelbagai peringkat terlibat menjawab soal selidik.
Perisian SmartPLS digunakan bagi tujuan analisis data.
Hasil kajian menunjukkan tiga elemen utama yang terdiri daripada kandungan kursus, peranan jurulatih dan sokongan pihak pengurusan merupakan faktor penting yang mempengaruhi anggota tentera dalam memberi komitmen yang positif kepada organisasi.
Komitmen positif terhadap organisasi inilah yang dipengaruhi oleh kepimpinan profesional yang dilatih melalui program pembangunan kepimpinan dalam organisasi ketenteraan.
Justeru, model ini bermanfaat kepada Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat, Jabatan Infantri serta Kementerian Pertahanan Malaysia dalam menambah baik sistem latihan secara holistik untuk anggota tentera di Malaysia.

Related Results

KEPIMPINAN SUAMI: PENDEKATAN DAN IMPAK TERHADAP KEFUNGSIAN KELUARGA
KEPIMPINAN SUAMI: PENDEKATAN DAN IMPAK TERHADAP KEFUNGSIAN KELUARGA
Kepimpinan tidak hanya penting dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat tetapi dalam kehidupan berkeluarga. Kepimpinan yang baik sangat penting bagi memastikan institusi keluarg...
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN: GAYA KEPIMPINAN DAN KEPUASAN KERJA GURU
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN: GAYA KEPIMPINAN DAN KEPUASAN KERJA GURU
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan gaya kepimpinan terhadap kepuasan kerja dalam kalangan guru yang mengendalikan pembelajaran dalam talian semasa pandemik Covid-19. Gaya...
MEMPERKASA KEPEMIMPINAN BELIA MALAYSIA MELALUI PEMENTORAN DALAM PEMBANGUNAN BELIA POSITIF
MEMPERKASA KEPEMIMPINAN BELIA MALAYSIA MELALUI PEMENTORAN DALAM PEMBANGUNAN BELIA POSITIF
ABSTRAK Kepimpinan belia adalah elemen yang diperlukan bagi meneruskan agenda pembangunan Negara. Kewujudan kepimpinan belia dapat membentuk sebuah kumpulan pelapis yang mampu men...
PERTEMPURAN KALABAKAN 1963: PATRIOTISME DAN KEDAULATAN MALAYSIA The Battle of Kalabakan 1963: Patriotism and Malaysian Sovereignty
PERTEMPURAN KALABAKAN 1963: PATRIOTISME DAN KEDAULATAN MALAYSIA The Battle of Kalabakan 1963: Patriotism and Malaysian Sovereignty
Abstract Pertempuran Kalabakan pada 29 Disember 1963 adalah salah satu bukti tindakan subversif tentera Indonesia ke atas wilayah sempadan Malaysia di sempadan Sabah-Kalimantan Ti...
Kepimpinan Transformasi Guru Besar dan Efikasi Guru Sekolah Rendah di Zon Bangi, Selangor
Kepimpinan Transformasi Guru Besar dan Efikasi Guru Sekolah Rendah di Zon Bangi, Selangor
Kepimpinan transformasi merupakan salah satu faktor penting yang mempengaruhi motivasi, komitmen, dan keberkesanan guru dalam melaksanakan tugas pengajaran. Dalam konteks sekolah r...
Adaptasi Doktrin Ketenteraan Amerika Syarikat: Pengaruh Evolusi Strategi Pemangkalan Ketenteraan Asing di Asia Tenggara
Adaptasi Doktrin Ketenteraan Amerika Syarikat: Pengaruh Evolusi Strategi Pemangkalan Ketenteraan Asing di Asia Tenggara
Kajian ini membincangkan tentang bagaimana strategi pemangkalan Amerika Syarikat di Asia Tenggara mempengaruhi pembaharuan doktrin ketenteraannya di Asia Tenggara, yang merangkumi ...
PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEPIMPINAN PELAJAR MELALUI LATIHAN LAKON TEATER
PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEPIMPINAN PELAJAR MELALUI LATIHAN LAKON TEATER
ABSTRAK Kajian ini melihat bagaimana kesan pendekatan persiapan latihan pelakon dalam membantu meningkatkan kemahiran kepimpinan pelajar. Ia dijalankan kepada 35 responden te...
PEMBANGUNAN HUKUM YANG BERKELANJUTAN: USAHA MENCAPAI PEMBANGUNAN NASIONAL YANG BERKELANJUTAN
PEMBANGUNAN HUKUM YANG BERKELANJUTAN: USAHA MENCAPAI PEMBANGUNAN NASIONAL YANG BERKELANJUTAN
Pembangunan merupakan usaha sadar dari masyarakat untuk mencapai kesejahteraannya adalah hal yang wajar dilakukan oleh masyarakat untuk mencapai kesejahteraannya sendiri. Sayangnya...

Back to Top