Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

KECERDASAN SPIRITUAL DAN CARA GAYA KEPIMPINAN DALAM KALANGAN PEMIMPIN REMAJA DI MALAYSIA

View through CrossRef
ABSTRAK Kajian lepas telah membuktikan bahawa terdapat perkaitan yang bermakna antara tahap kecerdasan spiritual individu dengan cara gaya kepimpinan mereka. Keadaan ini turut juga dibuktikan dalam kajian ini dengan memfokuskan kepada golongan belia peringkat muda (remaja). Kajian ini telah dilaksanakan ke atas 277 orang pemimpin pelajar yang berusia di antara 16 hingga 17 tahun daripada empat buah sekolah berasrama penuh di bahagian utara Semenanjung Malaysia. Cara gaya kepimpinan responden telah diukur menggunakan Multifactor Leadership Questionnaire Form 6s (MLQ; Bass & Avolio, 1992) sementara kecerdasan spiritual diukur menggunakan Spiritual Intelligence Self-Report Inventory (SISRI; King & DeCicco, 2009). Kajian mendapati wujudnya perkaitan yang signifikan di antara kecerdasan spiritual dengan dua cara gaya kepimpinan, iaitu kepimpinan transformasi dan laissez-faire. Manakala, tiada perkaitan yang signifikan wujud di antara kecerdasan spiritual dengan kepimpinan transaksi. Selain itu, beberapa perkaitan yang signifikan turut wujud di antara sub-komponen kecerdasan spiritual dengan cara gaya kepimpinan transformasi. Kajian ini berjaya membuktikan kepentingan peranan kecerdasan spiritual di dalam proses pembentukan cara gaya kepimpinan. Kesimpulannya, kajian ini mendapati bahawa kecerdasan spiritual yang positif dapat menjana ke arah keberkesanan corak kepimpinan yang disampaikan oleh pemimpin remaja. Kata Kunci: Kecerdasan Spiritual, Cara Gaya Kepimpinan, Pemimpin, Remaja
Title: KECERDASAN SPIRITUAL DAN CARA GAYA KEPIMPINAN DALAM KALANGAN PEMIMPIN REMAJA DI MALAYSIA
Description:
ABSTRAK Kajian lepas telah membuktikan bahawa terdapat perkaitan yang bermakna antara tahap kecerdasan spiritual individu dengan cara gaya kepimpinan mereka.
Keadaan ini turut juga dibuktikan dalam kajian ini dengan memfokuskan kepada golongan belia peringkat muda (remaja).
Kajian ini telah dilaksanakan ke atas 277 orang pemimpin pelajar yang berusia di antara 16 hingga 17 tahun daripada empat buah sekolah berasrama penuh di bahagian utara Semenanjung Malaysia.
Cara gaya kepimpinan responden telah diukur menggunakan Multifactor Leadership Questionnaire Form 6s (MLQ; Bass & Avolio, 1992) sementara kecerdasan spiritual diukur menggunakan Spiritual Intelligence Self-Report Inventory (SISRI; King & DeCicco, 2009).
Kajian mendapati wujudnya perkaitan yang signifikan di antara kecerdasan spiritual dengan dua cara gaya kepimpinan, iaitu kepimpinan transformasi dan laissez-faire.
Manakala, tiada perkaitan yang signifikan wujud di antara kecerdasan spiritual dengan kepimpinan transaksi.
Selain itu, beberapa perkaitan yang signifikan turut wujud di antara sub-komponen kecerdasan spiritual dengan cara gaya kepimpinan transformasi.
Kajian ini berjaya membuktikan kepentingan peranan kecerdasan spiritual di dalam proses pembentukan cara gaya kepimpinan.
Kesimpulannya, kajian ini mendapati bahawa kecerdasan spiritual yang positif dapat menjana ke arah keberkesanan corak kepimpinan yang disampaikan oleh pemimpin remaja.
Kata Kunci: Kecerdasan Spiritual, Cara Gaya Kepimpinan, Pemimpin, Remaja.

Related Results

Kesehatan Reproduksi Remaja
Kesehatan Reproduksi Remaja
Seksualitas dan kesehatan reproduksi remaja didefinisikan sebagai keadaan sejahtera fisik dan psikis seorang remaja, termasuk keadaan terbebas dari kehamilan yang tak dikehendaki, ...
Pembangunan Karakter Kepimpinan Professional dalam Kalangan Angkatan Tentera Malaysia
Pembangunan Karakter Kepimpinan Professional dalam Kalangan Angkatan Tentera Malaysia
Artikel ini menghuraikan idea mengenai kepimpinan dalam kalangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terdiri daripada Tentera Darat Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Ten...
Pengurusan Kepimpinan Keusahawanan Dalam Karya Terpilih Anwar Ridhwan
Pengurusan Kepimpinan Keusahawanan Dalam Karya Terpilih Anwar Ridhwan
Perkembangan terkini telah menunjukkan pengurusan kepimpinan Melayu dalam bidang keusahawanan dilihat mempunyai banyak cabaran dalam menempatkan diri terus releven dalam kalangan m...
KEPIMPINAN SUAMI: PENDEKATAN DAN IMPAK TERHADAP KEFUNGSIAN KELUARGA
KEPIMPINAN SUAMI: PENDEKATAN DAN IMPAK TERHADAP KEFUNGSIAN KELUARGA
Kepimpinan tidak hanya penting dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat tetapi dalam kehidupan berkeluarga. Kepimpinan yang baik sangat penting bagi memastikan institusi keluarg...
Hubungan Kecerdasan Intelektual Kecerdasan Emosional dan Kecerdasan Spiritual Terhadap Prestasi Belajar Fisika
Hubungan Kecerdasan Intelektual Kecerdasan Emosional dan Kecerdasan Spiritual Terhadap Prestasi Belajar Fisika
Penelitian ini merupakan penelitian jenis ex-post facto yang memiliki tiga variabel bebas dan satu variabel terikat. Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui (1) hubungan kecerdas...
Kepimpinan Moral: Falsafah dan Model Kepimpinan dari Perspektif Moral
Kepimpinan Moral: Falsafah dan Model Kepimpinan dari Perspektif Moral
Perbincangan tentang kebajikan (virtue) dan moraliti dalam kepimpinan sudah lama wujud dalam kalangan ahli falsafah dunia. Kepimpinan pula sudah diiktiraf sebagai satu “keperluan” ...
Pengaruh gaya kepimpinan pengurus projek ke atas prestasi kerja ahli-ahli pasukan projek dalam industri pembinaan di Selangor
Pengaruh gaya kepimpinan pengurus projek ke atas prestasi kerja ahli-ahli pasukan projek dalam industri pembinaan di Selangor
Kajian ini bertujuan untuk menguji pengaruh gaya kepimpinan pengurus projek ke atas prestasi kerja ahli-ahli pasukan projek dalam industri pembinaan di Selangor. Dalam kajian ini, ...
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN: GAYA KEPIMPINAN DAN KEPUASAN KERJA GURU
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN: GAYA KEPIMPINAN DAN KEPUASAN KERJA GURU
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan gaya kepimpinan terhadap kepuasan kerja dalam kalangan guru yang mengendalikan pembelajaran dalam talian semasa pandemik Covid-19. Gaya...

Back to Top