Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

GEOPOLITIK MELAKA DAN PILIHAN POLITIK PENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DUN MELAKA 2021

View through CrossRef
Politik Negeri Melaka terkenal sebagai kubu kuat BN sejak sebelum merdeka hingga PRU 2013. Namun pada PRU 2018, Melaka jatuh kepada parti pembangkang iaitu PH. 22 bulan selepas PH memerintah Melaka maka jatuh pula Kerajaan PH dan ditubuhkan Kerajaan BN+PN. Kemudian pada 4 Oktober 2021, empat orang ADUN kerajaan menarik sokongan mereka dan menyatakan sokongan untuk membentuk Kerajaan baharu yang diterajui PH. Namun pada 5 Oktober 2021, Yang Dipertua Negeri Melaka pula membubarkan DUN untuk diadakan satu pilihan raya baharu. Pilihan raya baharu tersebut diadakan dan akhirnya BN menang dengan majoriti dua pertiga. Keputusan pilihan raya tersebut menghasilkan pola pengundian yang menarik untuk dikaji hasil daripada keputusan politik pengundi Melaka. Justeru adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis geopolitik Melaka dan pilihan politik pengundi dalam PRU DUN Melaka 2021. Berdasarkan analisis data keputusan PRU DUN Melaka 2021, pemerhatian di lapangan dan analisis sumber sekunder, dapatan kajian menunjukkan bahawa kemenangan BN, kekalahan PH dan sokongan pengundi yang signifikan kepada PN dalam pilihan raya menghasilkan landskap politik yang menarik untuk dikaji. Pilihan raya tersebut menunjukkan bahawa peratus keluar mengundi jatuh berbanding PRU 2018 kerana wabak pandemik COVID-19, rakyat bosan dengan aktiviti politiking ahli politik yang tidak berkesudahan dan tiada manfaat bagi mereka untuk turun mengundi. Oleh itu, perubahan pola sokongan pengundi dan kejatuhan peratus keluar mengundi tersebut menunjukkan trend luar biasa yang menarik untuk dianalisis oleh pengkaji politik dan diambil pengajaran oleh pimpinan politik menuju pilihan raya umum akan datang.
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)
Title: GEOPOLITIK MELAKA DAN PILIHAN POLITIK PENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DUN MELAKA 2021
Description:
Politik Negeri Melaka terkenal sebagai kubu kuat BN sejak sebelum merdeka hingga PRU 2013.
Namun pada PRU 2018, Melaka jatuh kepada parti pembangkang iaitu PH.
22 bulan selepas PH memerintah Melaka maka jatuh pula Kerajaan PH dan ditubuhkan Kerajaan BN+PN.
Kemudian pada 4 Oktober 2021, empat orang ADUN kerajaan menarik sokongan mereka dan menyatakan sokongan untuk membentuk Kerajaan baharu yang diterajui PH.
Namun pada 5 Oktober 2021, Yang Dipertua Negeri Melaka pula membubarkan DUN untuk diadakan satu pilihan raya baharu.
Pilihan raya baharu tersebut diadakan dan akhirnya BN menang dengan majoriti dua pertiga.
Keputusan pilihan raya tersebut menghasilkan pola pengundian yang menarik untuk dikaji hasil daripada keputusan politik pengundi Melaka.
Justeru adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis geopolitik Melaka dan pilihan politik pengundi dalam PRU DUN Melaka 2021.
Berdasarkan analisis data keputusan PRU DUN Melaka 2021, pemerhatian di lapangan dan analisis sumber sekunder, dapatan kajian menunjukkan bahawa kemenangan BN, kekalahan PH dan sokongan pengundi yang signifikan kepada PN dalam pilihan raya menghasilkan landskap politik yang menarik untuk dikaji.
Pilihan raya tersebut menunjukkan bahawa peratus keluar mengundi jatuh berbanding PRU 2018 kerana wabak pandemik COVID-19, rakyat bosan dengan aktiviti politiking ahli politik yang tidak berkesudahan dan tiada manfaat bagi mereka untuk turun mengundi.
Oleh itu, perubahan pola sokongan pengundi dan kejatuhan peratus keluar mengundi tersebut menunjukkan trend luar biasa yang menarik untuk dianalisis oleh pengkaji politik dan diambil pengajaran oleh pimpinan politik menuju pilihan raya umum akan datang.

Related Results

Literasi Politik Pengundi di Parlimen Port Dickson, Negeri Sembilan
Literasi Politik Pengundi di Parlimen Port Dickson, Negeri Sembilan
Kajian ini bertujuan untuk menilai literasi politik pengundi di Parlimen Port Dickson, Negeri Sembilan, terutamanya semasa Pilihan Raya Umum ke-15. Literasi politik merujuk kepada ...
PRK Pasca PRN 2023: Status Quo Gelombang Hijau Di Kemaman
PRK Pasca PRN 2023: Status Quo Gelombang Hijau Di Kemaman
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kemaman dengan memberi tumpuan kepada kehadiran pengundi, peratusan undian, dan perbandingan keputusan...
Pengekalan Status Quo BN Dalam PRK DUN Mahkota, Johor
Pengekalan Status Quo BN Dalam PRK DUN Mahkota, Johor
Pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, 2023 memperlihatkan berlakunya 10 Pilihan Raya Kecil (PRK) dan yang terakhir adalah PRK DUN Mahkota yang diadakan pada 28 September 2024. PRK D...
UAS ILMU POLITIK DAN PENDIDIKAN IPS
UAS ILMU POLITIK DAN PENDIDIKAN IPS
Ilmu Politik dan Pendidikan IPS merupakan dua bidang studi yang penting dalam memahami dan mempengaruhi dinamika politik dan partisipasi warga negara dalam suatu masyarakat. Mata k...
PENGATURAN PARTAI POLITIK DI INDONESIA
PENGATURAN PARTAI POLITIK DI INDONESIA
Partai politik adalah organisasi yang bersifat nasional dan dibentuk oleh sekelompok warga Negara Indonesia secara sukarela atas dasar kesamaan kehendak dan cita-cita untuk memperj...
PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA KE-15: POLA SOKONGAN PENGUNDI BERDASARKAN FAKTOR KEWILAYAHAN
PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA KE-15: POLA SOKONGAN PENGUNDI BERDASARKAN FAKTOR KEWILAYAHAN
Pilihan Raya Umum Malaysia ke 15 (PRU-15) telah berlangsung pada 19 November 2022 dengan baik dan jayanya. PRU kali ini diadakan lebih awal setahun berbanding tempoh matang 5 tahun...
Pandangan Pengundi terhadap Slogan “Malaysia Madani” dalam Pilihan Raya Negeri 2023
Pandangan Pengundi terhadap Slogan “Malaysia Madani” dalam Pilihan Raya Negeri 2023
Setiap pemimpin yang memimpin negara kebiasaannya akan memperkenalkan slogan masing-masing untuk dijadikan sebagai satu kerangka pemikiran besar yang akan dijadikan template dalam ...
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature  Review Anna Tri Wahyuni1), Masfuri2),  Liya Arista3)1,2,3 Fakultas Ilmu Keperawatan Univers...

Back to Top