Javascript must be enabled to continue!
Politik Lama Versus Politik Baharu: Dinamika Politik Melayu dalam Pilihan Raya Negeri Johor 2022
View through CrossRef
Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang diadakan pada 12 Mac 2022 merupakan siri pilihan raya negeri yang keempat diadakan selepas PRN Sabah, Melaka dan Sarawak sejak berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 2018. Bagi negeri Johor, PRN 2022 menunjukkan perkembangan menarik dalam politik orang Melayu. Sebelum ini, neofeudalisme telah menjadi identiti politik negeri sejak sekian lama berdasarkan pertautan historikal-nilai sentimental antara negeri ini dengan parti UMNO. Nilai sentimental tersebut membolehkan UMNO-BN membentuk hegemoni politik Melayu dalam tempoh yang panjang sehingga negeri ini turut dilabel sebagai kawasan ‘simpanan tetap’ UMNO. Bagaimanapun, faktor semasa yang melatari PRN Johor 2022 kali ini – merangkumi dominasi isu ekonomi berpunca daripada COVID-19, dan krisis politik yang dihujahkan mengancam kestabilan politik – menjadi pemboleh ubah yang signifikan dalam menciptakan karaktor baharu bagi politik orang Melayu di Johor dan Malaysia pada umumnya. Kajian ini bertujuan menganalisis dinamika politik Melayu dalam PRN Johor 2022 melalui kesinambungan politik lama dengan politik baharu berdasarkan persaingan antara UMNO dengan parti Melayu alternatif seperti BERSATU/PN. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif (kajian kes) melalui data-data primer dan sekunder yang diperolehi daripada pemerhatian dan pengamatan umum dan di lapangan, temu bual, serta kajian kepustakaan. Hasil kajian menunjukkan kedinamikan dalam lokus politik Melayu telah ditonjolkan UMNO dan BERSATU melalui naratif politik baharu. Isu-isu progresif yang lebih sinonim dengan parti rentas-etnik Pakatan Harapan (PH) mula dibawakan oleh kedua-dua parti ini, seperti tadbir urus baik, pendemokrasian, integriti dan ketelusan. Begitu pun, kajian ini juga mendapati wujudnya naratif politik lama dalam kadar tertentu dengan hujahan demi mengimbangi segmen pengundi Melayu yang signifikan buat kedua-dua parti konservatif Melayu ini. Sepertimana biasa, elemen politik lama dalam bentuk naratif politik pembangunan dan neofeudal masih ditemukan. Kajian ini juga mendapati bahawa pertembungan UMNO dan BERSATU di kawasan majoriti Melayu menunjukkan wujudnya kedinamikan praktis politik lama yang dihujahkan mewujudkan ruang demokrasi kompetitif berbanding dominasi satu parti.
Title: Politik Lama Versus Politik Baharu: Dinamika Politik Melayu dalam Pilihan Raya Negeri Johor 2022
Description:
Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang diadakan pada 12 Mac 2022 merupakan siri pilihan raya negeri yang keempat diadakan selepas PRN Sabah, Melaka dan Sarawak sejak berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 2018.
Bagi negeri Johor, PRN 2022 menunjukkan perkembangan menarik dalam politik orang Melayu.
Sebelum ini, neofeudalisme telah menjadi identiti politik negeri sejak sekian lama berdasarkan pertautan historikal-nilai sentimental antara negeri ini dengan parti UMNO.
Nilai sentimental tersebut membolehkan UMNO-BN membentuk hegemoni politik Melayu dalam tempoh yang panjang sehingga negeri ini turut dilabel sebagai kawasan ‘simpanan tetap’ UMNO.
Bagaimanapun, faktor semasa yang melatari PRN Johor 2022 kali ini – merangkumi dominasi isu ekonomi berpunca daripada COVID-19, dan krisis politik yang dihujahkan mengancam kestabilan politik – menjadi pemboleh ubah yang signifikan dalam menciptakan karaktor baharu bagi politik orang Melayu di Johor dan Malaysia pada umumnya.
Kajian ini bertujuan menganalisis dinamika politik Melayu dalam PRN Johor 2022 melalui kesinambungan politik lama dengan politik baharu berdasarkan persaingan antara UMNO dengan parti Melayu alternatif seperti BERSATU/PN.
Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif (kajian kes) melalui data-data primer dan sekunder yang diperolehi daripada pemerhatian dan pengamatan umum dan di lapangan, temu bual, serta kajian kepustakaan.
Hasil kajian menunjukkan kedinamikan dalam lokus politik Melayu telah ditonjolkan UMNO dan BERSATU melalui naratif politik baharu.
Isu-isu progresif yang lebih sinonim dengan parti rentas-etnik Pakatan Harapan (PH) mula dibawakan oleh kedua-dua parti ini, seperti tadbir urus baik, pendemokrasian, integriti dan ketelusan.
Begitu pun, kajian ini juga mendapati wujudnya naratif politik lama dalam kadar tertentu dengan hujahan demi mengimbangi segmen pengundi Melayu yang signifikan buat kedua-dua parti konservatif Melayu ini.
Sepertimana biasa, elemen politik lama dalam bentuk naratif politik pembangunan dan neofeudal masih ditemukan.
Kajian ini juga mendapati bahawa pertembungan UMNO dan BERSATU di kawasan majoriti Melayu menunjukkan wujudnya kedinamikan praktis politik lama yang dihujahkan mewujudkan ruang demokrasi kompetitif berbanding dominasi satu parti.
Related Results
Perjuangan Wanita dalam Novel Surat-Surat Perempuan Johor
Perjuangan Wanita dalam Novel Surat-Surat Perempuan Johor
Novel berunsur sejarah berjudul Surat-Surat Perempuan Johor (2005) merupakan novel tentang sejarah negeri Johor yang ditulis oleh Faisal Tehrani dan memenangi tempat ketiga dalam S...
GEOPOLITIK MELAKA DAN PILIHAN POLITIK PENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DUN MELAKA 2021
GEOPOLITIK MELAKA DAN PILIHAN POLITIK PENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DUN MELAKA 2021
Politik Negeri Melaka terkenal sebagai kubu kuat BN sejak sebelum merdeka hingga PRU 2013. Namun pada PRU 2018, Melaka jatuh kepada parti pembangkang iaitu PH. 22 bulan selepas PH ...
Metodologi Pengeluaran Fatwa di Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor
Metodologi Pengeluaran Fatwa di Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor
In the discipline of Islamic law research, strong proofing and clear Istinbat method are key pillars in the construction of Islamic law based on the application of the science of u...
Pendidikan Melayu Dan Agama di Johor Bahru, 1857-1957
Pendidikan Melayu Dan Agama di Johor Bahru, 1857-1957
Sebelum kedatangan British, masyarakat Melayu di Johor mempunyai corak pendidikan tersendiri berdasarkan asas pendidikan Islam dan al-Quran. Institusi pendidikan tradisional ini di...
Persepsi Pelajar Melayu UNITEN berkaitan Kemahiran Menggunakan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu dan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu Beragama Islam
Persepsi Pelajar Melayu UNITEN berkaitan Kemahiran Menggunakan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu dan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu Beragama Islam
Sejarah perkembangan tulisan Jawi sangat berkait rapat dengan penyebaran agama Islam daripada orang Parsi ke Kepulauan Melayu (Nik Hassan & Wan Zana, 2015). Tulisan Jawi dalam ...
PERKEMBANGAN PERSATUAN MELAYU DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA
PERKEMBANGAN PERSATUAN MELAYU DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA
Kajian ini adalah mengenai perkembangan persatuan Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Tempoh antara tahun 1896, iaitu dengan penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) hingga t...
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan motivasi dalam kalangan etnik di luar bandar terhadap bahasa Melayu akan mempengaruhi penguasaan bahasa tersebut.walaupun bahasa Melayu telah digunakan secara meluas ole...
Konstruk Persempadanan Etnik dalam Pilihan raya: Kajian Kes Etnik Kadazandusun di Sabah
Konstruk Persempadanan Etnik dalam Pilihan raya: Kajian Kes Etnik Kadazandusun di Sabah
Persempadanan memainkan peranan penting dalam perkembangan dunia, tanpa mengira jenis sempadan yang ada, sama ada pilihan raya negeri atau negara. Artikel ini akan membincangkan te...

