Javascript must be enabled to continue!
Perjuangan Wanita dalam Novel Surat-Surat Perempuan Johor
View through CrossRef
Novel berunsur sejarah berjudul Surat-Surat Perempuan Johor (2005) merupakan novel tentang sejarah negeri Johor yang ditulis oleh Faisal Tehrani dan memenangi tempat ketiga dalam Sayembara Menulis Sejarah Johor. Novel ini memaparkan tentang peristiwa sejarah negeri Johor yang berlatarbelakangkan Majalah Ahkam Johor, proses pemodenan Johor oleh Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim, hubungan erat antara Johor dan Turki serta cita-cita untuk mengetepikan sekularisasi. Justeru, objektif kajian ini ialah mengkaji perjuangan wanita sebagai wakil golongan yang dijajah untuk menulis semula sejarah negeri Johor yang dikatakan telah dipalsukan oleh Inggeris. Bagi mencapai objektif ini, kaedah analisis tekstual digunakan untuk mengkaji novel Surat-Surat Perempuan Johor untuk meneliti sejarah negeri Johor yang telah dibenamkan oleh Inggeris pada masa pemerintahan Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim. Faisal Tehrani menerusi watak Ungku Nur menempelak Barat yang telah melenyapkan banyak peristiwa tentang sejarah Johor dengan menampilkan dan menulis semula sejarah negeri Johor. Penulisan semula sejarah ini merupakan satu cara golongan yang dijajah untuk bangkit menentang penjajah. Kajian mendapati, negeri Johor pernah melaksanakan pemerintahan Islam suatu ketika dahulu dan Majalah Akham Johor dijadikan panduan dalam pemerintahan. Namun, Inggeris telah mencampuri pemerintahan sultan pada masa itu dan dipaksa untuk menerima undang-undang sekular Inggeris. Sedikit demi sedikit pengaruh Inggeris telah mengambil tempat dalam pentadbiran Johor sehingga pemerintahan Islam yang pernah diamalkan di negeri Johor kurang diketahui oleh generasi pada masa kini.
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Title: Perjuangan Wanita dalam Novel Surat-Surat Perempuan Johor
Description:
Novel berunsur sejarah berjudul Surat-Surat Perempuan Johor (2005) merupakan novel tentang sejarah negeri Johor yang ditulis oleh Faisal Tehrani dan memenangi tempat ketiga dalam Sayembara Menulis Sejarah Johor.
Novel ini memaparkan tentang peristiwa sejarah negeri Johor yang berlatarbelakangkan Majalah Ahkam Johor, proses pemodenan Johor oleh Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim, hubungan erat antara Johor dan Turki serta cita-cita untuk mengetepikan sekularisasi.
Justeru, objektif kajian ini ialah mengkaji perjuangan wanita sebagai wakil golongan yang dijajah untuk menulis semula sejarah negeri Johor yang dikatakan telah dipalsukan oleh Inggeris.
Bagi mencapai objektif ini, kaedah analisis tekstual digunakan untuk mengkaji novel Surat-Surat Perempuan Johor untuk meneliti sejarah negeri Johor yang telah dibenamkan oleh Inggeris pada masa pemerintahan Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim.
Faisal Tehrani menerusi watak Ungku Nur menempelak Barat yang telah melenyapkan banyak peristiwa tentang sejarah Johor dengan menampilkan dan menulis semula sejarah negeri Johor.
Penulisan semula sejarah ini merupakan satu cara golongan yang dijajah untuk bangkit menentang penjajah.
Kajian mendapati, negeri Johor pernah melaksanakan pemerintahan Islam suatu ketika dahulu dan Majalah Akham Johor dijadikan panduan dalam pemerintahan.
Namun, Inggeris telah mencampuri pemerintahan sultan pada masa itu dan dipaksa untuk menerima undang-undang sekular Inggeris.
Sedikit demi sedikit pengaruh Inggeris telah mengambil tempat dalam pentadbiran Johor sehingga pemerintahan Islam yang pernah diamalkan di negeri Johor kurang diketahui oleh generasi pada masa kini.
Related Results
Metodologi Pengeluaran Fatwa di Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor
Metodologi Pengeluaran Fatwa di Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor
In the discipline of Islamic law research, strong proofing and clear Istinbat method are key pillars in the construction of Islamic law based on the application of the science of u...
SISTEM INFORMASI PENDATAAN SURAT PADA INSTANSI PEMERINTAHAN
SISTEM INFORMASI PENDATAAN SURAT PADA INSTANSI PEMERINTAHAN
Sebuah instansi membutuhkan sistem informasi yang dapat membantu dalam pengelolaan surat. Pengelolaan surat di instansi yang menggunakan manual sering terjadi kesalahan dalam penyi...
Perjuangan Perempuan dalam Novel Sehidup Sesurga Denganmu Karya Asma Nadia
Perjuangan Perempuan dalam Novel Sehidup Sesurga Denganmu Karya Asma Nadia
Tujuan penelitian ini untuk mendeskripsikan perjuangan perempuan dalam novel Sehidup Sesurga Denganmu karya Asma Nadia.Jenis penelitian ini adalah penelitian kepustakaan dengan men...
KETERWAKILAN PEREMPUAN DALAM PARTAI POLITIK PERSPEKTIF SIYASAH SYAR’IYYAH
KETERWAKILAN PEREMPUAN DALAM PARTAI POLITIK PERSPEKTIF SIYASAH SYAR’IYYAH
Peran perempuan Indonesia saat ini dapat digambarkan sebagai manusia yang hidup dalam situasi dramatis. Disatu sisi perempuan Indonesia dituntut untuk berperan dalam semua sektor, ...
Web Based Incoming and Outgoing Mail Management Information System with CodeIgniter Framework
Web Based Incoming and Outgoing Mail Management Information System with CodeIgniter Framework
Kecamatan Rancaekek masih menggunakan surat sebagai sarana berkomunikasi baik kepada masyarakat maupun instansi lainnya. Dalam setiap hari banyak surat masuk dan surat keluar yang ...
KONTRUKSI KECANTIKAN WANITA INDONESIA PADA MEDIA MASSA
KONTRUKSI KECANTIKAN WANITA INDONESIA PADA MEDIA MASSA
Konsep kecantikan bagi wanita Indonesia mengalami perubahan dari masa ke masa. Hal ini terlihat dari gambaran-gambaran wanita ideal yang muncul di media, baik itu media massa berbe...
Pendidikan Melayu Dan Agama di Johor Bahru, 1857-1957
Pendidikan Melayu Dan Agama di Johor Bahru, 1857-1957
Sebelum kedatangan British, masyarakat Melayu di Johor mempunyai corak pendidikan tersendiri berdasarkan asas pendidikan Islam dan al-Quran. Institusi pendidikan tradisional ini di...
MITOS TOKOH PEREMPUAN LAKON ABDULMULUK JAUHARI TEATER DULMULUK TUNAS HARAPAN
MITOS TOKOH PEREMPUAN LAKON ABDULMULUK JAUHARI TEATER DULMULUK TUNAS HARAPAN
<p>Penelitian berjudul “Mitos Tokoh Perempuan Lakon Abdulmuluk Jauhari Teater Dulmuluk Tunas Harapan” ini menganalisis tentang tokoh perempuan yang dimainkan oleh aktor laki-...

