Javascript must be enabled to continue!
Konstruk Persempadanan Etnik dalam Pilihan raya: Kajian Kes Etnik Kadazandusun di Sabah
View through CrossRef
Persempadanan memainkan peranan penting dalam perkembangan dunia, tanpa mengira jenis sempadan yang ada, sama ada pilihan raya negeri atau negara. Artikel ini akan membincangkan tentang konstruk persempadanan pilihan raya yang memfokuskan kepada persempadanan etnik mengikut pembahagian kawasan pilihan raya. Kajian telah dilakukan di negeri Sabah dengan membandingkan dua persempadanan pilihan raya yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) iaitu pada tahun 1994 dan 2004. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk melihat kedudukan kerusi atau sempadan pilihan raya, sama ada dilakukan berdasarkan kumpulan etnik atau sebaliknya. Data yang diguna pakai dalam kajian ini bersifat sekunder, iaitu data persempadanan pilihan raya yang dikeluarkan pada tahun 1994 dan 2004, data penduduk Sabah keseluruhannya berdasarkan daerah pentadbiran dan kumpulan etnik tahun 1990 dan 2000. Data-data yang digunakan dalam kajian adalah daripada SPR, Jabatan Perangkaan dan Laporan Rancangan Malaysia ke-8. Kajian telah menggunakan aplikasi GIS (Sistem Maklumat Geografi) sebagai alat bantu dalam penganalisisan data ruangan yang berkaitan. Pertambahan penduduk merupakan indikator jelas menyebabkan pertambahan kerusi pilihan raya secara keseluruhannya. Dapatan kajian yang dilakukan menunjukkan secara jelas bahawa etnik memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sempadan yang dilakukan biarpun tidak dinyatakan secara jelas. Kertas kerja ini memberi fokus kepada etnik majoriti di negeri Sabah, iaitu etnik Kadazandusun dalam persempadanan etnik di negeri ini. Jelas melalui kajian ini, penerapan konsep racial gerrymandering iaitu memberi kelebihan kepada sesuatu etnik bagi konstruk persempadanan telah diaplikasikan di Malaysia.
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Title: Konstruk Persempadanan Etnik dalam Pilihan raya: Kajian Kes Etnik Kadazandusun di Sabah
Description:
Persempadanan memainkan peranan penting dalam perkembangan dunia, tanpa mengira jenis sempadan yang ada, sama ada pilihan raya negeri atau negara.
Artikel ini akan membincangkan tentang konstruk persempadanan pilihan raya yang memfokuskan kepada persempadanan etnik mengikut pembahagian kawasan pilihan raya.
Kajian telah dilakukan di negeri Sabah dengan membandingkan dua persempadanan pilihan raya yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) iaitu pada tahun 1994 dan 2004.
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk melihat kedudukan kerusi atau sempadan pilihan raya, sama ada dilakukan berdasarkan kumpulan etnik atau sebaliknya.
Data yang diguna pakai dalam kajian ini bersifat sekunder, iaitu data persempadanan pilihan raya yang dikeluarkan pada tahun 1994 dan 2004, data penduduk Sabah keseluruhannya berdasarkan daerah pentadbiran dan kumpulan etnik tahun 1990 dan 2000.
Data-data yang digunakan dalam kajian adalah daripada SPR, Jabatan Perangkaan dan Laporan Rancangan Malaysia ke-8.
Kajian telah menggunakan aplikasi GIS (Sistem Maklumat Geografi) sebagai alat bantu dalam penganalisisan data ruangan yang berkaitan.
Pertambahan penduduk merupakan indikator jelas menyebabkan pertambahan kerusi pilihan raya secara keseluruhannya.
Dapatan kajian yang dilakukan menunjukkan secara jelas bahawa etnik memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sempadan yang dilakukan biarpun tidak dinyatakan secara jelas.
Kertas kerja ini memberi fokus kepada etnik majoriti di negeri Sabah, iaitu etnik Kadazandusun dalam persempadanan etnik di negeri ini.
Jelas melalui kajian ini, penerapan konsep racial gerrymandering iaitu memberi kelebihan kepada sesuatu etnik bagi konstruk persempadanan telah diaplikasikan di Malaysia.
Related Results
EVALUASI PENERIMAAN PENGGUNA JOGJABELAJAR.ORG DENGAN PENDEKATAN TAM DI KULON PROGO
EVALUASI PENERIMAAN PENGGUNA JOGJABELAJAR.ORG DENGAN PENDEKATAN TAM DI KULON PROGO
ABSTRAKTechnology Acceptance Model (TAM) dan Theory of Planned Behavior (TPB) merupakan teori penerimaan teknologi yang digunakan dalam penelitian ini. Terdapat enam konstruk yang ...
KOMUNIKASI DAN PERSEPSI HUBUNGAN ETNIK DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
KOMUNIKASI DAN PERSEPSI HUBUNGAN ETNIK DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
ABSTRAK Berasaskan Teori Contact Hypothesis, tinjauan ini dijalankan dengan objektif berikut: (1) mengenalpasti persepsi terhadap iklim hubungan etnik dan pola komunikasi merentas...
Warisan Budaya Etnik Bajau Samah di Kota Belud, Sabah
Warisan Budaya Etnik Bajau Samah di Kota Belud, Sabah
Sabah terkenal dengan kepelbagaian etnik dalam kalangan masyaraka yang terdiri daripada Kadazandusun, Bajau, Bugis, Iranum, Brunei, Bonggi dan beberapa etnik lagi. Adanya kepelbaga...
INTERPRETASI CATAN ‘GUNUNG KINABALU MENANGIS’ OLEH BARON KAMPIAU SEBATING
INTERPRETASI CATAN ‘GUNUNG KINABALU MENANGIS’ OLEH BARON KAMPIAU SEBATING
Imej Gunung Kinabalu adalah hal benda yang paling digemari oleh pelukis-pelukis Sabah. Kecenderungan ini telah berlaku sekian lama iaitu sejak tahun 1960-an ramai pelukis tempatan ...
RITUAL PERUBATAN TRADISIONAL ETNIK BAJAU DI SABAH: ANALISIS DARI PERSPEKTIF HUKUM ISLAM
RITUAL PERUBATAN TRADISIONAL ETNIK BAJAU DI SABAH: ANALISIS DARI PERSPEKTIF HUKUM ISLAM
Masyarakat Bajau merupakan salah satu etnik yang terbesar di Sabah. Majoritinya adalah beragama Islam. Mereka boleh diklasifikasikan kepada dua kelompok, iaitu etnik Bajau dari pan...
Persepsi Kumpulan Multietnik di Sabah terhadap Etnik Diri
Persepsi Kumpulan Multietnik di Sabah terhadap Etnik Diri
Malaysia merupakan sebuah negara berpluraliti tinggi yang terkenal dengan keunikan budaya dan kepelbagaian etnik khususnya di Sabah dan Sarawak. Kemajmukan negara ini telah lama wu...
TUGU NUNUK RAGANG, RANAU: SIMBOL BUDAYA DAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT DUSUN
TUGU NUNUK RAGANG, RANAU: SIMBOL BUDAYA DAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT DUSUN
Nunuk Ragang merupakan salah satu tugu penting bagi masyarakat Kadazandusun. Tugu ini menjadi simbolik dan warisan kebudayaan yang penting dalam menjelaskan asal usul masyarakat Ka...
Conceptualizing the Language and Cultural Ideologies of the Kadazandusun in Sabah, Malaysian Borneo
Conceptualizing the Language and Cultural Ideologies of the Kadazandusun in Sabah, Malaysian Borneo
The Kadazandusun ethnic grouping in Sabah, Malaysia, a political network of at least 40 cultural groups with Bornean roots and animistic traditions, continues to grapple with ident...

