Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Istilah Diplomatik dalam Korpus Parlimen Malaysian Hansard Corpus (MHC)

View through CrossRef
Istilah diplomatik yang digunakan dalam Parlimen merujuk kepada penggunaan bahasa dan ungkapan yang berkaitan dengan dasar luar negara, hubungan antarabangsa, dan kerjasama diplomatik antara negara. Objektif kajian ingin mengkaji istilah politik yang terdapat dalam Korpus Parlimen Malaysian Hansard Corpus (MHC) yang bertarikh 25 Februari 2026, khususnya berkaitan dengan Usul Menteri di bawah Perkara 27(3) mengenai Laporan Ketua Audit Negara. Korpus Parlimen (Malaysian Hansard Corpus-MHC) merangkumi dokumen dari tahun 1959 hingga tahun 2026 dan mengandungi 167,513,039 token. Namun, kajian ini ganya memfokuskan 1 buah fail imbasan (30 daripada 184 halaman) bagi mendapatkan taburan data secara rawak berkaitan istilah-istilah politik. Kajian ini menganalisis istilah politik dalam Korpus Parlimen Malaysian Hansard Corpus (MHC) bertarikh 25 Februari 2026, berkaitan Usul Menteri di bawah Perkara 27(3) mengenai Laporan Ketua Audit Negara. Melalui analisis terhadap istilah-istilah seperti "undang-undang", "libat urus", "tarif", "perintah eksekutif", dan "Kongres" berdasarkan Pendekatan Struktur Semantik (Ferdinand de Saussure, 1916), kajian ini menunjukkan bagaimana makna literal dan kontekstual tidak hanya berperanan untuk memberikan kefahaman tentang definisi istilah secara langsung tetapi juga memainkan peranan yang lebih besar dalam menyusun dan memperjelas perbincangan politik, diplomatik, dan ekonomi yang berlangsung di Dewan Rakyat. Istilah-istilah ini digunakan untuk membentuk naratif dan keputusan yang bukan sahaja penting bagi keberkesanan dasar negara, tetapi juga memberi impak terhadap hubungan antarabangsa serta strategi ekonomi negara. Implikasi daripada kajian ini ialah pemahaman yang mendalam mengenai makna istilah dalam perbincangan politik dapat memperkukuhkan proses pembuatan keputusan, seterusnya menghasilkan dasar luar negara yang lebih berkesan, memperbaiki hubungan antarabangsa, serta menyokong kestabilan ekonomi negara.
Title: Istilah Diplomatik dalam Korpus Parlimen Malaysian Hansard Corpus (MHC)
Description:
Istilah diplomatik yang digunakan dalam Parlimen merujuk kepada penggunaan bahasa dan ungkapan yang berkaitan dengan dasar luar negara, hubungan antarabangsa, dan kerjasama diplomatik antara negara.
Objektif kajian ingin mengkaji istilah politik yang terdapat dalam Korpus Parlimen Malaysian Hansard Corpus (MHC) yang bertarikh 25 Februari 2026, khususnya berkaitan dengan Usul Menteri di bawah Perkara 27(3) mengenai Laporan Ketua Audit Negara.
Korpus Parlimen (Malaysian Hansard Corpus-MHC) merangkumi dokumen dari tahun 1959 hingga tahun 2026 dan mengandungi 167,513,039 token.
Namun, kajian ini ganya memfokuskan 1 buah fail imbasan (30 daripada 184 halaman) bagi mendapatkan taburan data secara rawak berkaitan istilah-istilah politik.
Kajian ini menganalisis istilah politik dalam Korpus Parlimen Malaysian Hansard Corpus (MHC) bertarikh 25 Februari 2026, berkaitan Usul Menteri di bawah Perkara 27(3) mengenai Laporan Ketua Audit Negara.
Melalui analisis terhadap istilah-istilah seperti "undang-undang", "libat urus", "tarif", "perintah eksekutif", dan "Kongres" berdasarkan Pendekatan Struktur Semantik (Ferdinand de Saussure, 1916), kajian ini menunjukkan bagaimana makna literal dan kontekstual tidak hanya berperanan untuk memberikan kefahaman tentang definisi istilah secara langsung tetapi juga memainkan peranan yang lebih besar dalam menyusun dan memperjelas perbincangan politik, diplomatik, dan ekonomi yang berlangsung di Dewan Rakyat.
Istilah-istilah ini digunakan untuk membentuk naratif dan keputusan yang bukan sahaja penting bagi keberkesanan dasar negara, tetapi juga memberi impak terhadap hubungan antarabangsa serta strategi ekonomi negara.
Implikasi daripada kajian ini ialah pemahaman yang mendalam mengenai makna istilah dalam perbincangan politik dapat memperkukuhkan proses pembuatan keputusan, seterusnya menghasilkan dasar luar negara yang lebih berkesan, memperbaiki hubungan antarabangsa, serta menyokong kestabilan ekonomi negara.

Related Results

Kajian Penerjemahan Berbasis Korpus
Kajian Penerjemahan Berbasis Korpus
Kehadiran linguistik korpus telah memberikan dampak yang signifikan terhadap berbagai penelitian yang mengkaji bahasa, tak terkecuali kajian penerjemahan. Dampak dari linguistik ko...
Penyusunan Model Korpus Al-Qur’an Digital
Penyusunan Model Korpus Al-Qur’an Digital
<p><em>Abstrak – </em><strong>Penelitian ini bertujuan menyusun sebuah model file korpus Al-Qur'an digital yang dapat digunakan sebagai bahan data primer ba...
Effects of low-level α-myosin heavy chain expression on contractile kinetics in porcine myocardium
Effects of low-level α-myosin heavy chain expression on contractile kinetics in porcine myocardium
Myosin heavy chain (MHC) isoforms are principal determinants of work capacity in mammalian ventricular myocardium. The ventricles of large mammals including humans normally express...
Onomatope dalam Istilah-istilah Gamelan Jawa
Onomatope dalam Istilah-istilah Gamelan Jawa
Onomatopoeia in Javanese is attached to the Javanese musical art activity called gamelan or Karawitan. Just as music is related to sounds, there are various gamelan terms which are...
Pemberian Suaka Diplomatik Berkaitan Dengan Hak Asasi Manusia Dalam Perspektif Hukum Internasional
Pemberian Suaka Diplomatik Berkaitan Dengan Hak Asasi Manusia Dalam Perspektif Hukum Internasional
Pemberian suaka diplomatik masih menjadi perdebatan, apakah memang benar merupakan kebutuhan manusia yang berlandaskan perikemanusiaan dalam perspektif hukum internasional. Permasa...

Back to Top