Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Faktor Kelestarian Perniagaan Runcit dan Kaitannya dengan Budaya Niaga

View through CrossRef
Budaya niaga dalam kalangan peniaga runcit kecil merupakan aspek penting dalam menentukan kelestarian perniagaan. Isu utama dalam kajian budaya niaga dan kelestarian perniagaan ialah kekurangan kajian empirikal yang mengaitkan nilai dan amalan budaya dengan daya tahan peniaga kecil dalam konteks ekonomi tempatan. Objektif kajian ini adalah mengkaji faktor-faktor budaya niaga yang mempengaruhi kejayaan peniaga di kawasan kajian, menganalisis budaya niaga sebagai elemen penentu kepada kejayaan mereka dalam perniagaan dan menganalisis faktor penentu kejayaan peniaga-peniaga di kawasan kajian. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan dan pengumpulan data dilakukan melalui soal selidik menggunakan skala Likert. Data dianalisis menggunakan program Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 27. Hasil kajian mendapati bahawa faktor sikap dan nilai merupakan faktor yang paling mempengaruhi kejayaan peniaga runcit yang merangkumi nilai kejujuran dan keramahan dalam membina hubungan baik dengan pelanggan. Keupayaan mereka untuk meningkatkan kesetiaan dan kepercayaan pelanggan juga penting untuk kelangsungan perniagaan. Selain itu, dapatan kajian juga mendapati bahawa kaedah penentu kejayaan menjadi faktor penentu kepada kejayaan peniaga runcit di kawasan kajian kerana kaedah atau strategi yang digunakan dalam menguruskan perniagaan dapat memberikan kesan yang signifikan terhadap prestasi dan keberhasilan peniaga. Keadaan ini menjelaskan bahawa kaedah yang berkesan dapat membantu meningkatkan produktiviti, kecekapan operasi, serta meningkatkan daya saing dalam pasaran. Implikasi kajian ini mendapati bahawa perniagaan runcit perlu diberi penekanan kerana ia juga merupakan penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi mikro dan kelestarian jaringan perniagaan tempatan.
Title: Faktor Kelestarian Perniagaan Runcit dan Kaitannya dengan Budaya Niaga
Description:
Budaya niaga dalam kalangan peniaga runcit kecil merupakan aspek penting dalam menentukan kelestarian perniagaan.
Isu utama dalam kajian budaya niaga dan kelestarian perniagaan ialah kekurangan kajian empirikal yang mengaitkan nilai dan amalan budaya dengan daya tahan peniaga kecil dalam konteks ekonomi tempatan.
Objektif kajian ini adalah mengkaji faktor-faktor budaya niaga yang mempengaruhi kejayaan peniaga di kawasan kajian, menganalisis budaya niaga sebagai elemen penentu kepada kejayaan mereka dalam perniagaan dan menganalisis faktor penentu kejayaan peniaga-peniaga di kawasan kajian.
Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan dan pengumpulan data dilakukan melalui soal selidik menggunakan skala Likert.
Data dianalisis menggunakan program Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 27.
Hasil kajian mendapati bahawa faktor sikap dan nilai merupakan faktor yang paling mempengaruhi kejayaan peniaga runcit yang merangkumi nilai kejujuran dan keramahan dalam membina hubungan baik dengan pelanggan.
Keupayaan mereka untuk meningkatkan kesetiaan dan kepercayaan pelanggan juga penting untuk kelangsungan perniagaan.
Selain itu, dapatan kajian juga mendapati bahawa kaedah penentu kejayaan menjadi faktor penentu kepada kejayaan peniaga runcit di kawasan kajian kerana kaedah atau strategi yang digunakan dalam menguruskan perniagaan dapat memberikan kesan yang signifikan terhadap prestasi dan keberhasilan peniaga.
Keadaan ini menjelaskan bahawa kaedah yang berkesan dapat membantu meningkatkan produktiviti, kecekapan operasi, serta meningkatkan daya saing dalam pasaran.
Implikasi kajian ini mendapati bahawa perniagaan runcit perlu diberi penekanan kerana ia juga merupakan penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi mikro dan kelestarian jaringan perniagaan tempatan.

Related Results

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature  Review Anna Tri Wahyuni1), Masfuri2),  Liya Arista3)1,2,3 Fakultas Ilmu Keperawatan Univers...
KECEMASAN SAAT PANDEMI COVID 19: LITERATUR REVIEW Hardiyati, Efri Widianti, Taty Hernawaty Departemen Keperawatan Jiwa Poltekkes Kemenkes Mamuju Sulbar, Universitas Pad...
SINERGI KOMPREHENSIF AKIDAH, SYARIAH DAN AKHLAK SEBAGAI PEMANGKIN KERANGKA PERNIAGAAN ISLAM
SINERGI KOMPREHENSIF AKIDAH, SYARIAH DAN AKHLAK SEBAGAI PEMANGKIN KERANGKA PERNIAGAAN ISLAM
Prestasi perniagaan yang kompeten disokong oleh kerangka perniagaan yang komprehensif. Sejarah membuktikan bahawa model perniagaan Islam yang diterapkan oleh Rasulullah SAW dan par...
CABARAN DAN PERMASALAHAN MENGURUSKAN PERNIAGAAN KETIKA COVID 19: KES PENGUSAHA MADU KELULUT DI SIK KEDAH
CABARAN DAN PERMASALAHAN MENGURUSKAN PERNIAGAAN KETIKA COVID 19: KES PENGUSAHA MADU KELULUT DI SIK KEDAH
Usahawan sering berhadapan dengan cabaran dan rintangan dalam menguruskan perniagaan. Maka, usahawan harus merancang, mengurus, mengelola dan melaksanakan strategi perniagaan denga...
Pengaruh Penempatan Kerja dan Kompensasi Terhadap Kinerja Karyawan di PT Citra Mitra Niaga
Pengaruh Penempatan Kerja dan Kompensasi Terhadap Kinerja Karyawan di PT Citra Mitra Niaga
Abstract. This study aims 1) to determine the effect of job placement on employee performance at PT Citra Mitra Niaga, 2) to determine the effect of compensation on employee perfor...
Faktor Pendorong dan Kejayaan Usahawan Wanita di Kelantan
Faktor Pendorong dan Kejayaan Usahawan Wanita di Kelantan
Penglibatan wanita dalam bidang perniagaan semakin bertambah dan berkembang. Hal ini memberi kesan positif kepada ekonomi negara. Malah, kejayaan wanita telah membuka mata banyak p...
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAFTAR PUSTAKAAditama, M. H. R., & Selfiardy, S. (2022). Kehidupan Mahasiswa Kuliah Sambil Bekerja di Masa Pandemi Covid-19. Kidspedia: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(...

Back to Top