Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

CABARAN DAN PERMASALAHAN MENGURUSKAN PERNIAGAAN KETIKA COVID 19: KES PENGUSAHA MADU KELULUT DI SIK KEDAH

View through CrossRef
Usahawan sering berhadapan dengan cabaran dan rintangan dalam menguruskan perniagaan. Maka, usahawan harus merancang, mengurus, mengelola dan melaksanakan strategi perniagaan dengan efisyen, cekap dan berkesan. Ketika pandemik Covid-19 melanda dunia, Malaysia juga turut terkesan dengan wabak ini sehingga berlakunya krisis ekonomi yang mencabar. Bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pula, keadaan pandemik ini sudah pasti memberi cabaran utama terhadap aliran pendapatan perniagaan kerana operasi perniagaan terpaksa dihentikan sepanjang tempoh Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam membendung wabak ini. Kertas kerja ini membincangkan cabaran dan permasalahan yang dihadapi oleh usahawan ketika tempoh PKP yang dilaksanakan oleh kerajaan. Kaedah pengumpulan data secara kualitatif telah dilakukan melalui temubual secara atas talian dan bersemuka terhadap sepuluh (10) usahawan kecil yang menjalankan perniagaan madu kelulut di Daerah Sik, Kedah. Seterusnya, penyelidik juga telah memperolehi maklumat berkaitan usahawan tentang cabaran yang dihadapi melalui temubual bersemuka. Hasil dapatan mendapati usahawan kecil menyatakan tempoh pandemik Covid-19 memberi impak negatif terhadap jualan dan aliran pendapatan usahawan PKS. Terdapat lima permasalahan dan cabaran utama yang dihadapi usahawan kecil ketika pandemik Covid-19. Cabaran dan permasalahan tersebut dikategorikan kepada lima klasifikasi utama iaitu masalah pemasaran, masalah pengurusan, masalah pengeluaran, masalah produk dan masalah kewangan. Justeru, usahawan PKS haruslah bijak menangani dan menguruskan perniagaan ketika wabak pandemik daripada segala aspek perniagaan demi kelestarian perniagaan usahawan kecil di Malaysia. 
Title: CABARAN DAN PERMASALAHAN MENGURUSKAN PERNIAGAAN KETIKA COVID 19: KES PENGUSAHA MADU KELULUT DI SIK KEDAH
Description:
Usahawan sering berhadapan dengan cabaran dan rintangan dalam menguruskan perniagaan.
Maka, usahawan harus merancang, mengurus, mengelola dan melaksanakan strategi perniagaan dengan efisyen, cekap dan berkesan.
Ketika pandemik Covid-19 melanda dunia, Malaysia juga turut terkesan dengan wabak ini sehingga berlakunya krisis ekonomi yang mencabar.
Bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pula, keadaan pandemik ini sudah pasti memberi cabaran utama terhadap aliran pendapatan perniagaan kerana operasi perniagaan terpaksa dihentikan sepanjang tempoh Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam membendung wabak ini.
Kertas kerja ini membincangkan cabaran dan permasalahan yang dihadapi oleh usahawan ketika tempoh PKP yang dilaksanakan oleh kerajaan.
Kaedah pengumpulan data secara kualitatif telah dilakukan melalui temubual secara atas talian dan bersemuka terhadap sepuluh (10) usahawan kecil yang menjalankan perniagaan madu kelulut di Daerah Sik, Kedah.
Seterusnya, penyelidik juga telah memperolehi maklumat berkaitan usahawan tentang cabaran yang dihadapi melalui temubual bersemuka.
Hasil dapatan mendapati usahawan kecil menyatakan tempoh pandemik Covid-19 memberi impak negatif terhadap jualan dan aliran pendapatan usahawan PKS.
Terdapat lima permasalahan dan cabaran utama yang dihadapi usahawan kecil ketika pandemik Covid-19.
Cabaran dan permasalahan tersebut dikategorikan kepada lima klasifikasi utama iaitu masalah pemasaran, masalah pengurusan, masalah pengeluaran, masalah produk dan masalah kewangan.
Justeru, usahawan PKS haruslah bijak menangani dan menguruskan perniagaan ketika wabak pandemik daripada segala aspek perniagaan demi kelestarian perniagaan usahawan kecil di Malaysia.
 .

Related Results

KECEMASAN SAAT PANDEMI COVID 19: LITERATUR REVIEW Hardiyati, Efri Widianti, Taty Hernawaty Departemen Keperawatan Jiwa Poltekkes Kemenkes Mamuju Sulbar, Universitas Pad...
Penglibatan Orang Cina dalam Perniagaan Candu di Kedah (1907–1934): Satu Analisis Interim
Penglibatan Orang Cina dalam Perniagaan Candu di Kedah (1907–1934): Satu Analisis Interim
Opium became a commodity brought into Malaya on a large scale by the Chinese beginning in the early 18th century. The high demand for opium, especially in Kedah, allowed the opium ...
EFEKTIVITAS JENIS-JENIS MADU (MADU HUTAN, MADU KELULUT DAN MADU TERNAK) TERHADAP KADAR GULA DARAH”
EFEKTIVITAS JENIS-JENIS MADU (MADU HUTAN, MADU KELULUT DAN MADU TERNAK) TERHADAP KADAR GULA DARAH”
Background: Diabetes Militus is a group of metabolic diseases characterized by hyperglycemia or an increase in blood sugar that occurs due to abnormal insulin secretion. Diabetes M...
PENGARUH KOMUNIS DI DAERAH SIK DAN BALING, KEDAH, 1948-1989
PENGARUH KOMUNIS DI DAERAH SIK DAN BALING, KEDAH, 1948-1989
Proklamasi Darurat di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 menyaksikan gerakan Komunis, di bawah Parti Komunis Malaya (PKM), menjalankan operasi bersenjata dan aktiviti subvers...
Pelatihan Budidaya Lebah Kelulut (Heterotrigona itama) Bagi DKM Masjid Ash-Shiddiq Rumbai Pekanbaru
Pelatihan Budidaya Lebah Kelulut (Heterotrigona itama) Bagi DKM Masjid Ash-Shiddiq Rumbai Pekanbaru
Abstract Breeding the kelulut honey bee (Heterotrigona itama) is relatively easy, not difficult to breed and care for, and produces quite a lot of honey. Breeding kelulut can be d...
SINERGI KOMPREHENSIF AKIDAH, SYARIAH DAN AKHLAK SEBAGAI PEMANGKIN KERANGKA PERNIAGAAN ISLAM
SINERGI KOMPREHENSIF AKIDAH, SYARIAH DAN AKHLAK SEBAGAI PEMANGKIN KERANGKA PERNIAGAAN ISLAM
Prestasi perniagaan yang kompeten disokong oleh kerangka perniagaan yang komprehensif. Sejarah membuktikan bahawa model perniagaan Islam yang diterapkan oleh Rasulullah SAW dan par...
Rancang bangun alat pemanen madu lebah tanpa sengat (Trigonasp.)
Rancang bangun alat pemanen madu lebah tanpa sengat (Trigonasp.)
Madu merupakan salah satu sumber daya alam yang berasal dari hewan lebah dan memiliki berbagai manfaat bagi manusia. Di Indonesia, lebah penghasil madu yang sering dibudidayakan ad...

Back to Top