Javascript must be enabled to continue!
HAK MENJALANKAN PERNIAGAAN DAN KAWALAN DALAM PERNIAGAAN FRANCAIS DI MALAYSIA
View through CrossRef
Perniagaan francais melibatkan pemberian hak oleh francaisor kepada francaisi untuk menduplikasi keseluruhan sistem perniagaan francaisor dengan bayaran yuran tertentu. Risiko untuk gagal dalam perniagaan adalah rendah memandangkan perniagaan ini sudah terbukti berjaya dan sentiasa dipantau oleh francaisor. Memandangkan francaisi menduplikasi sistem perniagaan francaisor, francaisor mestilah memberikan hak kepada francaisi untuk menjalankan perniagaan termasuk penggunaan harta inteleknya. Francaisor juga berhak mengawal perniagaan bagi menjaga kualiti dan keseragaman produk atau perkhidmatan. Namun, sejauhmanakah kedua-dua hak ini dilaksanakan? Oleh itu, objektif artikel ini ialah untuk membincangkan tentang hak untuk menjalankan perniagaan dan kawalan dalam perniagaan francais di Malaysia disamping membuat sedikit perbincangan dari sudut pandangan Islam. Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan pendekatan kajian undang- undang yang disokong oleh temubual dengan menggunakan data primer dan data sekunder. Data primer diperoleh melalui dokumen perundangan iaitu akta, kes dan juga melalui temubual manakala data sekunder diperolehi melalui buku dan jurnal daripada Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia. Data primer daripada dokumen undang-undang dan data sekunder dianalisis menggunakan kaedah analitikal dan kritikal manakala data primer daripada temubual dianalisis menggunakan kaedah tematik. Kajian ini dapat memberi manfaat sebagai sumber rujukan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Persatuan Francais Malaysia, francaisor, francaisi, peguam, tenaga akademik dan juga pelajar undang-undang secara amnya. Dapatan kajian daripada analisis ke atas dokumen perundangan menunjukkan kedua-dua hak ini dinyatakan dengan jelas di dalam Akta Francais 1998. Malah ia merupakan komponen utama dalam definisi francais di bawah seksyen 4. Dapatan daripada temubual dengan kesemua informan yang terdiri daripada francaisor menunjukkan mereka mematuhi kehendak berkenaan pemberian hak menjalankan perniagaan termasuk penggunaan harta intelek dan juga elemen kawalan ke atas perniagaan francais oleh francaisor. Secara tidak langsung, mereka mematuhi kehendak di bawah Akta Francais 1998. Sebagai kesimpulannya, hak untuk menjalankan perniagaan dan kawalan mesti dimasukkan di dalam perjanjian bagi menjaga kepentingan kedua-dua pihak yang berkontrak
UUM Press, Universiti Utara Malaysia
Title: HAK MENJALANKAN PERNIAGAAN DAN KAWALAN DALAM PERNIAGAAN FRANCAIS DI MALAYSIA
Description:
Perniagaan francais melibatkan pemberian hak oleh francaisor kepada francaisi untuk menduplikasi keseluruhan sistem perniagaan francaisor dengan bayaran yuran tertentu.
Risiko untuk gagal dalam perniagaan adalah rendah memandangkan perniagaan ini sudah terbukti berjaya dan sentiasa dipantau oleh francaisor.
Memandangkan francaisi menduplikasi sistem perniagaan francaisor, francaisor mestilah memberikan hak kepada francaisi untuk menjalankan perniagaan termasuk penggunaan harta inteleknya.
Francaisor juga berhak mengawal perniagaan bagi menjaga kualiti dan keseragaman produk atau perkhidmatan.
Namun, sejauhmanakah kedua-dua hak ini dilaksanakan? Oleh itu, objektif artikel ini ialah untuk membincangkan tentang hak untuk menjalankan perniagaan dan kawalan dalam perniagaan francais di Malaysia disamping membuat sedikit perbincangan dari sudut pandangan Islam.
Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan pendekatan kajian undang- undang yang disokong oleh temubual dengan menggunakan data primer dan data sekunder.
Data primer diperoleh melalui dokumen perundangan iaitu akta, kes dan juga melalui temubual manakala data sekunder diperolehi melalui buku dan jurnal daripada Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia.
Data primer daripada dokumen undang-undang dan data sekunder dianalisis menggunakan kaedah analitikal dan kritikal manakala data primer daripada temubual dianalisis menggunakan kaedah tematik.
Kajian ini dapat memberi manfaat sebagai sumber rujukan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Persatuan Francais Malaysia, francaisor, francaisi, peguam, tenaga akademik dan juga pelajar undang-undang secara amnya.
Dapatan kajian daripada analisis ke atas dokumen perundangan menunjukkan kedua-dua hak ini dinyatakan dengan jelas di dalam Akta Francais 1998.
Malah ia merupakan komponen utama dalam definisi francais di bawah seksyen 4.
Dapatan daripada temubual dengan kesemua informan yang terdiri daripada francaisor menunjukkan mereka mematuhi kehendak berkenaan pemberian hak menjalankan perniagaan termasuk penggunaan harta intelek dan juga elemen kawalan ke atas perniagaan francais oleh francaisor.
Secara tidak langsung, mereka mematuhi kehendak di bawah Akta Francais 1998.
Sebagai kesimpulannya, hak untuk menjalankan perniagaan dan kawalan mesti dimasukkan di dalam perjanjian bagi menjaga kepentingan kedua-dua pihak yang berkontrak.
Related Results
Keberkesanan Pengaplikasian Kerangka Kecemerlangan Perniagaan Malaysia [An Effectiveness of the Malaysian Business Excellence Framework Application]
Keberkesanan Pengaplikasian Kerangka Kecemerlangan Perniagaan Malaysia [An Effectiveness of the Malaysian Business Excellence Framework Application]
Model perniagaan dirangka bagi membantu peniaga merancang dan menguruskan aktiviti perniagaan agar dapat bertahan dan berkembang. Bagi memastikan operasi perniagaan berjalan lancar...
SINERGI KOMPREHENSIF AKIDAH, SYARIAH DAN AKHLAK SEBAGAI PEMANGKIN KERANGKA PERNIAGAAN ISLAM
SINERGI KOMPREHENSIF AKIDAH, SYARIAH DAN AKHLAK SEBAGAI PEMANGKIN KERANGKA PERNIAGAAN ISLAM
Prestasi perniagaan yang kompeten disokong oleh kerangka perniagaan yang komprehensif. Sejarah membuktikan bahawa model perniagaan Islam yang diterapkan oleh Rasulullah SAW dan par...
Pemenuhan Hak-hak Anak Pasca Perceraian Orang Tua di Kecamatan Cikembar
Pemenuhan Hak-hak Anak Pasca Perceraian Orang Tua di Kecamatan Cikembar
Perceraian di Kecamatan Cikembar kerapkali menimbulkan ekses-ekses masalah pemenuhan hak-hak anak pasca perceraian orang tua. Banyak hambatan utama yang menjadi penyebab terbengkal...
CABARAN DAN PERMASALAHAN MENGURUSKAN PERNIAGAAN KETIKA COVID 19: KES PENGUSAHA MADU KELULUT DI SIK KEDAH
CABARAN DAN PERMASALAHAN MENGURUSKAN PERNIAGAAN KETIKA COVID 19: KES PENGUSAHA MADU KELULUT DI SIK KEDAH
Usahawan sering berhadapan dengan cabaran dan rintangan dalam menguruskan perniagaan. Maka, usahawan harus merancang, mengurus, mengelola dan melaksanakan strategi perniagaan denga...
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review Anna Tri Wahyuni1), Masfuri2), Liya Arista3)1,2,3 Fakultas Ilmu Keperawatan Univers...
Hak-Hak Terdakwaselama Proses Persidangan Di Mahkamah Pidana Internasional Berdasarkan Statuta Roma
Hak-Hak Terdakwaselama Proses Persidangan Di Mahkamah Pidana Internasional Berdasarkan Statuta Roma
Perlindungan HAM terhadap pelaku tindak pidana atau tersangka atau terdakwa sudah menjadi hal yang sangat penting. Terdapat beberapa ketentuan yang mengatur tentang jaminan dan per...
Penglibatan Orang Cina dalam Perniagaan Candu di Kedah (1907–1934): Satu Analisis Interim
Penglibatan Orang Cina dalam Perniagaan Candu di Kedah (1907–1934): Satu Analisis Interim
Opium became a commodity brought into Malaya on a large scale by the Chinese beginning in the early 18th century. The high demand for opium, especially in Kedah, allowed the opium ...

