Javascript must be enabled to continue!
Kaedah Perolehan Rancangan Televisyen di RTM: Isu dan Cabaran Syarikat Produksi Tempatan
View through CrossRef
Sejak tahun 1984, Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) melalui Unit Perolehan Rancangan telah menetapkan beberapa syarat dan kaedah kepada pembekal-pembekal rancangan atau syarikat produksi yang ingin memasarkan dan menjual rancangan televisyen mereka di RTM 1 (TV1), RTM 2 (TV2) dan TVi. Kaedah perolehan rancangan televisyen bermula dengan sistem agihan jam, sistem tender terbuka, sistem konsortium, sistem tender terhad dan yang terkini adalah mengikut sistem pitching. Namun begitu, setiap kaedah perolehan tersebut telah menimbulkan beberapa isu seperti isu monopoli, isu pengagihan slot jam yang tidak jelas, kewujudan syarikat yang menjual slot jam yang diperoleh kepada syarikat lain (Ali baba), isu pengelasan syarikat dan isu penilaian ketika proses pembentangan dilakukan. Malah, isu-isu yang berlaku ketika pelaksanaan tersebut menyebabkan perubahan sistem pengurusan dalam kaedah perolehan yang dilakukan oleh RTM. Isu-isu ini telah memberikan cabaran kepada pihak penerbit atau syarikat produksi dalam usaha untuk memasar dan menjual produk atau rancangan televisyen mereka ke RTM. Justeru, artikel ini membincangkan lima jenis sistem pengurusan dalam kaedah perolehan rancangan yang pernah dilaksanakan oleh pihak RTM dan seterusnya isu dan cabaran yang dihadapi oleh syarikat produksi tempatan dalam setiap pelaksanaan kaedah perolehan tersebut. Artikel ini diharap dapat membantu para penerbit memahami kaedah perolehan rancangan televisyen yang dilakukan oleh RTM, sekali gus membantu mereka memperoleh slot televisyen yang ditawarkan.
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Title: Kaedah Perolehan Rancangan Televisyen di RTM: Isu dan Cabaran Syarikat Produksi Tempatan
Description:
Sejak tahun 1984, Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) melalui Unit Perolehan Rancangan telah menetapkan beberapa syarat dan kaedah kepada pembekal-pembekal rancangan atau syarikat produksi yang ingin memasarkan dan menjual rancangan televisyen mereka di RTM 1 (TV1), RTM 2 (TV2) dan TVi.
Kaedah perolehan rancangan televisyen bermula dengan sistem agihan jam, sistem tender terbuka, sistem konsortium, sistem tender terhad dan yang terkini adalah mengikut sistem pitching.
Namun begitu, setiap kaedah perolehan tersebut telah menimbulkan beberapa isu seperti isu monopoli, isu pengagihan slot jam yang tidak jelas, kewujudan syarikat yang menjual slot jam yang diperoleh kepada syarikat lain (Ali baba), isu pengelasan syarikat dan isu penilaian ketika proses pembentangan dilakukan.
Malah, isu-isu yang berlaku ketika pelaksanaan tersebut menyebabkan perubahan sistem pengurusan dalam kaedah perolehan yang dilakukan oleh RTM.
Isu-isu ini telah memberikan cabaran kepada pihak penerbit atau syarikat produksi dalam usaha untuk memasar dan menjual produk atau rancangan televisyen mereka ke RTM.
Justeru, artikel ini membincangkan lima jenis sistem pengurusan dalam kaedah perolehan rancangan yang pernah dilaksanakan oleh pihak RTM dan seterusnya isu dan cabaran yang dihadapi oleh syarikat produksi tempatan dalam setiap pelaksanaan kaedah perolehan tersebut.
Artikel ini diharap dapat membantu para penerbit memahami kaedah perolehan rancangan televisyen yang dilakukan oleh RTM, sekali gus membantu mereka memperoleh slot televisyen yang ditawarkan.
Related Results
Penjenamaan RTM : Kajian Radio RTM Sabah
Penjenamaan RTM : Kajian Radio RTM Sabah
Penjenamaan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertujuan untuk menampilkan imej dan pakej baru siaran dan program RTM supaya releven dalam perkembangan dunia penyiaran masa kini. Caba...
Inovasi rekabentuk acuan model gigi kraf seramik menerusi teknologi pencetakan tiga dimensi
Inovasi rekabentuk acuan model gigi kraf seramik menerusi teknologi pencetakan tiga dimensi
Kajian inovasi rekabentuk acuan model gigi kraf seramik menerusi teknologi percetakan tiga dimensi ia bertujuan untuk mengkaji rekabentuk kraf acuan model gigi seramik yang bersesu...
Kearifan Tempatan dalam Kulit Buku Sastera Kanak-kanak Terpilih Terbitan PTS
Kearifan Tempatan dalam Kulit Buku Sastera Kanak-kanak Terpilih Terbitan PTS
Cerita kanak-kanak dalam penerbitan sastera kanak-kanak semakin berkembang pesat seiring dengan perubahan zaman dan kepesatan dunia dalam arus teknologi maklumat. Perkembangan pesa...
Implikasi Keterlibatan Audien Belia Dengan Kempen Perpaduan Di Televisyen: Perbandingan Belia Melayu Dan Bukan Melayu
Implikasi Keterlibatan Audien Belia Dengan Kempen Perpaduan Di Televisyen: Perbandingan Belia Melayu Dan Bukan Melayu
Masyarakat Malaysia khususnya golongan belia sering disajikan dengan kempen- kempen perpaduan di saluran televisyen dalam negara. Ini adalah kerana televisyen dikatakan antara salu...
Bayaran Tambahan Dalam Kontrak Francais Dobi Layan Diri Dari Perspektif Hukum Syarak
Bayaran Tambahan Dalam Kontrak Francais Dobi Layan Diri Dari Perspektif Hukum Syarak
Setiap masyarakat punyai adat dan tradisi. Adat dan tradisi dibentuk oleh golongan cerdik pandai dalam masyarakat. Adat dan tradisi pada dasarnya ialah sesuatu kebiasaan yang dipra...
Remote Sensing of Burn Severity Using Coupled Radiative Transfer Model: A Case Study on Chinese Qinyuan Pine Fires
Remote Sensing of Burn Severity Using Coupled Radiative Transfer Model: A Case Study on Chinese Qinyuan Pine Fires
Burn severity mapping is critical to quantifying fire impact on key ecological processes and post-fire forest management. Satellite remote sensing has the advantages of high spatia...
MENENTUKAN WAKTU STANDAR PADA AKTIVITAS KERJA PRODUKSI SABLON MANUAL DI CV. DWIPUTRA IHWA
MENENTUKAN WAKTU STANDAR PADA AKTIVITAS KERJA PRODUKSI SABLON MANUAL DI CV. DWIPUTRA IHWA
Analisis waktu standar produksi merupakan salah satu analisis metoda kuantitatif yang dilakukan untuk mengukur waktu produksi dan bertujuan agar dapat memiliki waktu standar sebaga...
Material characterisation for the modelling of the vacuum infusion process
Material characterisation for the modelling of the vacuum infusion process
Vacuum Infusion (VI) and Resin Transfer Moulding (RTM) are liquid composite moulding processes used in the manufacture of components from composite materials. The composite materia...

