Javascript must be enabled to continue!
Kearifan Tempatan dalam Kulit Buku Sastera Kanak-kanak Terpilih Terbitan PTS
View through CrossRef
Cerita kanak-kanak dalam penerbitan sastera kanak-kanak semakin berkembang pesat seiring dengan perubahan zaman dan kepesatan dunia dalam arus teknologi maklumat. Perkembangan pesat teknologi turut memberi kesan positif terhadap perubahan reka bentuk (design) kulit buku dalam penerbitan sastera kanak-kanak pada masa kini. Reka bentuk kulit buku kanak-kanak dihubungkan dengan konsep kearifan tempatan. Oleh hal yang demikian, makalah ini bertujuan untuk mengkaji sejauh manakah reka bentuk kulit buku sastera kanak-kanak di Malaysia menerapkan ciri-ciri kearifan tempatan? Kearifan tempatan merangkumi adat budaya, agama dan kepercayaan, cara hidup dan ilmu pengetahuan yang menjadi pegangan dari zaman berzaman dan identiti sesebuah masyarakat. Bahan kajian ini menggunakan reka bentuk kulit buku siri Young Aisyah dan Penulis Tunas Super yang diterbitkan oleh PTS Publishing House Sdn. Bhd. Justifikasi pemilihan ini kerana Syarikat PTS antara syarikat yang aktif menerbitkan buku sastera kanak-kanak di Malaysia. Kajian ini menggunakan konsep kearifan tempatan yang dikemukakan oleh Geertz (1973), Hiwasaki et al. (2014), Suraya Sintang, Khadijah Mohd Hambali @ Khambali (2015) dan The Center of Folklore Research (2007). Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah perpustakaan dan analisis teks. Dapatan kajian memperlihatkan reka bentuk kulit buku sastera kanak-kanak terbitan Syarikat PTS masih mempunyai ciri-ciri kearifan tempatan walaupun tidak secara keseluruhannya. Kesimpulannya, reka bentuk kulit buku cerita kanak-kanak dapat menjadi medium untuk memperkenalkan dan mengangkat kearifan tempatan yang menjadi identiti dan kemegahan bangsa.
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Title: Kearifan Tempatan dalam Kulit Buku Sastera Kanak-kanak Terpilih Terbitan PTS
Description:
Cerita kanak-kanak dalam penerbitan sastera kanak-kanak semakin berkembang pesat seiring dengan perubahan zaman dan kepesatan dunia dalam arus teknologi maklumat.
Perkembangan pesat teknologi turut memberi kesan positif terhadap perubahan reka bentuk (design) kulit buku dalam penerbitan sastera kanak-kanak pada masa kini.
Reka bentuk kulit buku kanak-kanak dihubungkan dengan konsep kearifan tempatan.
Oleh hal yang demikian, makalah ini bertujuan untuk mengkaji sejauh manakah reka bentuk kulit buku sastera kanak-kanak di Malaysia menerapkan ciri-ciri kearifan tempatan? Kearifan tempatan merangkumi adat budaya, agama dan kepercayaan, cara hidup dan ilmu pengetahuan yang menjadi pegangan dari zaman berzaman dan identiti sesebuah masyarakat.
Bahan kajian ini menggunakan reka bentuk kulit buku siri Young Aisyah dan Penulis Tunas Super yang diterbitkan oleh PTS Publishing House Sdn.
Bhd.
Justifikasi pemilihan ini kerana Syarikat PTS antara syarikat yang aktif menerbitkan buku sastera kanak-kanak di Malaysia.
Kajian ini menggunakan konsep kearifan tempatan yang dikemukakan oleh Geertz (1973), Hiwasaki et al.
(2014), Suraya Sintang, Khadijah Mohd Hambali @ Khambali (2015) dan The Center of Folklore Research (2007).
Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah perpustakaan dan analisis teks.
Dapatan kajian memperlihatkan reka bentuk kulit buku sastera kanak-kanak terbitan Syarikat PTS masih mempunyai ciri-ciri kearifan tempatan walaupun tidak secara keseluruhannya.
Kesimpulannya, reka bentuk kulit buku cerita kanak-kanak dapat menjadi medium untuk memperkenalkan dan mengangkat kearifan tempatan yang menjadi identiti dan kemegahan bangsa.
Related Results
Adab Berkomunikasi Secara Berkesan dalam Cerpen Kanak-Kanak Pilihan
Adab Berkomunikasi Secara Berkesan dalam Cerpen Kanak-Kanak Pilihan
Cerpen kanak-kanak masa kini telah mencetuskan ketidakpuasan hati para Panel Penilai Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) akibat kemerosotan mutu penghasilan cerpen kanak-kanak. ...
Low-Dose Venetoclax (7 Days) Combined with G-CSF, Fludarabine, High-Dose Cytarabine, and Mitoxantrone (FLAG Mitox-Ven): A Safe and Efficient Regimen, and an Excellent Bridge for Allogeneic Hematopoietic Stem Cell Transplant for Relapse/Refractory Acute My
Low-Dose Venetoclax (7 Days) Combined with G-CSF, Fludarabine, High-Dose Cytarabine, and Mitoxantrone (FLAG Mitox-Ven): A Safe and Efficient Regimen, and an Excellent Bridge for Allogeneic Hematopoietic Stem Cell Transplant for Relapse/Refractory Acute My
Background:
Venetoclax (Ven) combined with FLAG-Ida (G-CSF, Fludarabine, Cytarabine, Idarubicin) represents an effective therapy for relapse/refractory (R/R) acut...
Penelitian Semula Terhadap Konsep Sastera Kanak-Kanak Islami
Penelitian Semula Terhadap Konsep Sastera Kanak-Kanak Islami
Children are the ones who need to be exposed to useful reading materials. An abundance of children books in the market calls for an evaluation of its content to ensure that childre...
Monitoring Asparaginase Activity in 21 Patients with Extranodal NK/T-Cell Lymphoma Shows a Very High Proportion of Asparaginase Inactivation
Monitoring Asparaginase Activity in 21 Patients with Extranodal NK/T-Cell Lymphoma Shows a Very High Proportion of Asparaginase Inactivation
Abstract
Introduction
Extranodal NK/T-cell lymphoma (ENKTL) is a rare disease; in Western countries it represents less than 1% of all Non-Hodgkin lymp...
Extracorporeal Photopheresis (ECP) As Part of Combined Effective Immunotherapy Treatment of Graft-Versus-Host Disease
Extracorporeal Photopheresis (ECP) As Part of Combined Effective Immunotherapy Treatment of Graft-Versus-Host Disease
Abstract
Abstract 1953
Objective.
Graft-vs-host disease (GVHD) is a serious complication after allogeneic hematop...
Bayaran Tambahan Dalam Kontrak Francais Dobi Layan Diri Dari Perspektif Hukum Syarak
Bayaran Tambahan Dalam Kontrak Francais Dobi Layan Diri Dari Perspektif Hukum Syarak
Setiap masyarakat punyai adat dan tradisi. Adat dan tradisi dibentuk oleh golongan cerdik pandai dalam masyarakat. Adat dan tradisi pada dasarnya ialah sesuatu kebiasaan yang dipra...
Peranan Guru dalam Pelaksanaan Aktiviti Seni Halus Kanak-kanak
Peranan Guru dalam Pelaksanaan Aktiviti Seni Halus Kanak-kanak
Kebergantungan kanak-kanak pada orang dewasa adalah perkara yang normal disebabkan mereka masih dalam fasa perkembangan dan pembentukan diri. Di sekolah, orang dewasa yang bersama ...
Pilot Study with Lenalidomide in Patients with POEMS Syndrome
Pilot Study with Lenalidomide in Patients with POEMS Syndrome
Abstract
Abstract 4612
Introduction:
POEMS syndrome is a rare multisystemic disease. Vascular endothelial growth ...

