Javascript must be enabled to continue!
PELAKSANAAN ISTIBDĀL BAGI TANAH-TANAH WAKAF DI MALAYSIA: KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA HUKUM SYARAK DENGAN PERUNDANGAN SIVIL
View through CrossRef
Istibdāl mempunyai peranan penting terhadap tanah-tanah wakaf yang tidak produktif. Walau bagaimanapun, pelaksanaan istibdāl turut menjadi perhatian dari beberapa aspek. Kajian sebelum ini mengenai istibdāl adalah menjurus kepada aspek tertentu dan masih banyak ruangan untuk kajian lanjutannya. Sehubungan itu, kajian ini akan memfokuskan tiga objektif utama: Pertama, pemerhatian dari sudut hukum syarak; kedua, amalan pelaksanaan pada peringkat Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN); dan ketiga, kajian dari sudut perbandingan dengan perundangan sivil. Kajian ini dijalankan melalui kaedah kajian kualitatif dan pendekatan kajian pula menggunakan reka bentuk penerokaan terhadap dokumen-dokumen yang berkaitan. Selain kajian perpustakaan yang dilaksanakan, kajian ini juga melibatkan kajian lapangan iaitu melalui temubual dengan beberapa pegawai wakaf daripada Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN). Analisis kajian dilakukan secara kajian dokumen dengan melibatkan teknik analisis induktif, deduktif dan komparatif. Dapatan kajian yang pertama menunjukkan bahawa menurut keempat-empat mazhab, pelaksanaan istibdāl dibolehkan sekiranya tanah wakaf adalah dalam keadaan darurat. Selain itu, mazhab Hanafi turut membenarkan istibdāl jika harta yang diganti mempunyai elemen maslahat. Dapatan kajian yang kedua pula mendapati bahawa 37.5 peratus daripada pihak MAIN melaksanakan istibdāl secara jualan tanah, 37.5 peratus pula tidak melaksanakan dan 25 peratus lagi tidak menggalakkan. Manakala, dapatan kajian yang ketiga merungkaikan bahawa kedudukan istibdāl adalah tidak selari dengan perundangan sivil iaitu Akta Pengambilan Balik Tanah 1960 (Akta 486) Seksyen 3 (1) dan Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56) Seksyen 115 (4) (a). Rumusannya, hasil kajian ini telah mencadangkan beberapa penyelesaian bagi memastikan pelaksanaan istibdāl dilaksanakan dengan lebih efisien di negara ini.
UUM Press, Universiti Utara Malaysia
Title: PELAKSANAAN ISTIBDĀL BAGI TANAH-TANAH WAKAF DI MALAYSIA: KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA HUKUM SYARAK DENGAN PERUNDANGAN SIVIL
Description:
Istibdāl mempunyai peranan penting terhadap tanah-tanah wakaf yang tidak produktif.
Walau bagaimanapun, pelaksanaan istibdāl turut menjadi perhatian dari beberapa aspek.
Kajian sebelum ini mengenai istibdāl adalah menjurus kepada aspek tertentu dan masih banyak ruangan untuk kajian lanjutannya.
Sehubungan itu, kajian ini akan memfokuskan tiga objektif utama: Pertama, pemerhatian dari sudut hukum syarak; kedua, amalan pelaksanaan pada peringkat Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN); dan ketiga, kajian dari sudut perbandingan dengan perundangan sivil.
Kajian ini dijalankan melalui kaedah kajian kualitatif dan pendekatan kajian pula menggunakan reka bentuk penerokaan terhadap dokumen-dokumen yang berkaitan.
Selain kajian perpustakaan yang dilaksanakan, kajian ini juga melibatkan kajian lapangan iaitu melalui temubual dengan beberapa pegawai wakaf daripada Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN).
Analisis kajian dilakukan secara kajian dokumen dengan melibatkan teknik analisis induktif, deduktif dan komparatif.
Dapatan kajian yang pertama menunjukkan bahawa menurut keempat-empat mazhab, pelaksanaan istibdāl dibolehkan sekiranya tanah wakaf adalah dalam keadaan darurat.
Selain itu, mazhab Hanafi turut membenarkan istibdāl jika harta yang diganti mempunyai elemen maslahat.
Dapatan kajian yang kedua pula mendapati bahawa 37.
5 peratus daripada pihak MAIN melaksanakan istibdāl secara jualan tanah, 37.
5 peratus pula tidak melaksanakan dan 25 peratus lagi tidak menggalakkan.
Manakala, dapatan kajian yang ketiga merungkaikan bahawa kedudukan istibdāl adalah tidak selari dengan perundangan sivil iaitu Akta Pengambilan Balik Tanah 1960 (Akta 486) Seksyen 3 (1) dan Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56) Seksyen 115 (4) (a).
Rumusannya, hasil kajian ini telah mencadangkan beberapa penyelesaian bagi memastikan pelaksanaan istibdāl dilaksanakan dengan lebih efisien di negara ini.
Related Results
Urgensi Pembaharuan Pengelolaan Wakaf Di Indonesia
Urgensi Pembaharuan Pengelolaan Wakaf Di Indonesia
Permasalahan yang diteliti dalam penulisan ini adalah Apa hakikat wakaf terhadap Undang-Undang Nomor 41 Tahun 2004 Tentang Wakaf, dan apa yang menjadi urgensi pembaharuan pengelola...
ISTIBDᾹL WAKAF: Ketentuan Hukum dan Modelnya
ISTIBDᾹL WAKAF: Ketentuan Hukum dan Modelnya
Wakaf merupakan ibadah māliyah atau ibadah dengan harta benda dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah Swt. Wakaf akan bernilai ibadah yang berpahala manakala harta benda yang t...
Penyeragaman Fatwa Berhubung Isu-Isu Wakaf di Malaysia: Satu Sorotan Awal
Penyeragaman Fatwa Berhubung Isu-Isu Wakaf di Malaysia: Satu Sorotan Awal
Waqf is a part of the field in Islamic jurisprudence related to economic affairs of Muslims. It is derived from hadith of Ibn Umar that Prophet Muhammad (pbuh) ordered to invest t...
PELAKSANAAN SERTIFIKASI TANAH WAKAF DI KALIMANTAN TIMUR
PELAKSANAAN SERTIFIKASI TANAH WAKAF DI KALIMANTAN TIMUR
Telah dilakukan penelitian tentang Pelaksanaan Sertifikasi Tanah wakaf di Kalimantan Timur, setelah diundangkannya Undang-Undang Nomor 41 Tahun 2004 tentang Wakaf. Penelitian ini d...
IJMA’ DALAM WAKAF DAN POTENSI PENGEMBANGANNYA
IJMA’ DALAM WAKAF DAN POTENSI PENGEMBANGANNYA
Wakaf adalah salah satu instrumen penting dalam ekonomi Islam yang memiliki potensi besar untuk mendukung kesejahteraan masyarakat. Sebagai amal jariyah, wakaf tidak hanya mencakup...
Tinjauan Normatif dan Yuridis Terhadap Pelaksanaan Wakaf Uang Secara Online Pada Lembaga Wakaf
Tinjauan Normatif dan Yuridis Terhadap Pelaksanaan Wakaf Uang Secara Online Pada Lembaga Wakaf
Kajian ini membahas mengenai tinjauan normatif dan yuridis terhadap pelaksanaan wakaf uang secara online pada lembaga Wakaf Salman ITB. Dewasa ini semakin banyak lembaga yang menye...
Tinjauan Hukum Islam dan UU Wakaf terhadap Tanah Wakaf yang Belum Bersertifikat di Mesjid Baitul Musthofa Kota Bandung
Tinjauan Hukum Islam dan UU Wakaf terhadap Tanah Wakaf yang Belum Bersertifikat di Mesjid Baitul Musthofa Kota Bandung
Abstract. Implementation of waqf from the perspective of Islamic law and legislation in Indonesia, especially related to the issue of uncertified waqf land at the Baitul Musthofa M...
PEMBARUAN REGULASI SEKTOR JASA KEUANGAN DALAM PEMBENTUKAN BANK WAKAF DI INDONESIA
PEMBARUAN REGULASI SEKTOR JASA KEUANGAN DALAM PEMBENTUKAN BANK WAKAF DI INDONESIA
ABSTRAKBank wakaf dapat didefinisikan sebagai Lembaga Keuangan Syariah yang menjalankan aktivitas wakaf uang termasuk dalam proses penghimpunan, pendayagunaan, dan pendistribusiann...

