Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Analisis Ramalan Siri Masa Hujan menggunakan Aplikasi ramalHujan

View through CrossRef
Ramalan hujan memainkan peranan penting dalam perancangan strategik dan pengurusan risiko, terutamanya dalam menghadapi cabaran perubahan iklim dan cuaca ekstrem. Kajian ini menggunakan pendekatan Seasonal Autoregressive Integrated Moving Average (SARIMA) bagi menganalisis ramalan data hujan bulanan di stesen pengumpulan data hujan di Sungai Manggis, Selangor. Data hujan bulanan dalam tempoh Jan 1970 hingga Disember 2014 diperolehi daripada Jabatan Pengairan dan Saliran digunakan sebagai asas untuk membangunkan model ramalan hujan. Proses pembangunan model melibatkan pembersihan data, penggantian nilai hilang, dan analisis pola data bermusim. Ketepatan model dinilai menggunakan Akaike Information Criterion (AIC) dan unjuran ramalan sehingga lima tahun ke hadapan digunakan untuk mengenal pasti pola hujan yang konsisten. Model ramalan yang dibangunkan ini diintegrasikan bersama aplikasi ramalHujan, yang membolehkan pengguna membuat ramalan jumlah hujan berdasarkan lokasi dan bilangan bulan yang ditentukan. Keputusan ramalan hujan divisualisasikan dalam bentuk carta interaktif untuk memudahkan analisis lebih lanjut. Hasil kajian menunjukkan bahawa model SARIMA memberikan prestasi yang sangat baik dalam mengenal pasti trend bermusim, dan aplikasi ramalan yang dihasilkan membolehkan ramalan jangka masa pendek yang lebih tepat. Kajian ini memberikan sumbangan penting kepada pengurusan sumber air dan mitigasi bencana, dengan potensi aplikasi yang luas untuk perancangan dan pengurusan risiko yang lebih berkesan
Title: Analisis Ramalan Siri Masa Hujan menggunakan Aplikasi ramalHujan
Description:
Ramalan hujan memainkan peranan penting dalam perancangan strategik dan pengurusan risiko, terutamanya dalam menghadapi cabaran perubahan iklim dan cuaca ekstrem.
Kajian ini menggunakan pendekatan Seasonal Autoregressive Integrated Moving Average (SARIMA) bagi menganalisis ramalan data hujan bulanan di stesen pengumpulan data hujan di Sungai Manggis, Selangor.
Data hujan bulanan dalam tempoh Jan 1970 hingga Disember 2014 diperolehi daripada Jabatan Pengairan dan Saliran digunakan sebagai asas untuk membangunkan model ramalan hujan.
Proses pembangunan model melibatkan pembersihan data, penggantian nilai hilang, dan analisis pola data bermusim.
Ketepatan model dinilai menggunakan Akaike Information Criterion (AIC) dan unjuran ramalan sehingga lima tahun ke hadapan digunakan untuk mengenal pasti pola hujan yang konsisten.
Model ramalan yang dibangunkan ini diintegrasikan bersama aplikasi ramalHujan, yang membolehkan pengguna membuat ramalan jumlah hujan berdasarkan lokasi dan bilangan bulan yang ditentukan.
Keputusan ramalan hujan divisualisasikan dalam bentuk carta interaktif untuk memudahkan analisis lebih lanjut.
Hasil kajian menunjukkan bahawa model SARIMA memberikan prestasi yang sangat baik dalam mengenal pasti trend bermusim, dan aplikasi ramalan yang dihasilkan membolehkan ramalan jangka masa pendek yang lebih tepat.
Kajian ini memberikan sumbangan penting kepada pengurusan sumber air dan mitigasi bencana, dengan potensi aplikasi yang luas untuk perancangan dan pengurusan risiko yang lebih berkesan.

Related Results

Rancang Bangun Penakar Hujan Dengan Peringatan Dini Hujan Lebat Menggunakan Tipping Bucket dan Mikrokontroler ESP32
Rancang Bangun Penakar Hujan Dengan Peringatan Dini Hujan Lebat Menggunakan Tipping Bucket dan Mikrokontroler ESP32
Indonesia merupakan negara yang memiliki dua musim, yaitu musim kemarau dan hujan. Salah satu parameter yang menjadi salah satu penyebab bencana alam ialah hujan Pengamatan curah h...
Praktek Nikah Siri pada Jasa Nikah Siri Padang Amanah Perspektif Fiqh Munakahat
Praktek Nikah Siri pada Jasa Nikah Siri Padang Amanah Perspektif Fiqh Munakahat
<p>Penelitian ini dilatarbelakangi dengan adanya grup <em>facebook</em> "Jasa Nikah Siri amanah Padang". pada grup tersebut sering menawarkan jasa pernikahan siri...
PROBLEMATIKA PASCA NIKAH SIRI DAN ALTERNATIF PENYELESAIANNYA
PROBLEMATIKA PASCA NIKAH SIRI DAN ALTERNATIF PENYELESAIANNYA
AbstractMarriage is valid in a religion where the intention and harmony of marriage already exist. Behind the occurrence of siri marriage, there is a backlash that occurs on the pa...
Kecemasan, Kesepian dan Persepsi terhadap Perkawinan Siri
Kecemasan, Kesepian dan Persepsi terhadap Perkawinan Siri
Abstract— Perceptions of the siri marriage is purpose to a form of marriage that is secretly and undocumented, which is involving cognitive and affective aspects. The factors that ...
Perencanaan Teknis Pemanenan Air Hujan Terintegrasi dengan Sumur Resapan
Perencanaan Teknis Pemanenan Air Hujan Terintegrasi dengan Sumur Resapan
Hujan merupakan fenomena alam yang terjadi di suatu wilayah. Air hujan sangat bermanfaat untuk mengisi sumber air guna keperluan pertanian, domestik dan industri, namun air hujan y...
RASIONALISASI JARINGAN STASIUN CURAH HUJAN PADA DAERAH ALIRAN SUNGAI TUKAD MATI
RASIONALISASI JARINGAN STASIUN CURAH HUJAN PADA DAERAH ALIRAN SUNGAI TUKAD MATI
Komponen hidrologi merupakan komponen utama dalam perencanaan infrastruktur keairan. Kualitas maupun kuantitas pencatatan data hujan pada setiap pos hujan menjadi komponen terpenti...
Penerapan Algoritma Backpropagation Neural Network dalam Memprediksi Curah Hujan Harian Kota Bandung
Penerapan Algoritma Backpropagation Neural Network dalam Memprediksi Curah Hujan Harian Kota Bandung
Abstract. Rain is a common natural phenomenon that is very difficult to predict. Many factors can affect the occurrence of rain, ranging from temperature, humidity, sunlight intens...

Back to Top