Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

PENEROKAAN TAHAP PENCAPAIAN INTERNET TERHADAP PEMBELAJARAN DALAM TALIAN DI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

View through CrossRef
Pembelajaran dalam talian telah menjadi norma baharu dalam landskap pendidikan global, terutamanya selepas era pandemik COVID-19. Pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara maya menawarkan pelbagai kelebihan, termasuk fleksibiliti masa, ruang, dan akses kepada bahan digital. Walau bagaimanapun, tidak semua pelajar memiliki keupayaan yang sama untuk mengakses kemudahan teknologi dan sambungan internet yang stabil, khususnya pelajar yang tinggal di kawasan luar bandar. Kajian ini bertujuan untuk meneliti tahap akses terhadap jaringan internet di kediaman pelajar dan impaknya terhadap pengalaman PdP atas talian. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berdasarkan reka bentuk kajian kes. Seramai enam orang peserta telah dipilih secara purposif dalam kalangan pelajar sarjana Pendidikan Bahasa Arab di Universiti Pendidikan Sultan Idris, yang ketika itu mengikuti sesi PdP dari rumah masing-masing. Data diperoleh melalui temu bual separa berstruktur dan dianalisis secara tematik. Dapatan kajian mengenal pasti empat isu utama yang dihadapi oleh pelajar, iaitu: (i) capaian internet yang tidak stabil; (ii) kos langganan internet yang tinggi; (iii) persekitaran rumah yang kurang kondusif untuk pembelajaran; dan (iv) tahap keberkesanan pembelajaran secara maya yang dianggap kurang memuaskan. Kesimpulannya, hasil kajian ini memberikan gambaran jelas mengenai cabaran pembelajaran dalam talian dalam kalangan pelajar pascasiswazah, khususnya di institusi pengajian tinggi. Implikasi kajian ini diharap dapat menjadi rujukan kepada pihak universiti dan pembuat dasar untuk merangka pendekatan PdP yang lebih inklusif dan lestari.
Title: PENEROKAAN TAHAP PENCAPAIAN INTERNET TERHADAP PEMBELAJARAN DALAM TALIAN DI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Description:
Pembelajaran dalam talian telah menjadi norma baharu dalam landskap pendidikan global, terutamanya selepas era pandemik COVID-19.
Pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara maya menawarkan pelbagai kelebihan, termasuk fleksibiliti masa, ruang, dan akses kepada bahan digital.
Walau bagaimanapun, tidak semua pelajar memiliki keupayaan yang sama untuk mengakses kemudahan teknologi dan sambungan internet yang stabil, khususnya pelajar yang tinggal di kawasan luar bandar.
Kajian ini bertujuan untuk meneliti tahap akses terhadap jaringan internet di kediaman pelajar dan impaknya terhadap pengalaman PdP atas talian.
Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berdasarkan reka bentuk kajian kes.
Seramai enam orang peserta telah dipilih secara purposif dalam kalangan pelajar sarjana Pendidikan Bahasa Arab di Universiti Pendidikan Sultan Idris, yang ketika itu mengikuti sesi PdP dari rumah masing-masing.
Data diperoleh melalui temu bual separa berstruktur dan dianalisis secara tematik.
Dapatan kajian mengenal pasti empat isu utama yang dihadapi oleh pelajar, iaitu: (i) capaian internet yang tidak stabil; (ii) kos langganan internet yang tinggi; (iii) persekitaran rumah yang kurang kondusif untuk pembelajaran; dan (iv) tahap keberkesanan pembelajaran secara maya yang dianggap kurang memuaskan.
Kesimpulannya, hasil kajian ini memberikan gambaran jelas mengenai cabaran pembelajaran dalam talian dalam kalangan pelajar pascasiswazah, khususnya di institusi pengajian tinggi.
Implikasi kajian ini diharap dapat menjadi rujukan kepada pihak universiti dan pembuat dasar untuk merangka pendekatan PdP yang lebih inklusif dan lestari.

Related Results

DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAFTAR PUSTAKAAditama, M. H. R., & Selfiardy, S. (2022). Kehidupan Mahasiswa Kuliah Sambil Bekerja di Masa Pandemi Covid-19. Kidspedia: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(...
SIKAP KESUKAAN DAN KEYAKINAN BELIA UNIVERSITI TERHADAP PENGGUNAAN MULTIMEDIA
SIKAP KESUKAAN DAN KEYAKINAN BELIA UNIVERSITI TERHADAP PENGGUNAAN MULTIMEDIA
ABSTRAK Proses transformasi dalam bidang pendidikan memerlukan peralihan yang drastik daripada pengajaran dan pembelajaran bercorak konvensional kepada berteknologi tinggi, iaitu ...
Hubungan Antara Pembelajaran Regulasi Kendiri dan Motivasi Terhadap Pencapaian Akademik
Hubungan Antara Pembelajaran Regulasi Kendiri dan Motivasi Terhadap Pencapaian Akademik
Keupayaan pelajar untuk kekal berdisiplin dan bermotivasi dalam pembelajaran norma baharu amatlah penting dalam melancarkan proses pembelajaran. Sehubungan itu, pembelajaran regula...
Domain kognitif dan pencapaian ungkapan algebra dalam kalangan pelajar Tingkatan Dua
Domain kognitif dan pencapaian ungkapan algebra dalam kalangan pelajar Tingkatan Dua
Algebra merupakan salah satu topik yang sukar dalam pembelajaran Matematik khususnya di peringkat Menengah Rendah. Permasalahan pelajar dalam topik Algebra sering dikaitkan dengan ...
Penggunaan Google Classroom terhadap Motivasi dan Pencapaian Murid dalam Subjek Bahasa Melayu
Penggunaan Google Classroom terhadap Motivasi dan Pencapaian Murid dalam Subjek Bahasa Melayu
Dalam era teknologi yang semakin maju, penggunaan platform pembelajaran digital telah menjadi semakin penting dalam konteks pendidikan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpas...
Kesihatan Mental dan Motivasi Pelajar Semasa Pembelajaran Dalam Talian Sepanjang Pandemik Covid-19
Kesihatan Mental dan Motivasi Pelajar Semasa Pembelajaran Dalam Talian Sepanjang Pandemik Covid-19
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara tahap kesihatan mental dan tahap motivasi dalam kalangan pelajar sarjana Fakulti Pendidikan, di sebuah universiti penyelid...
Pembelajaran gamelan gender wayang pada generasi z di sanggar swasti swara denpasar (persektif pendidikan agama hindu)
Pembelajaran gamelan gender wayang pada generasi z di sanggar swasti swara denpasar (persektif pendidikan agama hindu)
Generasi muda saat ini mengalami krisis karakter yang ditandai dengan ketidakpedulian terhadap budaya sejak adanya perkembangan teknologi yang telah memasuki perkembangan era 4.0. ...

Back to Top