Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Domain kognitif dan pencapaian ungkapan algebra dalam kalangan pelajar Tingkatan Dua

View through CrossRef
Algebra merupakan salah satu topik yang sukar dalam pembelajaran Matematik khususnya di peringkat Menengah Rendah. Permasalahan pelajar dalam topik Algebra sering dikaitkan dengan kemahiran kognitif. Penguasaan kemahiran kognitif pada aras rendah dan tinggi dalam topik Algebra adalah satu keperluan yang selaras dengan penekanan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kurikulum Matematik. Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap domain kognitif dan pencapaian Ungkapan Algebra dalam kalangan pelajar Tingkatan Dua. Di samping itu kajian ini juga bertujuan untuk menentukan hubungan antara domain kognitif dan pencapaian Ungkapan Algebra. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan jenis tinjauan. Kaedah persampelan rawak berstrata digunakan dan seramai 386 orang respondan daripada tujuh buah sekolah menengah di daerah Tawau Sabah terlibat dalam kajian ini. Soal selidik dengan tiga subkonstruk iaitu pengetahuan, kefahaman dan aplikasi digunakan untuk menentukan tahap domain kognitif. Ujian Ungkapan Algebra dengan tiga aras rendah berdasarkan pembelajaran Taksonomi Bloom Revisi (mengingat, memahami dan mengaplikasi,) digunakan untuk mengukur tahap pencapaian Ungkapan Algebra dalam kalangan responden. Data telah dianalisis dengan menggunakan perisian komputer melalui program Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 27.0. Data dianalisis secara deskriptif berdasarkan min dan sisihan piawai untuk menentukan tahap domain kognitif dan pencapaian Ungkapan Algebra. Pekali Korelasi Pearson digunakan untuk menentukan perhubungan antara domain kognitif dan pencapaian Ungkapan Algebra. Dapatan kajian menunjukkan tahap domain kognitif dan tahap pencapaian Ungkapan Algebra adalah sederhana. Analisis korelasi pula menunjukkan nilai korelasi Pearson r =.594, mempunyai hubungan positif yang signifikan dan kuat antara domain kognitif dan pencapaian Ungkapan Algebra. Penentuan domain kognitif Algebra melalui kajian ini sangat berguna untuk melihat tahap domain kognitif pelajar dan kesan nya terhadap pencapaian mereka. Dapatan kajian ini boleh menjadi panduan membantu para pendidik dan penyelidik untuk menyelesaikan masalah dalam pembelajaran Algebra khususnya pelajar menengah rendah.   Algebra is one of the difficult topics in learning Mathematics especially at the Lower Secondary level. Students’ problems in the topic of Algebra are often associated with cognitive skills. Low and high levels cognitive skills mastery in the topic of Algebra is a requirement in line with the emphasis on high level thinking skills in the mathematics curriculum. This study aims to measure the level of cognitive domain and achievement of Algebraic Expressions among Form Two students. Moreover, this study also aims to determine the relationship between the cognitive domain and the achievement of Algebraic Expressions. This study used a quantitative approach with the survey method. Stratified random sampling method was used and a total of 386 respondents from seven secondary schools in Tawau, Sabah district were involved in this study. Questionnaire with three subconstructs namely knowledge, comprehension and application was used to determine the level of cognitive domain. The AlgebraicExpression test with three low levels based on the learning of Bloom’s Revised Taxonomy (remembering, understanding, and applying) was used to measure the level of achievement of Algebraic Expressions among the respondents. Data were analyzed using a computer software via Statistical Package for Social Science (SPSS) version 27.0. Data were analyzed descriptively based on means and standard deviations to determine the level of cognitive domain and achievement of Algebraic Expressions. Pearson Correlation Coefficient was used to determine the relationship between the cognitive domain and the achievement of Algebraic Expressions. Findings of the study indicate that the level of cognitive domain and the level of achievement of Algebraic Expression are moderate. Correlation analysis also showed a significant and strong positive relationship between the cognitive domain and the achievement of Algebraic Expressions with a Pearson correlation value of r = .594. The determination of the cognitive domain of Algebra through this study is very useful to view the level of the cognitive domain of students and its impacts on their achievement. The findings of this study can be a guide to help educators and researchers to solve problems in learning Algebra especially lower secondary students.  
Title: Domain kognitif dan pencapaian ungkapan algebra dalam kalangan pelajar Tingkatan Dua
Description:
Algebra merupakan salah satu topik yang sukar dalam pembelajaran Matematik khususnya di peringkat Menengah Rendah.
Permasalahan pelajar dalam topik Algebra sering dikaitkan dengan kemahiran kognitif.
Penguasaan kemahiran kognitif pada aras rendah dan tinggi dalam topik Algebra adalah satu keperluan yang selaras dengan penekanan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kurikulum Matematik.
Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap domain kognitif dan pencapaian Ungkapan Algebra dalam kalangan pelajar Tingkatan Dua.
Di samping itu kajian ini juga bertujuan untuk menentukan hubungan antara domain kognitif dan pencapaian Ungkapan Algebra.
Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan jenis tinjauan.
Kaedah persampelan rawak berstrata digunakan dan seramai 386 orang respondan daripada tujuh buah sekolah menengah di daerah Tawau Sabah terlibat dalam kajian ini.
Soal selidik dengan tiga subkonstruk iaitu pengetahuan, kefahaman dan aplikasi digunakan untuk menentukan tahap domain kognitif.
Ujian Ungkapan Algebra dengan tiga aras rendah berdasarkan pembelajaran Taksonomi Bloom Revisi (mengingat, memahami dan mengaplikasi,) digunakan untuk mengukur tahap pencapaian Ungkapan Algebra dalam kalangan responden.
Data telah dianalisis dengan menggunakan perisian komputer melalui program Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 27.
Data dianalisis secara deskriptif berdasarkan min dan sisihan piawai untuk menentukan tahap domain kognitif dan pencapaian Ungkapan Algebra.
Pekali Korelasi Pearson digunakan untuk menentukan perhubungan antara domain kognitif dan pencapaian Ungkapan Algebra.
Dapatan kajian menunjukkan tahap domain kognitif dan tahap pencapaian Ungkapan Algebra adalah sederhana.
Analisis korelasi pula menunjukkan nilai korelasi Pearson r =.
594, mempunyai hubungan positif yang signifikan dan kuat antara domain kognitif dan pencapaian Ungkapan Algebra.
Penentuan domain kognitif Algebra melalui kajian ini sangat berguna untuk melihat tahap domain kognitif pelajar dan kesan nya terhadap pencapaian mereka.
Dapatan kajian ini boleh menjadi panduan membantu para pendidik dan penyelidik untuk menyelesaikan masalah dalam pembelajaran Algebra khususnya pelajar menengah rendah.
  Algebra is one of the difficult topics in learning Mathematics especially at the Lower Secondary level.
Students’ problems in the topic of Algebra are often associated with cognitive skills.
Low and high levels cognitive skills mastery in the topic of Algebra is a requirement in line with the emphasis on high level thinking skills in the mathematics curriculum.
This study aims to measure the level of cognitive domain and achievement of Algebraic Expressions among Form Two students.
Moreover, this study also aims to determine the relationship between the cognitive domain and the achievement of Algebraic Expressions.
This study used a quantitative approach with the survey method.
Stratified random sampling method was used and a total of 386 respondents from seven secondary schools in Tawau, Sabah district were involved in this study.
Questionnaire with three subconstructs namely knowledge, comprehension and application was used to determine the level of cognitive domain.
The AlgebraicExpression test with three low levels based on the learning of Bloom’s Revised Taxonomy (remembering, understanding, and applying) was used to measure the level of achievement of Algebraic Expressions among the respondents.
Data were analyzed using a computer software via Statistical Package for Social Science (SPSS) version 27.
Data were analyzed descriptively based on means and standard deviations to determine the level of cognitive domain and achievement of Algebraic Expressions.
Pearson Correlation Coefficient was used to determine the relationship between the cognitive domain and the achievement of Algebraic Expressions.
Findings of the study indicate that the level of cognitive domain and the level of achievement of Algebraic Expression are moderate.
Correlation analysis also showed a significant and strong positive relationship between the cognitive domain and the achievement of Algebraic Expressions with a Pearson correlation value of r = .
594.
The determination of the cognitive domain of Algebra through this study is very useful to view the level of the cognitive domain of students and its impacts on their achievement.
The findings of this study can be a guide to help educators and researchers to solve problems in learning Algebra especially lower secondary students.
 .

Related Results

Tingkat Performa Fisik Atlet Bulutangkis Usia Remaja PB. SAM Mobil Kabupaten Sumenep
Tingkat Performa Fisik Atlet Bulutangkis Usia Remaja PB. SAM Mobil Kabupaten Sumenep
Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui tingkat performa fisik pemain bulu tangkis remaja di klub PB. Sam Mobil, Kabupaten Sumenep. Metode yang digunakan dalam penelitian ini ada...
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature  Review Anna Tri Wahyuni1), Masfuri2),  Liya Arista3)1,2,3 Fakultas Ilmu Keperawatan Univers...
PROFIL LITERASI ALAM SEKITAR MENGIKUT FAKTOR DEMOGRAFI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI TAWAU, SABAH
PROFIL LITERASI ALAM SEKITAR MENGIKUT FAKTOR DEMOGRAFI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI TAWAU, SABAH
Deklarasi Tbilisi yang diadakan pada tahun 1977 telah membawa perubahan penting dalam pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar (PAS). Lima objektif utama PAS yang disepakati dalam dekla...
PERSEPSI, KEFAHAMAN DAN SIKAP PELAJAR TERHADAP KOSWER MULTIMEDIA BAGI TOPIK JADUAL BERKALA: SUATU TINJAUAN
PERSEPSI, KEFAHAMAN DAN SIKAP PELAJAR TERHADAP KOSWER MULTIMEDIA BAGI TOPIK JADUAL BERKALA: SUATU TINJAUAN
Penggunaan koswer multimedia dalam pembelajaran diperkenalkan sebagai salah satu pendekatan dalam usaha meningkatkan pencapaian para pelajar dalam matapelajaran Kimia ke arah pembe...
KECEMASAN SAAT PANDEMI COVID 19: LITERATUR REVIEW Hardiyati, Efri Widianti, Taty Hernawaty Departemen Keperawatan Jiwa Poltekkes Kemenkes Mamuju Sulbar, Universitas Pad...
ADAPTASI PELAJAR BAHARU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
ADAPTASI PELAJAR BAHARU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
Penyesuaian pelajar baharu di institusi pengajian tinggi kini berada di tahap yang membimbangkan. Ramai antara mereka yang gagal mengikuti pengajian di universiti kerana gagal dala...
Kaedah Pembelajaran Koperatif Model STAD Meningkatkan Pencapaian Pelajar Dalam Penghasilan Catan Cat Air
Kaedah Pembelajaran Koperatif Model STAD Meningkatkan Pencapaian Pelajar Dalam Penghasilan Catan Cat Air
Berdasarkan kajian, ramai pelajar Pendidikan Seni Visual di tingkatan 4 Cerdas masih terlalu lemah dalam menghasilkan karya catan pemandangan cat air walaupun mereka telah mempelaj...
KETAHANAN KENDIRI DAN KESEDIAAN BEKERJA DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI DI SABAH DALAM TEMPOH PANDEMIK COVID-19
KETAHANAN KENDIRI DAN KESEDIAAN BEKERJA DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI DI SABAH DALAM TEMPOH PANDEMIK COVID-19
Penularan wabak Covid-19 telah banyak merubah corak pembelajaran dan pengajaran (PdP) di universiti yang dijalankan sepenuhnya secara dalam talian. Perubahan corak pembelajaran ini...

Back to Top