Javascript must be enabled to continue!
Kaedah Pembelajaran Koperatif Model STAD Meningkatkan Pencapaian Pelajar Dalam Penghasilan Catan Cat Air
View through CrossRef
Berdasarkan kajian, ramai pelajar Pendidikan Seni Visual di tingkatan 4 Cerdas masih terlalu lemah dalam menghasilkan karya catan pemandangan cat air walaupun mereka telah mempelajarinya di peringkat sekolah rendah lagi. Berdasarkan beberapa kajian, penyelidik mendapati pelbagai teknik dan kaedah dapat membantu mempertingkatkan kemahiran melakar dan mewarna pelajar. Gabungan pelbagai teknik dan kaedah yang dimaksudkan di sini adalah teknik demonstrasi dan teknik latih tubi serta kaedah koperatif. Kaedah Koperatif merupakan satu kaedah yang dianggap cukup berkesan dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan. Penyelidik mengambil inisiatif ini untuk menganalisis kesan pembelajaran catan cat air melalui kaedah koperatif khusus kepada pelajar di tingkatan empat. Melalui kajian ini kuasi eksperimen digunakan bagi melihat keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dalam pencapaian pelajar dalam catan. Tahap pencapaian pelajar diukur berdasarkan ujian pra dan ujian pasca. Di sini penyelidik menjalankan penyelidik memilih teknik latih tubi dan demonstrasi melalui Kaedah Koperatif Student Team Achievement Division (STAD) bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Ianya adalah bertujuan untuk melihat perbandingan dan keberkesanan antara cara pengajaran biasa dan cara pengajaran yang menggunakan kaedah koperatif. Perbezaan skor markah dapat dilihat melalui ujian pra dan ujian pasca. Pelajar tingkatan 4 yang diuji ini adalah seramai 17 orang. Hasil ujian pra memperlihatkan tiada sebarang perbezaan yang signifikan kerana pelajar berada pada tahap kognitif yang sama. Namun melalui ujian pasca menunjukkan satu perbezaan yang signifikan dan cukup ketara. Oleh itu dapat dirumuskan melalui gabungan teknik demonstrasi dan latih tubi serta kaedah koperatif begitu berkesan dalam mata pelajaran pendidikan seni visual dalam menyelesaikan permasalahan dalam catan.
Title: Kaedah Pembelajaran Koperatif Model STAD Meningkatkan Pencapaian Pelajar Dalam Penghasilan Catan Cat Air
Description:
Berdasarkan kajian, ramai pelajar Pendidikan Seni Visual di tingkatan 4 Cerdas masih terlalu lemah dalam menghasilkan karya catan pemandangan cat air walaupun mereka telah mempelajarinya di peringkat sekolah rendah lagi.
Berdasarkan beberapa kajian, penyelidik mendapati pelbagai teknik dan kaedah dapat membantu mempertingkatkan kemahiran melakar dan mewarna pelajar.
Gabungan pelbagai teknik dan kaedah yang dimaksudkan di sini adalah teknik demonstrasi dan teknik latih tubi serta kaedah koperatif.
Kaedah Koperatif merupakan satu kaedah yang dianggap cukup berkesan dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan.
Penyelidik mengambil inisiatif ini untuk menganalisis kesan pembelajaran catan cat air melalui kaedah koperatif khusus kepada pelajar di tingkatan empat.
Melalui kajian ini kuasi eksperimen digunakan bagi melihat keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dalam pencapaian pelajar dalam catan.
Tahap pencapaian pelajar diukur berdasarkan ujian pra dan ujian pasca.
Di sini penyelidik menjalankan penyelidik memilih teknik latih tubi dan demonstrasi melalui Kaedah Koperatif Student Team Achievement Division (STAD) bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.
Ianya adalah bertujuan untuk melihat perbandingan dan keberkesanan antara cara pengajaran biasa dan cara pengajaran yang menggunakan kaedah koperatif.
Perbezaan skor markah dapat dilihat melalui ujian pra dan ujian pasca.
Pelajar tingkatan 4 yang diuji ini adalah seramai 17 orang.
Hasil ujian pra memperlihatkan tiada sebarang perbezaan yang signifikan kerana pelajar berada pada tahap kognitif yang sama.
Namun melalui ujian pasca menunjukkan satu perbezaan yang signifikan dan cukup ketara.
Oleh itu dapat dirumuskan melalui gabungan teknik demonstrasi dan latih tubi serta kaedah koperatif begitu berkesan dalam mata pelajaran pendidikan seni visual dalam menyelesaikan permasalahan dalam catan.
Related Results
SIKAP PELAJAR TERHADAP HAFAZAN AL-QURAN: KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA PUTRAJAYA
SIKAP PELAJAR TERHADAP HAFAZAN AL-QURAN: KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA PUTRAJAYA
ABSTRAK
Pada dasarnya, kaedah pembelajaran hafazan dilaksanakan secara bersemuka sahaja sejak dari zaman Rasulullah hingga kini. Namun apabila berlaku penularan Covid-19 yang tela...
Because Neglect Isn't Cute: Tuxedo Stan's Campaign for a Humane World
Because Neglect Isn't Cute: Tuxedo Stan's Campaign for a Humane World
On 10 September 2012, a cat named Tuxedo Stan launched his campaign for mayor of the Halifax Regional Municipality in Nova Scotia, Canada (“Tuxedo Stan for Mayor”). Backed by his h...
INTERPRETASI CATAN ‘GUNUNG KINABALU MENANGIS’ OLEH BARON KAMPIAU SEBATING
INTERPRETASI CATAN ‘GUNUNG KINABALU MENANGIS’ OLEH BARON KAMPIAU SEBATING
Imej Gunung Kinabalu adalah hal benda yang paling digemari oleh pelukis-pelukis Sabah. Kecenderungan ini telah berlaku sekian lama iaitu sejak tahun 1960-an ramai pelukis tempatan ...
PENINGKATAN HASIL BELAJAR SISWA KELAS X IPA PADA PENERAPAN TRIGONOMETRI MELALUI STAD
PENINGKATAN HASIL BELAJAR SISWA KELAS X IPA PADA PENERAPAN TRIGONOMETRI MELALUI STAD
AbstrakHasil rata-rata tes siswa pada materi penerapan trigonometri rendah yaitu 52 dan hal ini tidak mencapai KKM di SMA Negeri 22 Palembang yaitu 65. Oleh karena itu diperlukan a...
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAFTAR PUSTAKAAditama, M. H. R., & Selfiardy, S. (2022). Kehidupan Mahasiswa Kuliah Sambil Bekerja di Masa Pandemi Covid-19. Kidspedia: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(...
Kajian perbandingan pencapaian subjek Matematik dalam kalangan pelajar pecutan dan bukan pecutan
Kajian perbandingan pencapaian subjek Matematik dalam kalangan pelajar pecutan dan bukan pecutan
Pemecutan (acceleration) merupakan salah satu kaedah yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar pintar dan berbakat. Kaedah ini memberi penekanan pengajar...
Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Aplikasi Dalam Talian Dan Si-kap Pensyarah Dalam Pembelajaran Jarak Jauh Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Semasa Pandemik Covid-19
Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Aplikasi Dalam Talian Dan Si-kap Pensyarah Dalam Pembelajaran Jarak Jauh Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Semasa Pandemik Covid-19
Era pandemik Covid-19 yang melanda seluruh negara nyata memberi impak yang besar kepada masyarakat dunia dalam semua sektor. Malaysia juga tidak terkecuali menghadapi gangguan kesa...
KEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN DALAM TALIAN KE ATAS KURSUS TERPILIH BAGI KOMPONEN KESENIAN DAN KEBUDAYAAN PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMAJUAN PELAJAR, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
KEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN DALAM TALIAN KE ATAS KURSUS TERPILIH BAGI KOMPONEN KESENIAN DAN KEBUDAYAAN PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMAJUAN PELAJAR, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Susulan penularan wabak COVID-19, institusi pendidikan termasuk Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah membuat penyelarasan kurikulum ...

