Javascript must be enabled to continue!
SIKAP PELAJAR TERHADAP HAFAZAN AL-QURAN: KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA PUTRAJAYA
View through CrossRef
ABSTRAK
Pada dasarnya, kaedah pembelajaran hafazan dilaksanakan secara bersemuka sahaja sejak dari zaman Rasulullah hingga kini. Namun apabila berlaku penularan Covid-19 yang telah melanda dunia, kaedah pembelajaran hafazan turut mengalami perubahan pelaksanaannya. Bagi mengelakkan hafazan al-Quran pelajar tahfiz terjejas dan berlaku keciciran akibat penularan Covid-19 tersebut, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil inisiatif untuk melaksanakan kaedah pembelajaran hafazan secara maya (atas talian). Tidak terkecuali Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya yang mempunyai pelajar yang terlibat dengan Kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA). Kaedah pembelajaran hafazan secara bersemuka mahupun secara maya sememangnya mempunyai perbezaan. Secara tidak langsung perbezaan kedua-dua kaedah pembelajaran ini mempengaruhi sikap pelajar terhadap hafazan. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengkaji perbandingan sikap pelajar terhadap hafazan secara bersemuka dan maya (atas talian) di SMKA Putrajaya. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif dengan pendekatan kajian tinjauan. Pengumpulan data dikumpul melalui soal selidik yang telah diedarkan kepada 30 orang pelajar. Pelajar yang dipilih adalah terdiri dari pelajar yang pernah mengikuti kaedah pembelajaran hafazan secara bersemuka dan secara maya (atas talian). Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan sikap pelajar semasa pembelajaran berlangsung. Kajian juga mendapati pelajar lebih selesa untuk menghafaz secara bersemuka berbanding secara atas talian. Secara keseluruhannya, walaupun pelajar lebih selesa untuk menghafaz secara bersemuka, kaedah pembelajaran secara atas talian perlu dilaksanakan bagi mengelakkan pembelajaran hafazan terjejas.
Keywords
Penularan Covid-19; Kaedah Pembelajaran Hafazan; Hafazan al-Quran; Sikap pelajar
Penerbit Universiti Islam Selangor
Title: SIKAP PELAJAR TERHADAP HAFAZAN AL-QURAN: KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA PUTRAJAYA
Description:
ABSTRAK
Pada dasarnya, kaedah pembelajaran hafazan dilaksanakan secara bersemuka sahaja sejak dari zaman Rasulullah hingga kini.
Namun apabila berlaku penularan Covid-19 yang telah melanda dunia, kaedah pembelajaran hafazan turut mengalami perubahan pelaksanaannya.
Bagi mengelakkan hafazan al-Quran pelajar tahfiz terjejas dan berlaku keciciran akibat penularan Covid-19 tersebut, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil inisiatif untuk melaksanakan kaedah pembelajaran hafazan secara maya (atas talian).
Tidak terkecuali Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya yang mempunyai pelajar yang terlibat dengan Kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA).
Kaedah pembelajaran hafazan secara bersemuka mahupun secara maya sememangnya mempunyai perbezaan.
Secara tidak langsung perbezaan kedua-dua kaedah pembelajaran ini mempengaruhi sikap pelajar terhadap hafazan.
Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengkaji perbandingan sikap pelajar terhadap hafazan secara bersemuka dan maya (atas talian) di SMKA Putrajaya.
Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif dengan pendekatan kajian tinjauan.
Pengumpulan data dikumpul melalui soal selidik yang telah diedarkan kepada 30 orang pelajar.
Pelajar yang dipilih adalah terdiri dari pelajar yang pernah mengikuti kaedah pembelajaran hafazan secara bersemuka dan secara maya (atas talian).
Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS).
Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan sikap pelajar semasa pembelajaran berlangsung.
Kajian juga mendapati pelajar lebih selesa untuk menghafaz secara bersemuka berbanding secara atas talian.
Secara keseluruhannya, walaupun pelajar lebih selesa untuk menghafaz secara bersemuka, kaedah pembelajaran secara atas talian perlu dilaksanakan bagi mengelakkan pembelajaran hafazan terjejas.
Keywords
Penularan Covid-19; Kaedah Pembelajaran Hafazan; Hafazan al-Quran; Sikap pelajar.
Related Results
Pembelajaran Terstruktur Dan Kaedah Pengajaran Hafazan Al-Quran Di Maahad Tahfiz Al-Husni
Pembelajaran Terstruktur Dan Kaedah Pengajaran Hafazan Al-Quran Di Maahad Tahfiz Al-Husni
Pendekatan unik yang diterapkan oleh Maahad Tahfiz Al-Husni dalam pendidikan hafazan al-Quran, dengan berfokus kepada pembelajaran terstruktur telah memberi kesan mendalam kepada p...
Strategi Pembelajaran Bahasa melalui Hafazan al-Quran terhadap Penguasaan Maʿānī Ḥurūf al-Jarr
Strategi Pembelajaran Bahasa melalui Hafazan al-Quran terhadap Penguasaan Maʿānī Ḥurūf al-Jarr
Maʿānī ḥurūf al-jarr merupakan elemen yang penting dalam menghubungkan makna tersurat dan tersirat dalam ayat yang memberi cabaran dan kesukaran kepada pelajar untuk memahami serta...
Penggunaan AI dalam Pendidikan Tahfiz: Tinjauan Terhadap Aplikasi Tarteel al-Quran
Penggunaan AI dalam Pendidikan Tahfiz: Tinjauan Terhadap Aplikasi Tarteel al-Quran
Seiring dengan kemajuan digital, pendidikan tahfiz turut mengalami transformasi melalui integrasi kecerdasan buatan (AI). Walaupun pelbagai aplikasi AI telah diperkenalkan, kajian ...
Sikap dan Motivasi Pelajar Terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pembelajaran Bahasa Iban
Sikap dan Motivasi Pelajar Terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pembelajaran Bahasa Iban
Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) telah menjadi keutamaan dalam pembelajaran masa kini khususnya dalam penyoalan dalam pengajaran dan peperiksaan. Bahasa Iban pula merupakan sa...
Aspirasi Masyarakat Terhadap Sekolah Agama dan Sekolah Jenis Kebangsaan
Aspirasi Masyarakat Terhadap Sekolah Agama dan Sekolah Jenis Kebangsaan
Abstrak: Sekolah vernakular yang ditubuhkan sebelum kemerdekaan negara sehingga kini masih dijadikan kontroversi terutamanya dalam perdebatan di media sosial dan kalangan ahli poli...
Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Aplikasi Dalam Talian Dan Si-kap Pensyarah Dalam Pembelajaran Jarak Jauh Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Semasa Pandemik Covid-19
Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Aplikasi Dalam Talian Dan Si-kap Pensyarah Dalam Pembelajaran Jarak Jauh Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Semasa Pandemik Covid-19
Era pandemik Covid-19 yang melanda seluruh negara nyata memberi impak yang besar kepada masyarakat dunia dalam semua sektor. Malaysia juga tidak terkecuali menghadapi gangguan kesa...
Bahasa kebangsaan dalam situasi komunikasi harian:kajian tinjauan terhadap pelajar melayu di universiti kebangsaan malaysia
Bahasa kebangsaan dalam situasi komunikasi harian:kajian tinjauan terhadap pelajar melayu di universiti kebangsaan malaysia
Abstrak Kewujudan variasi media sosial serta pendedahan keterlaluan kepada bentuk bahasa dan budaya luar menyebabkan ramai dalam kalangan pelajar Melayu di Malaysia yang tidak la...
Penggunaan Unsur Tumbuh-Tumbuhan Dalam Gaya Bahasa Al-Tasybih di Dalam Al-Quran Al-Karim
Penggunaan Unsur Tumbuh-Tumbuhan Dalam Gaya Bahasa Al-Tasybih di Dalam Al-Quran Al-Karim
Plants are elements that are frequently mentioned in the al-Quran. In the al-Quran, the use of plant elements can be visualized from various language styles and one of them is the ...

