Javascript must be enabled to continue!
Sikap dan Motivasi Pelajar Terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pembelajaran Bahasa Iban
View through CrossRef
Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) telah menjadi keutamaan dalam pembelajaran masa kini khususnya dalam penyoalan dalam pengajaran dan peperiksaan. Bahasa Iban pula merupakan salah satu mata pelajaran yang mengangkat bahasa ibunda sebagai bahasa ilmiah. Namun, penguasaan KBAT pelajar dalam Bahasa Iban masih berada pada tahap yang lemah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sikap pelajar terhadap KBAT dalam pembelajaran Bahasa Iban berdasarkan faktor jantina, bangsa dan sekolah serta hubungannya dengan motivasi intrinsik dan ekstrinsik. Seramai 240 orang pelajar dari empat buah sekolah menengah di daerah Simunjan, Sarawak telah terlibat sebagai responden. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif di mana satu set soal selidik digunakan untuk mendapatkan data kajian yang kemudiannya dianalisis menggunakan SPSS versi 25. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan sikap pelajar lelaki dan pelajar perempuan terhadap KBAT dalam pembelajaran Bahasa Iban. Keputusan ujian ANOVA sikap pelajar berdasarkan kaum juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan skor min sikap pelajar terhadap KBAT dalam pembelajaran Bahasa Iban berdasarkan kaum mereka. Dari aspek sekolah juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan skor min sikap pelajar terhadap KBAT dalam pembelajaran Bahasa Iban berdasarkan faktor sekolah yang mereka wakili. Keputusan ujian Korelasi pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi intrinsik dan ekstrinsik dengan sikap pelajar terhadap KBAT dalam pembelajaran Bahasa Iban. Berdasarkan dapatan kajian, dapatlah dirumuskan bahawa sikap dan motivasi terhadap KBAT perlu diterapkan agar pelajar dapat mengoptimumkan penggunaan minda sekali gus mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan.
Secholian Publication
Title: Sikap dan Motivasi Pelajar Terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pembelajaran Bahasa Iban
Description:
Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) telah menjadi keutamaan dalam pembelajaran masa kini khususnya dalam penyoalan dalam pengajaran dan peperiksaan.
Bahasa Iban pula merupakan salah satu mata pelajaran yang mengangkat bahasa ibunda sebagai bahasa ilmiah.
Namun, penguasaan KBAT pelajar dalam Bahasa Iban masih berada pada tahap yang lemah.
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sikap pelajar terhadap KBAT dalam pembelajaran Bahasa Iban berdasarkan faktor jantina, bangsa dan sekolah serta hubungannya dengan motivasi intrinsik dan ekstrinsik.
Seramai 240 orang pelajar dari empat buah sekolah menengah di daerah Simunjan, Sarawak telah terlibat sebagai responden.
Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif di mana satu set soal selidik digunakan untuk mendapatkan data kajian yang kemudiannya dianalisis menggunakan SPSS versi 25.
Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan sikap pelajar lelaki dan pelajar perempuan terhadap KBAT dalam pembelajaran Bahasa Iban.
Keputusan ujian ANOVA sikap pelajar berdasarkan kaum juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan skor min sikap pelajar terhadap KBAT dalam pembelajaran Bahasa Iban berdasarkan kaum mereka.
Dari aspek sekolah juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan skor min sikap pelajar terhadap KBAT dalam pembelajaran Bahasa Iban berdasarkan faktor sekolah yang mereka wakili.
Keputusan ujian Korelasi pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi intrinsik dan ekstrinsik dengan sikap pelajar terhadap KBAT dalam pembelajaran Bahasa Iban.
Berdasarkan dapatan kajian, dapatlah dirumuskan bahawa sikap dan motivasi terhadap KBAT perlu diterapkan agar pelajar dapat mengoptimumkan penggunaan minda sekali gus mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan.
Related Results
Elemen Kemahiran Insaniah Pelajar Pendidikan TVET Semasa Menjalani Latihan Praktikal
Elemen Kemahiran Insaniah Pelajar Pendidikan TVET Semasa Menjalani Latihan Praktikal
Elemen kemahiran Insaniah pelajar pendidikan TVET semasa menjalani latihan praktikal adalah elemen yang lebih memfokuskan kemahiran generik pelajar serta penguasaan pelbagai elemen...
TINGKAH LAKU DAN RESPON PENGAJARAN DALAM TALIAN OLEH PELAJAR TERHADAP SOALAN ARAS TINGGI TAKSONOMI BLOOM
TINGKAH LAKU DAN RESPON PENGAJARAN DALAM TALIAN OLEH PELAJAR TERHADAP SOALAN ARAS TINGGI TAKSONOMI BLOOM
Perubahan lanskap pendidikan yang beralih kepada penggunaan aplikasi teknologi menyaksikan ramai guru mengeluh kerana pelajar menjadi lebih pasif. Banyak kajian mendapati punca per...
PENERAPAN KEMAHIRAN INSANIAH MELALUI INTERAKSI DAN INTEGRITI (2ICAMP) MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) DI UNIVERSITI SUNWAY MALAYSIA
PENERAPAN KEMAHIRAN INSANIAH MELALUI INTERAKSI DAN INTEGRITI (2ICAMP) MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) DI UNIVERSITI SUNWAY MALAYSIA
Kebolehpasaran pekerjaan untuk setiap siswazah bukan sahaja diukur melalui kecemerlangan akademik mereka, tetapi juga kekuatan mereka secara fizikal, mental dan emosi. Lulusan univ...
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAFTAR PUSTAKAAditama, M. H. R., & Selfiardy, S. (2022). Kehidupan Mahasiswa Kuliah Sambil Bekerja di Masa Pandemi Covid-19. Kidspedia: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(...
Strategi Pembelajaran Bahasa Arab: Kemahiran Al-Kitâbah (Arabic Learning Strategy: Writing Skills)
Strategi Pembelajaran Bahasa Arab: Kemahiran Al-Kitâbah (Arabic Learning Strategy: Writing Skills)
Dalam pembelajaran bahasa Arab, terdapat empat macam maharah atau kemahiran yang harus dikuasai oleh setiap pembelajar bahasa Arab. Empat kemahiran itu adalah kemahiran istima’, ka...
Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Aplikasi Dalam Talian Dan Si-kap Pensyarah Dalam Pembelajaran Jarak Jauh Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Semasa Pandemik Covid-19
Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Aplikasi Dalam Talian Dan Si-kap Pensyarah Dalam Pembelajaran Jarak Jauh Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Semasa Pandemik Covid-19
Era pandemik Covid-19 yang melanda seluruh negara nyata memberi impak yang besar kepada masyarakat dunia dalam semua sektor. Malaysia juga tidak terkecuali menghadapi gangguan kesa...
ARTIFAK BUDAYA MASYARAKAT IBAN: WARISAN DAN PUSAKA
ARTIFAK BUDAYA MASYARAKAT IBAN: WARISAN DAN PUSAKA
Masyarakat Iban di Sarawak kaya dengan pelbagai warisan dan budaya yang diwarisi sejak zaman-berzaman oleh nenek moyang mereka. Kebudayaan Iban terdiri dari dua aspek yang berbeza ...

