Javascript must be enabled to continue!
Penggunaan AI dalam Pendidikan Tahfiz: Tinjauan Terhadap Aplikasi Tarteel al-Quran
View through CrossRef
Seiring dengan kemajuan digital, pendidikan tahfiz turut mengalami transformasi melalui integrasi kecerdasan buatan (AI). Walaupun pelbagai aplikasi AI telah diperkenalkan, kajian empirikal yang menilai keberkesanannya dalam konteks pendidikan tahfiz masih terhad. Integrasi AI, khususnya melalui aplikasi Tarteel al-Quran, berpotensi besar dalam menyokong proses hafazan dan pembelajaran al-Quran menerusi maklum balas masa nyata, fungsi penyembunyian teks al-Quran, pengesanan kesalahan tajwid serta pemantauan kemajuan hafazan pelajar. Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan penggunaan aplikasi Tarteel al-Quran sebagai alat sokongan hafazan dalam kalangan pelajar Program Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-UNITEN. Seramai 219 pelajar daripada kohort ke-13 hingga ke-15 terlibat sebagai responden melalui soal selidik dalam talian bagi menilai tahap pengetahuan, persepsi dan pengalaman mereka terhadap penggunaan aplikasi ini. Dapatan menunjukkan bahawa aplikasi Tarteel menyokong pembelajaran kendiri, memperbaiki kualiti bacaan dan meningkatkan motivasi pelajar terhadap hafazan. Walau bagaimanapun, cabaran utama termasuk keterbatasan pengecaman suara, kos langganan aplikasi dan kebergantungan terhadap peranti digital. Kajian ini mencadangkan strategi integrasi AI-hibrid yang seimbang bagi melengkapi peranan guru, sekaligus menjamin keberkesanan pendidikan tahfiz moden. Kajian ini turut menyumbang kepada literatur baharu berkaitan integrasi AI dalam konteks pendidikan tahfiz profesional, menjadikannya rujukan penting dalam bidang pendidikan Islam digital.
Title: Penggunaan AI dalam Pendidikan Tahfiz: Tinjauan Terhadap Aplikasi Tarteel al-Quran
Description:
Seiring dengan kemajuan digital, pendidikan tahfiz turut mengalami transformasi melalui integrasi kecerdasan buatan (AI).
Walaupun pelbagai aplikasi AI telah diperkenalkan, kajian empirikal yang menilai keberkesanannya dalam konteks pendidikan tahfiz masih terhad.
Integrasi AI, khususnya melalui aplikasi Tarteel al-Quran, berpotensi besar dalam menyokong proses hafazan dan pembelajaran al-Quran menerusi maklum balas masa nyata, fungsi penyembunyian teks al-Quran, pengesanan kesalahan tajwid serta pemantauan kemajuan hafazan pelajar.
Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan penggunaan aplikasi Tarteel al-Quran sebagai alat sokongan hafazan dalam kalangan pelajar Program Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-UNITEN.
Seramai 219 pelajar daripada kohort ke-13 hingga ke-15 terlibat sebagai responden melalui soal selidik dalam talian bagi menilai tahap pengetahuan, persepsi dan pengalaman mereka terhadap penggunaan aplikasi ini.
Dapatan menunjukkan bahawa aplikasi Tarteel menyokong pembelajaran kendiri, memperbaiki kualiti bacaan dan meningkatkan motivasi pelajar terhadap hafazan.
Walau bagaimanapun, cabaran utama termasuk keterbatasan pengecaman suara, kos langganan aplikasi dan kebergantungan terhadap peranti digital.
Kajian ini mencadangkan strategi integrasi AI-hibrid yang seimbang bagi melengkapi peranan guru, sekaligus menjamin keberkesanan pendidikan tahfiz moden.
Kajian ini turut menyumbang kepada literatur baharu berkaitan integrasi AI dalam konteks pendidikan tahfiz profesional, menjadikannya rujukan penting dalam bidang pendidikan Islam digital.
Related Results
PROGRAM TAHFIZ HADIS DI PONDOK PESANTREN AL FALAH PUTERI BANJARBARU
PROGRAM TAHFIZ HADIS DI PONDOK PESANTREN AL FALAH PUTERI BANJARBARU
Abstract: The Tahfiz Hadis program is one of the extracurricular programs carried out at the Al Falah Puteri Islamic Boarding School Banjarbaru. This program was formed because of ...
PENGELOLAAN MODEL PEMBINAAN TAHFIZ ALQURAN
PENGELOLAAN MODEL PEMBINAAN TAHFIZ ALQURAN
Penelitian ini bertujuan untuk memperoleh data tentang proses pembinaan tahfiz Al-Quran dan evaluasi pembinaan tahfiz Al-Quran yang diterapkan di Pondok Pesantren Tahfiz Al-Quran B...
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAFTAR PUSTAKAAditama, M. H. R., & Selfiardy, S. (2022). Kehidupan Mahasiswa Kuliah Sambil Bekerja di Masa Pandemi Covid-19. Kidspedia: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(...
Peranan Haji Hassan Ismail dalam Pengajian Tahfiz al-Quran di Malaysia
Peranan Haji Hassan Ismail dalam Pengajian Tahfiz al-Quran di Malaysia
The Tahfiz al-Quran education in Malaysia is experiencing growth and has become a preferred choice among the Malaysian community. Officially introduced in 1966 by YAM Tengku Abdul ...
The Influence of Quran Understanding on Tahfiz Students Memorization Performance
The Influence of Quran Understanding on Tahfiz Students Memorization Performance
Understanding the Quran is an important requirement of interaction with the Quran in the process of learning the Quran. It is one of the methods to strengthen the memorization of t...
Enhancing Quality of Experience (QoE) in IM-Tahfiz Framework for Predictive Acceptance Influence of User Screening Test
Enhancing Quality of Experience (QoE) in IM-Tahfiz Framework for Predictive Acceptance Influence of User Screening Test
Tahfiz teaching has become progressively more conventional and is growing as an essential educational course. This significance is in line with the prospect above that is placed on...
Institusi Tahfiz Di Malaysia: Proses Perkembangan Dan Cabaran
Institusi Tahfiz Di Malaysia: Proses Perkembangan Dan Cabaran
Perkembangan pengajian Islam khususnya pengajian tahfiz mula diinstitusikan setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Bermula dengan Kelas Pengajian Menghafaz al-Quran wal Qiraat kepa...
KEPERLUAN PEMBANGUNAN MODEL AL-QURAN PINTAR DALAM PDPC HIFZ AL-QURAN BERASASKAN PENDEKATAN VARK: SATU SOROTAN
KEPERLUAN PEMBANGUNAN MODEL AL-QURAN PINTAR DALAM PDPC HIFZ AL-QURAN BERASASKAN PENDEKATAN VARK: SATU SOROTAN
Pendidikan al-Quran di Malaysia telah bermula sejak abad ke-15. Masyarakat Melayu mendalami Islam melalui pembaca dan pengajian ilmu al-Quran. Pengajian al-Quran berevolusi menatij...

