Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Strategi Pembelajaran Bahasa melalui Hafazan al-Quran terhadap Penguasaan Maʿānī Ḥurūf al-Jarr

View through CrossRef
Maʿānī ḥurūf al-jarr merupakan elemen yang penting dalam menghubungkan makna tersurat dan tersirat dalam ayat yang memberi cabaran dan kesukaran kepada pelajar untuk memahami serta menguasainya. Strategi Pembelajaran Bahasa (SPB) sangat diperlukan bagi membantu kelemahan pelajar dan meningkatkan penguasaan. Justeru, tujuan kajian ini adalah untuk melihat tahap penguasaan pelajar bahasa Arab terhadap maʿānī ḥurūf al-jarr. Manakala tahap hafazan al-Quran pelajar pula dilihat sebagai salah satu SPB untuk diuji hubungannya dengan tahap penguasaan maʿānī ḥurūf al-jarr. Kajian kuantitatif ini dijalankan menerusi kaedah tinjauan keratan rentas yang melibatkan 100 orang pelajar Ijazah bagi Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab di Universiti Sultan Zainal Abidin. Instrumen kajian terdiri daripada soal selidik bagi mengetahui tahap hafazan pelajar dan ujian kefahaman bagi pengukuran penguasaan. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS. Hasil kajian menunjukkan pelajar berada pada tahap lemah dalam penguasaan maʿānī ḥurūf al-jarr (min = 50.91%). Hasil dapatan menunjukkan terdapat korelasi positif yang lemah di antara tahap hafazan pelajar dan tahap penguasaan maʿānī ḥurūf al-jarr.
Title: Strategi Pembelajaran Bahasa melalui Hafazan al-Quran terhadap Penguasaan Maʿānī Ḥurūf al-Jarr
Description:
Maʿānī ḥurūf al-jarr merupakan elemen yang penting dalam menghubungkan makna tersurat dan tersirat dalam ayat yang memberi cabaran dan kesukaran kepada pelajar untuk memahami serta menguasainya.
Strategi Pembelajaran Bahasa (SPB) sangat diperlukan bagi membantu kelemahan pelajar dan meningkatkan penguasaan.
Justeru, tujuan kajian ini adalah untuk melihat tahap penguasaan pelajar bahasa Arab terhadap maʿānī ḥurūf al-jarr.
Manakala tahap hafazan al-Quran pelajar pula dilihat sebagai salah satu SPB untuk diuji hubungannya dengan tahap penguasaan maʿānī ḥurūf al-jarr.
Kajian kuantitatif ini dijalankan menerusi kaedah tinjauan keratan rentas yang melibatkan 100 orang pelajar Ijazah bagi Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab di Universiti Sultan Zainal Abidin.
Instrumen kajian terdiri daripada soal selidik bagi mengetahui tahap hafazan pelajar dan ujian kefahaman bagi pengukuran penguasaan.
Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS.
Hasil kajian menunjukkan pelajar berada pada tahap lemah dalam penguasaan maʿānī ḥurūf al-jarr (min = 50.
91%).
Hasil dapatan menunjukkan terdapat korelasi positif yang lemah di antara tahap hafazan pelajar dan tahap penguasaan maʿānī ḥurūf al-jarr.

Related Results

SIKAP PELAJAR TERHADAP HAFAZAN AL-QURAN: KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA PUTRAJAYA
SIKAP PELAJAR TERHADAP HAFAZAN AL-QURAN: KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA PUTRAJAYA
ABSTRAK Pada dasarnya, kaedah pembelajaran hafazan dilaksanakan secara bersemuka sahaja sejak dari zaman Rasulullah hingga kini. Namun apabila berlaku penularan Covid-19 yang tela...
Penerokaan Konsonan Huruf al-Quran dalam Surah al-Fatihah
Penerokaan Konsonan Huruf al-Quran dalam Surah al-Fatihah
Al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab bersesuaian dengan bahasa pertuturan masyarakat di tempat penurunan awalnya iaitu di Kota Makkah. Kandungan setiap ayatnya terbina daripada ka...
Pembelajaran Terstruktur Dan Kaedah Pengajaran Hafazan Al-Quran Di Maahad Tahfiz Al-Husni
Pembelajaran Terstruktur Dan Kaedah Pengajaran Hafazan Al-Quran Di Maahad Tahfiz Al-Husni
Pendekatan unik yang diterapkan oleh Maahad Tahfiz Al-Husni dalam pendidikan hafazan al-Quran, dengan berfokus kepada pembelajaran terstruktur telah memberi kesan mendalam kepada p...
Pengaruh Penguasaan Bahasa Daerah dan Bahasa Asing terhadap Penguasaan Kosakata Bahasa Indonesia
Pengaruh Penguasaan Bahasa Daerah dan Bahasa Asing terhadap Penguasaan Kosakata Bahasa Indonesia
<h4>Tujuan penelitian ini adalah untuk mengetahui 1) Pengaruh penguasaan bahasa daerah dan bahasa asing secara bersama-sama terhadap penguasaan kosakata bahasa Indonesia sisw...
Penggunaan Unsur Tumbuh-Tumbuhan Dalam Gaya Bahasa Al-Tasybih di Dalam Al-Quran Al-Karim
Penggunaan Unsur Tumbuh-Tumbuhan Dalam Gaya Bahasa Al-Tasybih di Dalam Al-Quran Al-Karim
Plants are elements that are frequently mentioned in the al-Quran. In the al-Quran, the use of plant elements can be visualized from various language styles and one of them is the ...
PENGARUH MEDIA PEMBELAJARAN DAN KREATIVITAS TERHADAP KEMAMPUAN MENULIS HURUF PESERTA DIDIK TAMAN KANAK-KANAK
PENGARUH MEDIA PEMBELAJARAN DAN KREATIVITAS TERHADAP KEMAMPUAN MENULIS HURUF PESERTA DIDIK TAMAN KANAK-KANAK
> Abstrak: Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui: (1) Kemampuan menulis huruf anak TK yangdiajarkan melalui tepung huruf lebih tinggi daripada melalui kartu huruf; (2) Kem...
Penggunaan AI dalam Pendidikan Tahfiz: Tinjauan Terhadap Aplikasi Tarteel al-Quran
Penggunaan AI dalam Pendidikan Tahfiz: Tinjauan Terhadap Aplikasi Tarteel al-Quran
Seiring dengan kemajuan digital, pendidikan tahfiz turut mengalami transformasi melalui integrasi kecerdasan buatan (AI). Walaupun pelbagai aplikasi AI telah diperkenalkan, kajian ...

Back to Top